FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan Piala M'sia

Go down

Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan Piala M'sia Empty Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan Piala M'sia

Post by Info Bola Sepak Sun 28 Jul 2013, 9:57 am

Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan Piala M'sia Ktanteam
 

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pengurus pasukan Kelantan Azman Ibrahim yakin pasukan bola sepak negeri itu mampu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut walaupun diundi 'dalam kumpulan maut' pada tahun ini.

Beliau berkata sasaran tersebut selaras dengan kehendak pengurusan pasukan yang menetapkan matlamat untuk memenangi sebanyak mungkin piala yang dipertandingkan musim ini.

"Kita diundi bersama pasukan kuat yang kesemuanya merupakan gergasi bola sepak tahun ini. Tahun lepas, kita juga berada dalam kumpulan maut bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu dan Kedah.

"Insya Allah, kita cuba mempertahankan piala ini untuk tahun kedua berturut-turut walaupun cabaran dalam kumpulan C bukanlah satu tugas mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis undian Piala Malaysia 2013 di Menara TM, di ibu negara, Sabtu.

Kelantan yang juga juara Piala FA 2013 diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran tetangga mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Azman berkata beliau tidak mahu memandang rendah keupayaan Negeri Sembilan yang dianggap sebagai pasukan 'pengacau' dalam kumpulan C, walaupun skuad kendalian jurulatih Ridzuan Abu Shah itu menduduki tangga terakhir pada saingan Liga Super, musim ini.

"Walaupun tersingkir ke Liga Perdana musim depan tetapi mereka mempunyai pemain-pemain yang bagus dan berkaliber, misalnya (pertahanan) Norhafiz Zamani Misbah merupakan seorang pemain yang berpengalaman luas selain pemain tengah, Mohd Nazrin Nawi yang semakin menunjukkan peningkatan," katanya.

Senada dengan Azman ialah jurulatih pasukan ATM, B. Sathianathan yang menyasarkan pasukan 'The Gladiators' mampu menempah slot ke final buat kali kedua selepas dikecewakan Kelantan, 2-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, tahun lepas.

"Kita bergantung penuh kepada 15 pemain utama kita memandangkan pasukan simpanan kita tidak berapa kuat seperti Johor, Selangor dan Kelantan.

"Saya berharap pemain utama kita bebas daripada kecederaaan dan boleh beraksi dalam kesemua perlawanan kumpulan untuk mencerahkan peluang kita ke final," katanya yang pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia bersama Kelantan pada edisi 2010.

Berbeza pula dengan jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah yang menyifatkan laluan pasukan Seladang cukup berliku kerana harus berhadapan dengan juara Liga Super, Lions XII FC dari Singapura; juara Liga Perdana Sarawak; selain Kedah dalam saingan kumpulan D.

"Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Malaysia yang beraksi di Stadium Jalan Besar kebiasaanya menjadi 'mangsa' kepada Lions XII FC. Begitu juga dengan aksi bertemu Sarawak di Kuching yang boleh dikatakan agak sukar memandangkan mereka sentiasa mendapat sokongan padu daripada penyokong tempat sendiri.

"Bagi saya, matlamat utama kita adalah sekurang-kurangnya beraksi di peringkat suku akhir dan saya berharap mampu mempersiapkan pasukan sebelum menghadapi sepak mula Piala Malaysia nanti," katanya.

--BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan Piala M'sia Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum