FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penulis Novel | Dr. Farhan | Denyut Kasih Medik

Go down

Penulis Novel | Dr. Farhan | Denyut Kasih Medik Empty Penulis Novel | Dr. Farhan | Denyut Kasih Medik

Post by Puteri Kayangan Fri 15 Feb 2013, 7:54 pm

Dr. Farhan tulis novel medik


Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my
Penulis Novel | Dr. Farhan | Denyut Kasih Medik Gk_07.1
FARHAN mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan novel pertamanya, Denyut Kasih Medik.



KISAH yang berlatarbelakangkan kehidupan seorang doktor pelatih yang berjuang untuk pesakitnya demi menyampaikan mesej Islam, novel Denyut Kasih Medik dicipta indah oleh penulis bernama Dr. Farhan Hadi Mohd Taib, 27.

Menariknya, novel itu dihasilkan berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Farhan. Anak bongsu daripada empat beradik itu sebenarnya mempunyai misi yang tersirat dalam penciptaan novel tersebut.

"Masih ramai individu yang tidak tahu gambaran sebenar kerjaya seorang doktor. Tambahan pula, novel yang berkisar medik masih belum ada di Malaysia.

"Novel ini lebih kepada novel Islamik dan ia bukan sahaja menyentuh mengenai fiqh perubatan, bahkan turut menyelitkan unsur fiqh wanita dan fiqh cinta ," katanya mengenai kerjaya sampingan sebagai penulis novel
di syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd., Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Memegang jawatan sebagai pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor, Farhan mendapat dorongan menulis novel selepas menjadi penulis kolum tetap untuk majalah Solusi terbitan Telaga Biru.

"Sekurang-kurangnya dalam masa sehari saya akan memperuntukkan masa selama sejam untuk menulis," kata Farhan sambil menjawab lima soalan yang diajukan kepadanya.

GenK: Bolehkah ceritakan mengenai penglibatan anda dalam bidang penulisan?

FARHAN: Saya mendapat undangan menulis mengenai hal-hal penyakit dan perubatan dalam majalah Solusi pada bulan Februari 2009 sehingga kini. Saya tidak sangka saya mempunyai bakat dalam menulis.

Justeru, idea untuk menulis novel mula timbul. Isteri saya, Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang merupakan penulis novel juga mendorong saya supaya menulis novel yang berkisarkan kehidupan seorang doktor.

Bagaimanakah anda membahagikan masa antara bekerja di klinik dengan menulis novel?

Sekurang-kurangnya dalam masa sehari saya akan memperuntukkan masa selama sejam untuk menulis. Kebiasaannya pada sebelah malam. Saya juga akan membawa komputer riba ke mana sahaja, jadi jika ada kelapangan dan juga idea, saya akan terus menulis.

Disebabkan kekangan masa, novel Denyut Kasih Medik mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

Adakah anda menulis novel sebagai hobi atau kerjaya sampingan?

Pada mulanya saya sekadar mencuba menulis novel dengan tujuan menyampaikan ilmu kepada pembaca. Tetapi selepas Denyut Kasih Medik diterbitkan, saya mula rasa seronok menulis dan ia juga secara tidak langsung memberi kepuasan dalam diri saya. Buat masa ini, saya sedang menyiapkan novel yang kedua.

Novel yang sudah 70 peratus siap itu berkisar tentang seorang ustaz yang pulang ke kampungnya selepas habis belajar di Asia Barat. Namun, selepas pulang ke kampung, dia mendapati orang kampungnya banyak melakukan benda kurafat. Antaranya, memuja kubur, mempercayai bomoh dan sebagainya. Dia nekad untuk menghapuskan semua perkara kurafat tersebut.


Selain itu, saya juga sedang menghasilkan novel ketiga bersama isteri yang berkisar tentang rumah tangga dan buku mengenai anatomi tubuh manusia di dalam al-Quran.

Dari manakah timbulnya idea untuk menulis novel?

Idea datang daripada pengalaman sendiri, daripada apa yang saya dengar dan saya saksikan. Kadang-kadang semasa menonton televisyen pun idea boleh muncul secara tiba-tiba.

Apakah cabaran menulis novel?

Cabaran utama adalah dari segi masa. Saya perlu bahagikan antara masa dengan kerja, isteri, anak dan juga menulis. Jadi, saya kena rancang betul-betul masa menulis. Cabaran kedua adalah dari segi pecahan idea.

Jika saya dapat satu idea, saya perlu pecahkan idea tersebut dan pengolahannya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0511&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_07.htm#ixzz2Ky4mlhaM

Hakcipta terpelihara
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Penulis Novel | Dr. Farhan | Denyut Kasih Medik Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5304

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum