FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar - Kim Swee

Go down

Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar - Kim Swee Empty Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar - Kim Swee

Post by Info Bola Sepak Tue 11 Jun 2013, 9:23 pm


Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar - Kim Swee Image
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Peluang beraksi pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia bulan depan adalah pentas terbaik bagi skuad Harimau Muda A membuktikan kemampuan sebenar setelah dihimpit siri kekalahan dalam aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee optimis anak buahnya mampu menghadirkan saingan sengit walaupun sedar laluan penuh berliku untuk membawa pulang pingat pada temasya itu apabila diundi dalam kumpulan C bersama-sama Itali, Great Britain dan Algeria.

"Itali dan Great Britain adalah dua pasukan yang hebat. Mereka mempunyai budaya bola sepak yang tinggi serta berada pada tahap berbeza berbanding kita. Namun, ini bukan bermakna kita akan mudah menyerah kalah.

"Saya juga mahu pemain menggunakan pengalaman di Kazan dalam misi kita mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Skuad Harimau Muda A kini menjalani latihan di Slovakia dan akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di sana.

Bagi memantapkan pasukan berkenaan menghadapi saingan di Universiade, ketua jurulatih Harimau Muda A itu memanggil lapan pemain iaitu Zubir Azmi (Terengganu), K Reuben (ATM), S Sivanesan (Negeri Sembilan), K Prabakaran (Sime Darby), Nik Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Nazri Ahmad (Johor Darul Takzim), Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu) dan Junior Eldstal (Sarawak).

"Saya panggil mereka bersama kita di sini (Slovakia) sebagai pendedahan awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk dan perbezaan masa berbanding di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata beliau mungkin melakukan rombakan kecil sekiranya Nik Shahrul Azim dan Nazri yang akan beraksi di pentas final Piala FA pada 29 Jun ini, mengalami kecederaan.

"Saya harap mereka tidak mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Piala FA nanti. Barisan utama skuad negara ke Kazan hanya akan diumumkan selepas tamat Piala FA," katanya.

Harimau Muda A dijadual berdepan Itali pada 5 Julai, Great Britain (8 Julai) dan Algeria (10 Julai).

Untuk rekod, skuad negara gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya edisi 2011 di Shenzen, China selepas tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar - Kim Swee Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum