FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ujian HIV wanita hamil

Go down

Ujian HIV wanita hamil Empty Ujian HIV wanita hamil

Post by Info Bola Sepak Wed 28 Aug 2013, 11:16 am

Soalan
DOKTOR, suatu hari saya ke klinik. Jururawat ada mengambil darah, katanya untuk ujian HIV. Bolehkah doktor berikan penerangan berkenaan HIV dan AIDS. Bagaimanakah bayi dalam kandungan boleh terjejas jika ibunya mempunyai HIV? Perlukah saya membuat ujian HIV? Bagaimanakah ujian HIV dijalankan? Terima kasih

* Siti, Kelantan

Jawapan


HIV merujuk kepada virus human immunodeficiency. Virus ini dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain semasa hubungan s*ks dan melalui cairan badan seperti darah dan susu ibu dan boleh dijangkit daripada seorang wanita kepada bayi dalam kandungannya sewaktu hamil dan semasa bersalin.

Bagaimanakah bayi dalam kandungan boleh terjejas jika ibunya mempunyai HIV?

Bayi dalam kandungan mempunyai kira-kira satu dalam empat kemungkinan memperolehi HIV jika ibunya HIV positif dan tidak menerima sebarang rawatan atau intervensi untuk menghentikannya. Virus ini boleh dijangkitkan kepada bayi semasa hamil melalui plasenta (uri); semasa bersalin melalui sentuhan dengan cairan badan dan semasa menyusu badan melalui susu badan.

Di Malaysia, wanita hamil yang membuat pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan akan menjalani ujian HIV dan mereka yang didapati positif akan diberi kaunseling dan rawatan anti-retroviral (ARV) sepanjang kehamilan mereka. Si ibu pula akan menerima rawatan ARV sepanjang hayatnya. Bayi yang baru lahir juga akan diberi rawatan dan ujian HIV secara berkala. Wanita hamil yang memilih untuk membuat pemeriksaan di klinik dan hospital swasta pula akan diuji untuk HIV sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan pranatal, namun anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.

Setiap bayi yang ibunya HIV positif akan dilahirkan dengan antibodi terhadap virus tersebut dalam badannya. Lama-kelamaan, antibodi ini akan hilang jika bayi tersebut tidak mempunyai HIV. Kadang-kala mengambil masa sehingga 18 bulan untuk ini berlaku. Jadi, anda tidak dapat memastikan samada bayi ini bebas daripada HIV sehinggalah dia menjakau usia setahun setengah.

Perlukah saya membuat ujian HIV?

Keputusan sama ada mahu membuat ujian HIV semasa hamil ataupun tidak adalah satu keputusan yang besar. Anda perlu mengambil masa untuk memikirkan mengenai implikasinya sebelum anda memberi keputusan. Cubalah cari seseorang yang anda boleh berbincang, contohnya doktor ataupun seorang teman rapat yang anda boleh percayai, yang boleh memastikan perbincangan anda ini adalah sulit.

Sebelum anda mengambil ujian ini, doktor anda akan menerangkan secara terperinci bagaimana ujian ini akan dijalankan dan apa yang akan berlaku jika keputusannya didapati positif atau negatif. Kemudian, beliau akan bertanya sama ada anda memberikan persetujuan supaya ujian ini dijalankan. Jika anda mengubah fikiran pada ketika ini, anda tidak harus rasa terpaksa atau diberi tekanan untuk meneruskannya.

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

--- UTUSAN MALAYSIA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Ujian HIV wanita hamil Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6688

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum