Penyakit Sinusitis
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Informasi :: Sorotan Buletin Semasa : Berita Warga Paramedik @ Keratan Akhbar
Page 1 of 1
Penyakit Sinusitis
Sejauh Mana Kronik Penyakit Sinusitis?
Oleh Hazlinda Hamzah
KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Sinus adalah rerongga udara anatomi (pada tulang muka) dan setiap orang mempunyai empat rerongga seumpamanya.
"Jadi apabila seseorang itu berkata mereka mengalami masalah sinus, mereka tersilap. Setiap orang mempunyai 'sinus' dan rerongga ini adalah sebahagian daripada tubuh manusia.
"Masalah atau penyakit ini sebenarnya dikenali sebagai sinusitis," jelas pakar bedah perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Prince Court Medical Centre Datuk Dr Kuljit Singh.
Masyarakat Malaysia lazimnya menggunakan perkataan sinus atau sinusitis dengan sesuka hati tanpa mengetahui apa maksud sebenarnya.
"Apabila seseorang mengalami simptom-simptom seperti hidung berair, tersekat dan gatal, terus terlintas dalam fikiran mereka yang mereka mengalami simptom-simptom sinusitis.
"Ini tidaklah benar, dan bagi pakar ENT ini ia lebih kepada simptom yang disebabkan oleh alahan (alergi). Apabila seseorang bersin dan hidungnya berair atau tersekat, kemungkinan besar mereka mengalami rinitis alergi atau alahan," katanya.
SINUSITIS KRONIK
Satu lagi perkataan yang tidak kena maksudnya adalah 'kronik', yang sebenarnya bermaksud satu keadaan yang berpanjangan.
Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2009, sebanyak 13 peratus daripada populasi Malaysia atau kira-kira 3.5 juta orang mengalami sinusitis. Sinusitis di peringkat kronik membawa kesan negatif terhadap sesiapa sahaja, yang menjejaskan kualiti kehidupan, produktiviti dan interaksi sosial.
Dalam kes sinusitis, para pesakit kebanyakannya akan menunjukkan simptom-simptom akut seperti sakit kepala selain daripada lelehan kekuningan daripada hidung pada peringkat awal.
"Ada yang akan merasakan terdapat lelehan yang mengalir di tekak selain daripada sakit gigi," kata Dr Kuljit.
Antara simptom lain termasuk deria bau yang terjejas, demam, batuk, dan sakit yang teruk semasa membongkok dan nafas berbau, antara lain, selama lebih kurang 10 hari.
EMPAT RERONGGA UDARA
Terdapat rerongga udara ataupun sinus di tulang muka - maksila, frontal, etmoid dan sfenoid.
Dalam kes sinusitis, sinus ini dijangkiti dan apabila ia mengalami keradangan bagi tempoh singkat maka keadaan ini dikenali sebagai sinusitis akut dan jika keadaan ini berpanjangan maka ia dikatakan sinusitis kronik.
"Jika seseorang pesakit mengalami simptom ini sehingga 12 minggu, ia masih sinusitis akut. Jika simptom ini berpanjangan melampaui 12 minggu maka ia dikenali sebagai sinusitis kronik.
"Para pesakit perlu mengetahui peringkat sinusitis masing-masing - akut, sub-akut atau kronik.
"Jika anda mengalami selesema yang teruk, ia juga boleh menjejaskan sinus anda dan ia membawa kepada satu keadaan akut.
"Dalam kes akut para doktor akan cari jalan untuk mengurangkan bengkak pada rerongga sinus menggunakan ubat, dan ini akan membantu memperluaskan liang rerongga itu sekali gus membolehkan lelehan mengalir keluar," kata Dr Kuljit.
Sinusitis akut boleh dirawat dengan ubat sementara sinusitis kronik lazimnya memerlukan prosedur pembedahan.
ANALGESIA
Analgesia atau ubat tahan sakit lazimnya disyorkan selain daripada penyembur oral atau topikal di hidung. Para doktor juga akan mengesyorkan antihistamin, selain daripada ubat-ubatan lain untuk mengurangkan kahak tegar.
Para doktor juga menggalakkan para pesakit dengan sinusitis akut untuk melakukan ransangan; pada zaman awal pesakit membersihkan hidung menggunakan air garam dengan campuran itu bebas daripada partikel lain.
Menggunakan satu saluran bermuncung tajam yang dimasukan ke dalam hidung, air garam dipancut ke dalam hidung dan ini biasanya bagi kes-kes akut sahaja.
Juga terdapat pencucian salina menggunakan antibiotik.
"Jika menggambil ubat antibiotik, ia perlu diambil selama 7-10 hari.
Antibiotik akan ditukar kepada jenis lain jika simptom akut ini masih berterusan melampaui 12 minggu, mencapai peringkat kronik," kata Dr Kuljit dan menambah kata pembedahan adalah pilihan terakhir.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan 12 hingga 50 peratus daripada pesakit yang menjalani rawatan dengan ubat-ubatan gagal sembuh.
Jika pesakit masih belum sembuh selepas menjalani rawatan sehingga 12 minggu, maka prosedur alternatif perlu dipertimbangkan termasuk antibiotik baru dan pembedahan.
-- BERNAMA
Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Re: Penyakit Sinusitis
Prosedur Invasif Minimum Bagi Sinusitis
Oleh Hazlinda Hamzah
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Prosedur Balloon Sinuplasty yang ditambahbaik dan dipermudahkan untuk merawat sinusitis kronik diperkenalkan di sini baru-baru ini.
Bersama kadar kejayaan dalam menambahbaik simptom-simptom sehingga 95 peratus, Balloon Sinuplasty membawa harapan baru bagi mereka yang mengalami sinusitis kronik.
Kaedah ini tidak memerlukan pembuangan tisu atau tulang seperti dalam prosedur Functional Endoscopy Sinus yang diperkenalkan lebih dua dekad yang lepas dengan pesakitnya mengalami pendarahan hidung dan kesakitan.
Prosedur Balloon Sinosplasty ini pertama kali diperkenalkan di negara ini pada 2007.
"Teknologi ini telah berkembang maju. Ia lebih mudah sekarang dan boleh dilaksanakan dengan berkesan untuk mengatasi kesengsaraan persakit dengan keadaan ini. Ia selamat dan lebih cepat hari ini," kata pakar bedah perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Prince Court Medical Centre, Datuk Dr Kuljit Singh.
PROSEDUR YANG TERBABIT
Fellow American Rhinologic Society Dr Howard Levine berada di Malaysia baru-baru ini untuk menunjukkan prosedur baru Balloon Sinuplasty ini.
"Kita menyaksikan kejayaan dalam menguruskan keadaan kronik ini menggunakan Sistem Relieva Spin Balloon Sinuplasty yang ditambahbaik dan diperhalusi lagi," kata Dr Levine.
Prosedur ini membolehkan pakar bedah masuk ke rerongga sinus secara tepat menggunakan satu tangan sahaja dan seterusnya mengembungkan belon untuk membuka liang dan membolehkan aliran cecair.
Pembedahan yang dijalankan menggunakan peranti 'Spin' ini mengurangkan tempoh pulih bagi pesakit berbanding pembedahan sinus konvensional.
Peralatan perubatan ini mempunyai dawai pandu dengan satu tombol pada satu hujung dan kateter belon pada satu lagi hujung. Menggunakan tombol itu pakar bedah akan memasukkan kateter belon itu ke dalam liang-liang kecil sinus atau anatomi lain.
Apabila berada dalam kedudukannya, belon akan dikembungkan untuk membuka liang sinus yang tersekat dengan keseluruhan prosedur mengambil masa 20 minit sahaja.
HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN
Dr Levine berkata selepas pesakit menjalani prosedur ini, mereka lazimnya kembali ke rutin harian mereka dalam tempoh dua hari.
Ini membantu mengurangkan kos yang perlu ditanggung pesakit yang menjalani prosedur ini selain produktiviti mereka juga tidak terjejas.
Sejak 2011, sehingga 12,000 prosedur Balloon Sinuplasty dijalankan di Amerika Syarikat dengan pesakit tidak menunjukkan kesan buruk.
Bagaimanapun, prosedur ini tidak akan membantu mengurangkan simptom sinusitis kronik kepada perokok.
PAKAR MALAYSIA DIDEDAHKAN KEPADA PROSEDUR BARU INI
Pakar-pakar ENT Malaysia baru-baru ini didedahkan kepada prosedur baru ini oleh Dr Levine melalui satu sesi tunjuk ajar yang disusuli dengan pemerhatian secara langsung pada prosedur pertama seumpamanya di Malaysia pada Sidang Kemuncak Rinologi 2013.
Para pakar ENT dapat membiasakan diri dengan peralatan ini dalam masa beberapa jam sahaja.
Dr Kuljit dalam menyambut baik teknologi ini menekankan bahawa kini terdapat pilihan berbilang rawatan di Malaysia, dan yang penting prosedur baru ini dapat mengurangkan dengan ketara tempoh sembuh selain berkesan dalam mengurangkan kesengsaraan pesakit yang mengalami masalah ini.
Matlamatnya adalah mencari prosedur yang kurang membabitkan pembedahan dan yang dikendalikan dalam persekitaran yang lebih kondusif dan mesra, di luar bilik bedah dan menggunakan anestetik setempat.
Pesakit yang menjalani prosedur baru ini akan kurang mengalami trauma dengan mereka hanya perlu melalui anestetik setempat bagi prosedur itu selain tidak memerlukan mereka berpuasa atau menggunakan pakaian hospital.
Keresahan menjalani pembedahan, adakalanya boleh menyebabkan mereka mengubah keputusan dan oleh itu meneruskan dengan kesengsaraan mereka.
Para pesakit hari ini lebih suka kembali bekerja secepat yang mungkin.
"Kira-kira 48 peratus daripada pesakit mendapati prosedur baru yang ditambahbaik ini di luar bilik bedah dapat diterima dengan baik, 15 peratus mendapati ia boleh tahan dan hanya 3.0 peratus berasa tidak selesa semasa prosedur itu dijalankan atau tidak boleh tahan," kata Dr Levine.
Beliau percaya bahawa 3.0 peratus daripada pesakit yang menyatakan mereka tidak selesa dengan prosedur itu, mempunyai sinus yang lebih susah untuk sampai kepada dan oleh itu sebenarnya tidak sesuai untuk prosedur ini.
Para pesakit dengan sinusitis kronik yang tidak menunjukkan kemajuan selepas mengambil ubat boleh menimbangkan prosedur Balloon Sinuplasty ini.

Similar topics
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Penyakit Fibroid
» Penyakit????
» Penyakit Asma
» Penyakit Talasemia
» Penyakit Fibroid
» Penyakit????
» Penyakit Asma
» Penyakit Talasemia
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Informasi :: Sorotan Buletin Semasa : Berita Warga Paramedik @ Keratan Akhbar
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak