FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CUEPACS Saran Tambah Baju Seragam, Beri Insentif Khas Penjawat Awam Bertugas Malam

Go down

CUEPACS Saran Tambah Baju Seragam, Beri Insentif Khas Penjawat Awam Bertugas Malam Empty CUEPACS Saran Tambah Baju Seragam, Beri Insentif Khas Penjawat Awam Bertugas Malam

Post by MaStErMiNd Mon 04 Mar 2013, 11:12 pm

CUEPACS Saran Tambah Baju Seragam, Beri Insentif Khas Penjawat Awam Bertugas Malam Jurura10

SUNGAI PETANI, 3 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar pakaian seragam bagi penjawat awam yang mempunyai bidang tugas penuh ditambah menjadi lima pasang setiap seorang.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa ini setiap penjawat awam seperti jururawat, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Imigresen hanya dibekalkan tiga pasang pakaian seragam.

"Kita mahu jawatan yang ada bidang tugas penuh, yang perlu memakai seragam setiap hari, ditambah daripada tiga pasang kepada lima pasang, berserta tiga pasang kasut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kursus Transformasi Bidang Kejururawatan anjura Persatuan Kejururawatan Kebangsaan, di sini Ahad.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula cadangan pemberian insentif khas untuk penjawat awam yang bertugas pada waktu malam.

"Selain aspek pakaian seragam, kita juga meminta agar insentif khas, kita cadangkan RM100, diberikan kepada penjawat awam yang berkhidmat antara pukul 12 tengah malam sehingga pukul 7 pagi agar setimpal dengan pengorbanan mereka dari segi masa," katanya.

Omar berkata, Cuepacs turut menuntut agar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) dikaji semula dan diselaraskan, dan berita baik itu diharap akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan penjawat awam di Putrajaya 11 Mac ini.

"Kita juga meminta agar Cola (elaun bantuan sara hidup) diselaraskan kepada RM300 untuk semua penjawat awam, termasuk yang tinggal di kuarters, yang ketika ini hanya dibayar separuh," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar turut merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga anggota polis yang meninggal dunia dalam insiden di Lahad Datu, Sabah, Jumaat lalu.

-- BERNAMA
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum