FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat ke ratu cantik

Go down

Jururawat ke ratu cantik Empty Jururawat ke ratu cantik

Post by Puteri Kayangan Sat 23 Feb 2013, 11:14 am

ARKIB : 30/01/2013

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar JEFFRI IRAN


Jururawat ke ratu cantik Fe_01.1

MEMAKAI tiara dan selempang ketika kemenangannya pada Pertandingan Ratu Cantik India/ Malaysia Pageant 2013 baru-baru ini.


DIA seorang yang ringkas, ceria dan pandai menyusun kata serta berceloteh dengan bernas dalam bahasa Melayu.

Walaupun berasal dari Kuching, Sarawak, dan boleh berbahasa Sarawak, Jasveer Kaur Sandhu, 24, tidak kekok menggunakan bahasa Melayu standard.

Kebijaksanaannya bercakap dan kebolehan mengekspresikan ideologi merupakan salah satu elemen yang melayakkannya terpilih menjadi Ratu India/Malaysia 2013.

Tanpa sebarang solekan dan amat selesa menjadi diri sendiri Jasveer hadir ke studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jasveer sebenarnya seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Kerjayanya yang murni merupakan salah satu platform untuknya bertemu dengan lebih ramai orang.

Profesion uniform putih itu bagi Jasveer adalah kerjaya yang dimahukan oleh diri dan ibunya, manakala menjadi ratu cantik adalah keinginan dirinya sendiri.

Wanita berketinggian 166 sentimeter ini sebenarnya mempunyai visi yang lebih tinggi dan pertandingan ratu cantik sebagai satu platform untuk matlamat tersebut.

“Saya sebenarnya mahu memberi inspirasi kepada wanita lain. Ini merupakan satu langkah awal untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pertandingan ratu cantik bukan sekadar pertandingan kecantikan tapi lebih penting sebagai satu cara berinteraksi, bertemu dengan ramai golongan masyarakat dan melakukan kebajikan dengan cara tersendiri.

“Di samping itu, penyertaan dalam pertandingan seperti ini memberikan keyakinan diri, peluang menampilkan lagi idea dan bakat yang ada dan ia bukan sekadar mempertandingkan siapa cantik dan siapa tidak," jelasnya yang merupakan anak bongsu dan perempuan tunggal daripada tiga adik-beradik.

Bercerita tentang pembabitan awal dirinya dalam pertandingan ratu cantik, Jasveer berkata, seperti gadis lain yang suka menonton pertandingan Miss Universe di televisyen berkata, dia juga menyimpan impian yang sama satu hari kelak.

“Walaupun ketika remaja saya agak kasar dan ada ciri-ciri tomboy mungkin kerana saya membesar dengan dua abang yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan cara kasar lelaki, tapi saya memang terpesona dengan kecantikan ratu cantik.

“Malah ketika menyambung pelajaran pun saya pilih bidang kejuruteraan.

“Bagaimanapun ibu saya tidak menyokong kerana mahukan saya menceburi bidang yang lebih sesuai untuk wanita.

“Jadi saya akhirnya menukar ke kursus jururawat dan akhirnya menjadi seorang jururawat," ujar Jasveer yang juga sukakan kucing.

Pada pertandingan itu, Jasveer menumpaskan 18 orang peserta berketurunan India dari negara ini pada Pertandingan Miss India/Malaysia Pageant 2013 yang berlangsung pada 14 Januari lalu.

Dia bakal mewakili negara pada Pertandingan Miss India/World yang akan diadakan buat pertama kalinya di Malaysia.

Sebagai wakil tuan rumah untuk pertandingan peringkat dunia tahun ini, Jasveer mengakui merasai sedikit tekanan.

“Tekanan sebagai tuan rumah mesti ada. Jadi saya lakukan persediaan sebaik mungkin. Saya akan tumpukan dari aspek kesihatan mental dan fizikal.

“Dalam pertandingan tersebut kecerdasan merupakan salah satu ukuran dan saya berharap untuk unggul dalam kategori tersebut.

“Selain itu saya bersedia untuk grooming pada acara karpet merah yang bakal diadakan di Sunway Putra Hotel, April ini," ujarnya.



Kawal emosi

Walaupun belum setahun menjadi jururawat, Jasveer telah berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menggentarkan. Salah satu peristiwa yang masih terpahat dalam ingatannya adalah kisah seorang pesakit diabetes.

“Kenapa kisah wanita ini begitu menarik perhatian saya kerana dari kesnya saya nampak betapa diabetes bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang remeh.

“Saya melihat satu luka sebesar duit syiling dua puluh sen membesar hingga separuh kakinya dalam masa yang amat singkat, darah wanita itu juga sudah dijangkiti kuman.

“Selain itu, tugas sebagai jururawat juga mengajar saya mengawal emosi. Memang adakalanya saya juga tersentuh hati terutama kes kehilangan nyawa yang melibatkan ahli keluarga terdekat.

“Memang mahu menangis tapi menuruti etika kejururawatan, saya perlu mengasingkan emosi tersebut daripada terlalu terbawa-bawa. Untuk menguatkan emosi saya banyak berbincang dan meluahkan pada kawan-kawan dan pensyarah, jadi saya akan lebih tenang.

“Menjadi jururawat memang kena cekal. Kita tidak boleh menangis bersama pesakit. Apa yang boleh kita buat ialah beri motivasi dan kata-kata semangat di samping menyuruh mereka patuhi arahan doktor,"
ujarnya.

Sejak menjadi jururawat, Jasveer telah berpeluang menabur khidmat bakti di beberapa rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang, Pusat Kusta di Sungai Buloh dan persatuan kanak-kanak spastik. Dia turut menjadi
sukarela di pusat perlindungan kucing SPCA, di Ampang, Selangor.

Andai diberi peluang, Jasveer mempunyai perancangan untuk mewujudkan hospitalnya sendiri yang hanya menerima pesakit yang kurang berkemampuan.

“Keadaan di Kuching berbeza dengan Kuala Lumpur. Sejak tiba di Kuala Lumpur untuk bekerja, saya lihat terlalu ramai orang miskin dan peminta sedekah.

“Ada antara mereka ini berpenyakit dan dari kesan luka yang dilihat pada tubuh mereka, sudah tentu mereka tidak berupaya mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya amat berhajat untuk mewujudkan hospital kebajikan seperti di Australia yang memberi sokongan dan rawatan percuma kepada golongan seperti itu," katanya penuh harapan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20130130/fe_01/Jururawat-ke-ratu-cantik#ixzz2LgkBHX9k

© Utusan Melayu (M) Bhd
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Jururawat ke ratu cantik Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum