FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Kalah 2-0 Kepada Palestin

Go down

Malaysia Kalah 2-0 Kepada Palestin Empty Malaysia Kalah 2-0 Kepada Palestin

Post by Info Bola Sepak Wed 27 Mar 2013, 10:36 am


KUANTAN, 27 Mac (Bernama) -- Skuad Harimau Malaya terpaksa menelan pahit setelah diaibkan oleh Palestin 2-0 pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur di sini, Selasa malam.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, yang sebelum ini dikritik kerana persembahan hambar, bagaimanapun bertindak agresif sebaik sahaja perlawanan bermula dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu lawan.

Namun, Palestin membalas serangan dan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-27 apabila rembatan kencang Iyad A.S.Gharoud berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang tuan rumah, Mohd Farizal Marlias.

Tiga minit kemudian, Mohd Amri Yahyah hampir memberikan gol pendahuluan apabila gagal melakukan penyudah semasa berdepan dengan penjaga gol Palestin Tawfiq A.Y.Abuhammad.

Kelekaan benteng pertahanan negara dihukum oleh Palestin menerusi jaringan pertama Khaled J.A.Salem pada minit ke-39.

Percaturan Rajagobal pada separuh masa kedua dengan menukar penjaga gol pada saat-saat akhir mengundang padah apabila Ashraf N.O. Alfawaghra berjaya meledakkan gol kedua pelawat pada minit ke-90.

Palestin hampir menambah satu lagi jaringan pada masa tambahan menerusi sepakan penalti namun sepakan Husam I.A. Abusalah namun ia berjaya ditepis oleh penjaga gol gantian, Ahmad Syihan Hazmi Mohamad.

Perlawanan itu turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Duta Palestin ke Malaysia Abdul Elaziz Abu Goush.

Sebelum perlawanan bermula, Sultan Ahmad Shah menerima sumbangan berjumlah RM910,000 daripada pelbagai pihak untuk Tabung Lahad Datu dan Palestin.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Malaysia Kalah 2-0 Kepada Palestin Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum