FAM Jangan berlagak seperti polis dalam Artikel 88 - Khoo
Page 1 of 1
FAM Jangan berlagak seperti polis dalam Artikel 88 - Khoo
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Keghairahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 sehingga lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara, mendapat teguran pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Sehubungan itu beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia.
"FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an.
"Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya kepada Bernama hari ini.
Khoo turut mempersoal prestasi skuad Harimau Malaya kini, yang gagal layak ke Sukan Olimpik seperti yang dilakukan ketika edisi 1972 di Munich, Jerman dan Moscow, Russia pada 1980 sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik berbanding dahulu.
Beliau berkata tindakan FAM yang terlalu banyak membuang masa kepada perkara tidak penting serta tersasar daripada matlamat asalnya sewaktu ditubuhkan pada 1933, hanya merugikan pembangunan bola sepak negara.
"Saya bimbang melihat prestasi tidak menentu pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini. FAM perlu melakukan perubahan sebelum terlambat. Saya khuatir peminat akan beralih kepada sukan lain seperti hoki dan bola sepak bukan lagi sukan nombor satu rakyat Malaysia," katanya.
Mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal, di bawah Artikel 88 FAM, Khoo berkata jika FAM tidak suka dengan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu, adalah lebih baik beliau tidak ditawarkan jawatan tersebut sejak dari awal.
"Daripada menjatuhkan hukuman lebih baik sekiranya FAM mencari jurulatih lain yang tidak akan mengkritiknya (FAM)," kata Khoo.
Rajagobal bakal berdepan hukuman berat apabila mengkritik tindakan FAM yang membenarkan pemain import beraksi di Liga Malaysia menyebabkan skuad bimbingannya ketandusan penyerang sejati.
Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam, memutuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ketua jurulatih itu menyalahi perlembagaan FAM dan beliau akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Antara individu yang pernah menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 apabila baginda mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan masih lemah dan bertaraf amatur.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula digantung dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap FAM.
Manakala Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua tahun setengah pada tahun lepas, kerana kesalahan mengkritik skuad negara.
Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, menyebut bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, perlu mendapatkan izin kongres FAM terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Similar topics
» 'One-Touch Football' Tidak Akan Bawa Malaysia Ke Mana - Prof Khoo
» Ada masa depankah jawatan JTMP? Bolehkah kita mendapat Gred U 41 / 42 ke atas? atau mungkinkah pada akhirnya jawatan JTMP dijumudkan???
» Rajagobal Kunci Mulut Isu Langgar Artikel 88 FAM
» Rajagobal Didapati Tidak Bersalah Langgar Artikel 88 FAM
» tok batin & polis trafik
» Ada masa depankah jawatan JTMP? Bolehkah kita mendapat Gred U 41 / 42 ke atas? atau mungkinkah pada akhirnya jawatan JTMP dijumudkan???
» Rajagobal Kunci Mulut Isu Langgar Artikel 88 FAM
» Rajagobal Didapati Tidak Bersalah Langgar Artikel 88 FAM
» tok batin & polis trafik
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak