FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

+5
AhTuck
eriy
adilla
rozila
Lord Vlad
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by Lord Vlad Fri 22 Jun 2007, 12:05 pm

MENYAMBUT KELAHIRAN

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk.

Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung.

Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Fri 07 Sep 2007, 8:37 pm

agak-agak sekarang ada lagi tak masyarakat melenggang perut untuk menyambut kelahiran..???
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by adilla Sat 08 Sep 2007, 2:53 am

ada lg rozila..terutama anak pertama,saya pernah lihat sendiri adat tu,very nice..kemesraan suami isteri nampak disitu ,suami isteri disiramkan bersama2 dgn air bunga..suami kena bantu memandikan isteri.. selalunya bidan2 kampung yg arif
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Fri 14 Sep 2007, 1:35 am

OO... camtu erk....saya tak pernah tengok .. best kalau dapat tengok.. satu pengalaman baru ni...dekdee.. kalau ada bagitahu saya.. ye...!!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by adilla Fri 14 Sep 2007, 5:31 pm

sebelah utara masih amalkan lagi,tp dah jarang....objektif utama bukanlah utk kepercayaan karut tetapi utk merapatkan hubungan suami isteri tambahan apabila mendapat anak baru nanti,biar sama2 ada rasa t/jawab.
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by eriy Tue 09 Oct 2007, 4:24 pm

rozila wrote:agak-agak sekarang ada lagi tak masyarakat melenggang perut untuk menyambut kelahiran..???

tak berbahaya ke melenggang perut ni..setahu saya doktor tak galakkan..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Thu 18 Oct 2007, 6:55 pm

ntah... tak tau bahaya ke tak...?
dulu masa kecik-kecik ada jugak dengar kat kampung orang melenggang perut.. tapi sekarang dah tak dengar lagi.. rasa dah tak wujud adat tu kat kampung saya... bahaya ke tak saya pun tak pasti...
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by adilla Mon 22 Oct 2007, 10:35 pm

jgn salah sangka,apa yg saya tahu melenggang perut just pada nama melambangkan tiada masalah semasa kehamilan sehingga in labour,adatnya biasa2 spt mandi dgn air bunga dan sebagai,rasanya tidak memudaratkan
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by eriy Tue 23 Oct 2007, 6:43 am

lenggan perut bukan yang main urut urut perut ke...????
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by AhTuck Wed 24 Oct 2007, 12:03 am

urut perut tu utk buang angin..
jgn mare ar eriy..heheheh
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6419

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Thu 25 Oct 2007, 8:32 pm

ada-ada je Ah tuck ni...ish!!ish!!!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by izah84 Fri 26 Oct 2007, 2:25 am

lenggang perut tu cmne dia buat..dia ada buat apa2 ke kat perut tu?pastu ms umur kandungan berapa bulan?
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by royani Fri 26 Oct 2007, 2:28 am

penah dgr pasal lenggang perut tp x penah nengok.member siap amik cuti nak blk kg lenggang perut....mesti best kalau dpt tgk
avatar
royani
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : nurse
Gender : Female
Jumlah Post : 99
Umur : 45
Tarikh Register : 09/09/2007
Reputation : 0
Points : 6212

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn pandang belakang....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Fri 26 Oct 2007, 3:44 pm

dekdee tahu tak soalan yang izah tanya tu..kalau tahu, sharelah ngan kita orang..just untuk pengetahuan je..!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by adilla Sun 28 Oct 2007, 9:30 am

experiens nih semasa kakak saya mengandungkan anak pertama,bahan2 yg ada 7 jenis bunga,air kelapa muda..dan byk lagi munkin saya tak ingat,memang ada proses mengurut tp bukan di bhgn perut ,bidan just palpate di abdomen ibu utk mengesan sebarang kompikasi tp bukan urutan,biasnya adat ini dibuat umur kandungan antara 5-6 bln,tp cara ini munkin juga berbeza di sesetangah tempat
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Sun 28 Oct 2007, 7:06 pm

oooo....camtu... untung dekdee, ada jugak experian tu...!!
cara tu untuk apa ye..?nak betulkan posisi bayi dalam kandungan ke..?
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by eriy Mon 29 Oct 2007, 1:29 pm

oooo...camtu plakk..ingatkan nak urut macam urut buang angin..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Mon 29 Oct 2007, 8:31 pm

rupa-rupanya kita sama-ama tak tahu kan eriy?/
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by Cik Pah Wed 31 Oct 2007, 9:57 am

ooOooOooOoo gitu ye..
Cik Pah
Cik Pah
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Kelant10
Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 1946
Umur : 43
Tarikh Register : 07/11/2006
Reputation : 12
Points : 6999

Character sheet
Mutiara Kata saya: cHaiyoOoOk!!!

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by eriy Sat 03 Nov 2007, 4:24 pm

a'ah la rozila.. sy ingatkan yg nak urut2 sampai rasa sakit tu..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by rozila Wed 07 Nov 2007, 1:25 am

la... pulak?..sampai ke situ pulak eriy ni...!!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by tornado5807 Wed 07 Nov 2007, 1:43 am

Yang urut pakai kelapa tu orang panggil apa ye ???
tornado5807
tornado5807
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Juruteknologi Makmal Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 339
Umur : 48
Tarikh Register : 17/03/2007
Reputation : 0
Points : 6359

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by eriy Wed 07 Nov 2007, 7:21 am

ada juga urut dengan kelapa???
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by adilla Thu 08 Nov 2007, 4:34 pm

ada juga saya dgr tp yg saya tahu itu pelengkap adat,kelapa muda di lalukan di perut ibu ..tp sy tak penah tgk,sesiapa yg pernah lihat bolehlah kongsi sama2
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by izah84 Fri 09 Nov 2007, 12:43 am

emm..mcm2 ye rupanya adat yg ada..
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN Empty Re: ADAT RESAM MELAYU : MENYAMBUT KELAHIRAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum