FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelantan Sah Ke Final Piala Malaysia

Go down

Kelantan Sah Ke Final Piala Malaysia Empty Kelantan Sah Ke Final Piala Malaysia

Post by Kelantan Sat 26 Oct 2013, 9:38 pm

Kelantan Sah Ke Final Piala Malaysia 291408_heroa
KOTA BAHARU, 25 Okt (Bernama) -- Penyandang juara, Kelantan memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan timbal-balik di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam ini.

Keputusan seri 2-2 yang dicatatkan oleh Kelantan sudah memadai untuk mereka beraksi di pentas akhir pada 3 Nov ini di Stadium Shah Alam.

Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas ATM pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lepas.

Pada perlawanan hari ini, penyerang import ATM, Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit ke-18 apabila beliau memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol pasukan Kelantan.

Kelantan terus ketinggalan apabila Marlon menggandakan jaringan untuk pasukan 'The Gladiators' pada minit ke-35 selepas beliau menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Mohd Affize Faisal Mamat.

Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-82 apabila Ahmad Fakri Saarani melepaskan rembatan kencang, sekaligus menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun.

Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi menjadi wira pasukan kendalian Bojan Hodak selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada pemain gantian, Zairol Fitree Ishak pada minit ke-85 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Pahang dan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu akan bertemu Kelantan di pentas final.

Untuk rekod, Pahang mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lepas.

-- BERNAMA
Anonymous
Kelantan
Guest


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum