FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Didik anak gosok gigi

Go down

Didik anak gosok gigi Empty Didik anak gosok gigi

Post by Info Bola Sepak Mon 01 Apr 2013, 3:52 pm


Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my



Didik anak gosok gigi Child-Brushing-Teeth

Malah perasaan takut yang menguasai diri kanak-kanak ketika mahu dibawa berjumpa doktor juga menjadi satu masalah lain kepada ibu bapa.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, pelbagai kempen dan aktiviti pergigian dilakukan untuk membolehkan ibu bapa menjadikannya sebagai platform memujuk dan mendekatkan kanak-kanak kepada kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Antara aktiviti kesihatan pergigian yang berlangsung ketika ini ialah Kempen Bulan Kesihatan Mulut dengan misi 'Kesihatan Mulut Yang Sempurna' dianjurkan Colgate dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA).

Pengarah Urusan Colgate-Plamolive Malaysia, Singapura dan Brunei, John Hazlin berkata, bermula sejak 2004 lagi, jenama berkenaan berusaha gigih memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut kepada masyarakat negara ini menerusi pemeriksaan percuma pada April setiap tahun.

“Sejak kempen ini diadakan, kami berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung menerusi penjelajahan ke seluruh negara, kaunter mini dan klinik gigi yang menyertai kempen ini untuk me–ngubah cara penjagaan mulut yang lebih baik.

“Kempen ini berjaya mencapai matlamat utamanya yang dikongsi bersama MDA dan Kementerian Kesihatan. Kerjasama ini menjadikan kempen dilakukan bertambah baik setiap tahun.

“Fokus utama tahun ini adalah memberi didikan kepada orang ramai mengenai kesihatan mulut yang mempengaruhi kesejahteraan seluruh tubuh badan,” jelasnya pada majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Presiden MDA, Dr Haja Badrudeen Sirajudeen dan Pengarah Prinsipal Penjagaan Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan, Dr Khairiyah Abdul Muttalib.

Tambahnya, bukan kanak-kanak saja berhadapan masalah penjagaan kesihatan mulut kerana ia turut berlaku pada orang dewasa. Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan Oral Kebangsaan (NOHSA) ke atas orang dewasa pada 2010, didapati 52.4 peratus golongan itu meng–anggap mereka mempunyai kesihatan mulut yang baik manakala 98.3 peratus lagi memerlukan penjagaan gigi yang betul, termasuk berkaitan pereputan gigi, gusi dan gigi palsu.

Kajian turut mendedahkan, 94 peratus di kala–ngan orang dewasa memerlukan nasihat atau panduan mengenai cara membersih–kan mulut yang sebaiknya dilakukan setiap hari.

Sementara itu, Nor Manisya Ahmad Khazi, 12, turut mengakui kepentingan menjaga kesihatan mulut terutamanya gigi dan gusi sejak awal lagi untuk mengelakkannya daripada rosak atau sakit.

Malah, bagi memastikan giginya sentiasa bersih dan sihat, Nor Manisya akan memberus gigi tiga kali sehari iaitu waktu pagi selepas bangun tidur, selepas makan dan sebelum tidur pada waktu malam.

"Ibu dan bapa saya mengajar untuk membersihkan gigi sejak kecil lagi. Mereka menggalakkan saya memberus gigi dengan menyediakan berus dan ubat gigi yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Selain memberus gigi di rumah, ibu bapa saya juga membekalkan berus dan ubat gigi untuk dibawa ke sekolah. Ia bagi menggalakkan saya memberus gigi selepas makan,” jelas anak kecil ini sambil tersenyum, sekali gus menampakkan barisan giginya yang bersih.

Tambahnya, bukan hanya memberi perhatian terhadap kebersihan gigi, malah ibu bapanya turut mendedahkan dirinya dengan doktor gigi setahun dua kali agar tiada perasaan takut ketika menghadiri klinik untuk membuat pemeriksaan gigi.

Pendedahan yang dilakukan sejak kecil lagi dengan suasana klinik membuatkan dia tidak mempunyai perasaan takut malah suka jika dibawa berjumpa doktor gigi.

“Saya pernah mengalami sakit gigi selepas minum air sejuk. Disebabkan ingin mengetahui puncanya, ibu bapa saya membawa saya berjumpa doktor gigi. Kemudian, doktor menyuruh saya menggunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Akhirnya, gigi saya kembali pulih.

“Selain itu, saya juga pernah mencabut dan menampal gigi. Walaupun pernah mengalaminya, namun saya tidak takut untuk berjumpa doktor gigi,” katanya penuh semangat.

Baginya, mereka yang takut berjumpa doktor gigi harus mengubah tanggapan itu kerana dengan berjumpa pakar pergigian akan membantu menyelesaikan masalah sakit gigi atau gusi yang dialami.

Melalui pameran bergerak yang dijalankan di seluruh negara, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di 805 klinik pergigian ahli MDA sepanjang bulan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.facebook.com/ColgateMY.

--- HARIAN METRO
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Didik anak gosok gigi Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum