FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa

Go down

Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa Empty Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa

Post by Info Bola Sepak Thu 31 Jan 2013, 4:19 pm

Bayi bot laju
Oleh Alias Abd Rani


Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa Frontpage


Kapit: Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa seorang wanita yang tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum melahirkan anak dalam bot laju ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kapit (HK) di Sungai Rajang, di sini,semalam.
Liban anak Reban, 31, dari Rumah Panjang Sudin, Nanga Sipan, dekat sini, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.10 kilogram yang juga anak ketiga dalam bot ekspres milik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ketika dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Song ke HK, pada jam 9.47 pagi.

Sumber berkata, sebelum itu, Liban diiringi dua jururawat klinik kesihatan berkenaan membuat pemeriksaan rutin kandungannya yang masuk minggu 35 di Hospital Kapit.

“Mengikut rekod kesihatan wanita berkenaan, dia dijangka bersalin pada 3 Mac depan dan ketika tiba di Klinik Kesihatan Song keadaannya dilaporkan stabil serta tidak menunjukkan tanda mahu bersalin.

“Namun, ketika dalam perjalanan, tiba-tiba wanita itu mengadu sakit perut dan dua jururawat ditugaskan mengiringinya terkejut apabila mendapati dia bersedia untuk melahirkan anak,” katanya.

Katanya, dengan pengalaman dan kecekapan masing-masing, jururawat terbabit membantu wanita berkenaan melahirkan bayi perempuannya sebelum mereka dibawa ke hospi tal bersama seorang doktor yang sedia menunggu di jeti Kapit.





Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa Pix_gal1

KAKITANGAN HK mengusung Liban selepas melahirkan anak ketiganya, semalam.


“Setakat ini, dua beranak berkenaan dilaporkan dalam keadaan baik dan ditempatkan di wad bersalin untuk tempoh beberapa hari lagi sebagai langkah pemantauan lanjut,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31

--- HARIAN METRO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum