FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA

Go down

Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA Empty Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA

Post by Info Bola Sepak Tue 11 Jun 2013, 9:27 pm


Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA Blogger-image-1976741500
KANGAR, 11 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Azlan Man hari ini menolak lamaran Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk menerajui persatuan yang sedang menghadapi kemelut kewangan itu.

Katanya PFA perlu dipimpin tokoh berpengalaman dan berkebolehan bagi mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak dan mengakui bahawa beliau bukanlah tokoh yang berkelayakan untuk sukan itu.

"Kalau dilantik dan saya menerima (menjadi Presiden PFA), prestasi PFA akan terus malap kerana saya tiada pengalaman dan kebolehan," katanya ketika mengulas lamaran PFA itu di pejabatnya Selasa.

PFA kehilangan penerajunya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang kini menghadapi hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Februari lepas.

Shahidan dikenakan hukuman penggantungan itu dan denda RM39,000 oleh FAM Februari lepas setelah didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyalahi Artikel 88 FAM.

Berikutan hukuman itu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri hilang status sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Pada 7 Jun lalu, Majlis PFA yang mengadakan mesyuarat khas memutuskan untuk melamar Azlan sebagai peneraju baharu PFA bagi menggantikan Shahidan dan mesyuarat agung PFA ke-13 yang dijadual 16 Jun ini akan mencalonkan nama menteri besar itu.

Azlan berkata walaupun menolak tawaran PFA namun beliau akan tetap memberi sokongan kepada persatuan itu bagi mengendalikan kegiatan pembangunan sukan berkenaan.

Ditanya sama ada kerajaan negeri boleh membantu kewangan PFA, menteri besar berkata kerajaan negeri tiada peruntukan besar untuk menyalurkan dana yang secukupnya untuk persatuan itu.

Bagaimanapun permohonan boleh dibuat kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan suntikan dana bagi menyelesaikan beberapa masalah termasuk gaji pemain yang tertunggak.

Beliau juga berharap PFA dapat mengumpul dana melalui pelbagai sumber bagi menampung kos operasinya yang dianggarkan RM220,000 sebulan termasuk bayaran gaji pemain dan pegawai.

Azlan berkata beliau tidak berniat untuk menghampakan PFA tetapi pada masa ini tanggungjawabnya lebih bertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan negeri.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Azlan Tolak Lamaran Terajui PFA Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum