FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rajagopal Mahu Skuad Harimau Malaya Kekalkan Prestasi

Go down

Rajagopal Mahu Skuad Harimau Malaya Kekalkan Prestasi Empty Rajagopal Mahu Skuad Harimau Malaya Kekalkan Prestasi

Post by Info Bola Sepak Tue 03 Sep 2013, 3:56 pm

Rajagopal Mahu Skuad Harimau Malaya Kekalkan Prestasi Pix_gal1

PETALING JAYA, 3 Sept (Bernama) -- Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menuntut pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat sejak Ahad supaya mengekalkan prestasi semasa masing-masing.

Walaupun mengakui kebanyakan pemain skuad Harimau Malaya mengalami keletihan akibat beraksi dalam empat perlawanan dalam kempen Piala Malaysia dalam tempoh 11 hari, Rajagobal yakin prestasi semasa pemain tidak akan merudum.

"Saya bimbang kerana kebanyakan pemain yang melaporkan diri agak keletihan kerana terpaksa beraksi dalam empat perlawanan untuk tempoh masa yang singkat.

"Jadi,saya akan menggunakan tempoh yang ada ini untuk memulihkan kembali prestasi para pemain," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.

Menyentuh mengenai kecederaan pemain skuad Harimau Malaya, Rajagobal berkata beliau terpaksa menyisihkan dua pemain Kelantan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Farisham Ismail yang mengalami kecederaan.

Tempat mereka digantikan oleh dua pemain daripada skuad simpanan iaitu penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid dan pemain pertahanan ATM, Affize Faisal Mamat.

"Saya ambil ini (kecederaan pemain) sebagai perkara positif kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa...Selain itu, saya juga mahu memberikan peluang kepada dua pemain simpanan ini untuk mempamerkan kebolehan mereka," katanya.

Rajagobal berkata skuad Harimau Malaya akan bertolak awal ke China, Khamis ini untuk aksi persahabatan menentang pasukan 'Tembok Besar' itu di bandar Tianjin, China, yang dijadualkan pada 10 Sept ini.

Terdahulu, juara Piala AFF 2012, Singapura akan menguji kekuatan pasukan 'Tembok Besar' itu dalam aksi persahabatan di negara berkenaan pada 6 Sept.

"Mengikut jadual, kita sepatutnya bertolak ke China pada 7 Sept ini tetapi disebabkan mereka mengadakan perlawanan persahabatan menentang China lebih awal, saya mahu melihat kekuatan yang ada pada pasukan China," kata Rajagobal.

Perlawanan persahabatan itu merupakan antara perancangan jurulatih berusia 57 tahun itu sebelum berdepan Bahrain dalam perlawanan ketiga, kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Okt ini, di sini.

--BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Rajagopal Mahu Skuad Harimau Malaya Kekalkan Prestasi Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum