FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

T-Team Akhirnya Temui Import Baharu

Go down

T-Team Akhirnya Temui Import Baharu Empty T-Team Akhirnya Temui Import Baharu

Post by Info Bola Sepak Mon 15 Apr 2013, 2:23 pm


T-Team Akhirnya Temui Import Baharu Damir-yuksel
KUALA TERENGGANU, 14 April (Bernama) -- Pasukan berstatus kelab T- Team akan mengikat seorang penyerang import kelahiran Turki bagi mengantikan Caleb Folan yang ditamatkan kontrak selepas pusingan pertama Liga Super musim ini.

Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata penyerang tersebut Damir Ibric Yuksel, 29, pernah beraksi dengan beberapa kelab di Turki, Romania dan China dan juga bekas pemain skuad bawah 21 tahun Bosnia & Herzegovina.

"Kita pilih Damir kerana beliau bukan sahaja boleh bermain di posisi penyerang dengan baik ketika ujian, tetapi juga dapat memantapkan bahagian tengah dan pertahanan," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, Ahad.

Abdul Rashid berkata pemain yang mempunyai dua kewarganegaraan Bosnia dan Turki itu telah menunjukkan kewibawaan dalam beberapa posisi semasa latihan ujian berbanding pemain import yang lain.

Abdul Rashid berkata pemain berkenaan dijangka menandatangani kontrak selepas menerima laporan perubatan dan namanya akan dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk didaftarkan sebelum jendela pendaftaran ditutup pada 22 April ini.

Beliau berkata pihaknya berharap Damir dapat membantu pasukan itu mengharungi baki perlawanan pusingan kedua Liga Super dan mengelak pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Damir pernah bermain posisi penyerang ketika menyarung jersi pasukan Concordia Chiajna dalam Liga 1 Romania selama setahun.

Sebelum itu pemain tersebut telah bermain bersama kelab Turki antaranya kelab Kocaelispor, Trabzonspor dan Eyupspor serta Qingdao Jonoon FC dari China.

Abdul Rashid berkata beliau yakin prestasi pasukan T-Team di bawah kendalian Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan meningkat pada masa akan datang setelah menggantikan ketua jurulatih Peter James Butler yang 'direhatkan' selama sebulan.

T-Team kini menduduki di tangga zon penyingkiran iaitu ke-11 daripada 12 pasukan dengan hanya mengumpul sembilan mata setakat ini.

--BERNAMA

Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : T-Team Akhirnya Temui Import Baharu Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum