FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kawat Kesal Butler Dan Boateng Kasari Jurugambar NSTP

Go down

Kawat Kesal Butler Dan Boateng Kasari Jurugambar NSTP Empty Kawat Kesal Butler Dan Boateng Kasari Jurugambar NSTP

Post by Info Bola Sepak Wed 10 Apr 2013, 7:27 pm


Kawat Kesal Butler Dan Boateng Kasari Jurugambar NSTP KENLANTAN-220x340
KUALA TERENGGANU , 10 April (Bernama) -- Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kesal dengan tindakan ketua jurulatih T-Team, Peter James Butler dan pemain import George Boateng mengasari seorang jurugambar akhbar di sini semalam.

Menyifatkan ia sebagai melampau, presidennya Ayob Mamat Rabu berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang jurulatih dan pemain bertaraf profesional.

Beliau berkata media hanya menjalankan tugas dan tidak wajar sekiranya petugas media dijadikan sasaran untuk melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Saya harap pihak yang terlibat memandang serius hal ini dan mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara seperti ini tidak berulang," katanya ketika mengulas insiden yang menimpa jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail semalam.

Butler, yang juga pengurus pasukan, didakwa memaki dan menghalau jurugambar itu ketika gambarnya dirakamkan selepas jurulatih itu menerima surat direhatkan selama 30 hari daripada pihak pengurusan.

Boateng didakwa campur tangan dengan mencaci, menolak dan cuba merampas kamera jurugambar itu ketika sesi latihan pasukan itu di padang bola Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.

Berikutan insiden itu, Tengku Mohd Syamim membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk pegawai dan pemain pasukan bagi membantu siasatan.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kawat Kesal Butler Dan Boateng Kasari Jurugambar NSTP Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum