Kelantan Diundi Dalam Kumpulan Maut Bersama Tiga Bekas Juara
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di ibu negara Sabtu, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak , Perak dan Kedah.
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan FELDA United FC.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadual bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU, pasukan berstatus kelab, T-Team akan turun selaku 'underdog' dalam saingan Piala Malaysia musim ini yang akan bermula selepas Aidilfitri.
Penolong Pengurus Pasukan, Mohamad Sekanther Abdul Hamid berkata ini kerana T-Team sedar semua yang bertanding adalah pasukan-pasukan yang hebat-hebat belaka.
"Kami akan turun sebagai 'underdog' kerana kami tidak mempunyai bintang seperti pasukan lain," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau berkata pasukan bimbingan Che Ku Marzuki Che Mohd Nor itu berazam mengulangi pencapaian terbaiknya seperti pada 2011 iaitu berjaya melangkah ke separuh akhir.
"Kita akan berusaha, walaupun untuk mencapai impian itu agak sulit dengan barisan pemain muda yang kurang berpengalaman," katanya sambil menambah kata bahawa senjata T-Team dalam mengharungi perlawanan ini ialah berbekalkan semangat pemain yang tinggi dan berkobar-kobar.
Sekanther berkata pemain perlu menunjukkan komitmen dan semangat yang jitu tanpa mengeluh semasa berlatih dalam bulan puasa ini.
"Kami terus menjalani latihan selama beberapa jam pada sebelah pagi bagi memastikan stamina pemain tidak luntur," katanya.
--BERNAMA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak