FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cadang jururawat di sekolah

2 posters

Go down

Cadang jururawat di sekolah Empty Cadang jururawat di sekolah

Post by MaStErMiNd Mon 18 Mar 2013, 7:30 pm


Cadang jururawat di sekolah Nurse
NORFARAHAH OTHMAN
10 Mac 2013

BENTONG - Kementerian Kesihatan bercadang menempatkan seorang jururawat di setiap sekolah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini, pihaknya masih membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pelajaran.

Katanya, pada peringkat permulaan, kemungkinan program itu akan dimulakan di sekolah rendah sebelum diteruskan ke sekolah menengah.

“Cadangan ini boleh membantu memberi pendidikan kepada pelajar berhubung penjagaan kesihatan merangkumi kebersihan diri dan pemakanan
sihat.

“Sebelum ini, jururawat hanya datang ke sekolah untuk mengajar pelajar cara gosok gigi dan sebagainya. Namun selepas ini, mereka boleh terus merujuk kepada jururawat ditempatkan di sekolah masing-masing sekiranya berdepan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dapat Ajar Semua Subjek A (Dasar) Dalam Peperiksaan Awam bagi kawasan Parlimen Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong.

Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kementeriannya juga bercadang memperkenalkan subjek berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran pelajar termasuk menangani tekanan dalam pelajaran.

Katanya, kini tekanan dalam kalangan pelajar sangat serius dan beliau berharap subjek tersebut dapat membantu mereka berdepan serta menangani segala tekanan dengan bijak.

“Pelajar perlu dibantu menangani tekanan, manakala guru pula perlu didedahkan dengan kemahiran yang betul untuk membimbing mereka.

“Antara punca tekanan dalam kalangan pelajar disebabkan harapan tinggi ibu bapa dan guru yang mahukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam setiap subjek, walaupun sedar ia kadangkala di luar kemampuan pelajar,” katanya.

Tiong Lai berkata, ibu bapa sepatutnya menanamkan minat belajar dengan cara betul, manakala guru pula perlu sentiasa kreatif dan inovatif ketika mengajar, bukannya terlalu menekan pelajar.

"Kebolehan guru mengajar secara kreatif juga penting supaya sesi pembelajaran berjalan lancar dan tidak menekan pelajar," katanya.


--- SINAR HARIAN
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Cadang jururawat di sekolah Empty Re: Cadang jururawat di sekolah

Post by MaStErMiNd Mon 18 Mar 2013, 7:54 pm

Cadang jururawat di sekolah Statis10
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Cadang jururawat di sekolah Empty Re: Cadang jururawat di sekolah

Post by HH Sun 24 Mar 2013, 5:26 pm

Kalau Pelajar sakit macam mana?

Jururawat boleh bagi terus rawatan tak? atau rujuk ke KK @ Hospital berdekatan.

Jururawat kan lebih kepada tugas kejururawatan..

Ada idea lain tak?
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 6973

Back to top Go down

Cadang jururawat di sekolah Empty Re: Cadang jururawat di sekolah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum