FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Miliki gigi cantik, sihat

2 posters

Go down

Miliki gigi cantik, sihat Empty Miliki gigi cantik, sihat

Post by Info Bola Sepak Mon 28 Oct 2013, 8:30 pm

Miliki gigi cantik, sihat Gigi_p10
2010/12/16
Rupa dan warna beri kesan kepada penampilan

PANDANGAN pertama, lazimnya mata akan terus tertumpu penampilan diri seseorang dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lebih meyakinkan dan bertambah lengkap personaliti seseorang sekiranya mereka tidak melupakan setiap perkara yang boleh mencacatkan pandangan di mata orang sekeliling.

Selalunya, mata menjadi penghubung pertama sebelum pandangan mata turun ke bahagian mulut. Hakikatnya, selain menonjol dengan gerak bahasa badan hampir semua orang yang berkomunikasi antara satu sama lain turut melihat gerak bibir lantas gigi antara deria yang turut menjadi perhatian tatkala ketika bercakap, tersenyum mahupun ketawa.

Bagaimanapun, apa pula pandangan masyarakat apabila berkomunikasi dengan seseorang yang bergigi kotor, tidak rata, kuning, rosak dan berlubang apatah lagi mendatangkan bau kurang menyenangkan. Ini akan menyebabkan komunikasi akan terganggu dek kerana gigi yang tidak dijaga dengan baik.

Perunding Imej Gaya dan Warna, Cynthia Soh, berkata tidak ramai yang dilahirkan memiliki gigi semula jadi putih dan cantik bentuknya. Setiap bentuk sama ada berlapis, panjang, jarang dan tersusun rapi sementara warna gigi baik kuning mahupun putih adalah bergantung kepada faktor genetik serta latar belakang keluarga seseorang.

“Memiliki gigi cantik dan sihat bagaimanapun bermula dengan penjagaan yang penuh berdisiplin, iaitu setiap kali bangun pagi, sebelum tidur dan setiap kali selepas makan atau menghisap rokok perlu menggosok gigi. Namun, warna gigi juga akan berubah putih apabila mengamalkan rutin pembersihan dengan teliti.

“Bagaimanapun, jika masih nampak kuning tidak bermakna gigi kita tidak sihat. Sebaliknya, secara peribadi, ia menjejaskan personaliti dan keyakinan diri seseorang yang berkerjaya akan terjejas apabila mengalami masalah gigi ketika berdepan dengan pelanggan syarikat, mahupun masyarakat sekeliling,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tidak dinafikan rupa dan warna gigi yang kurang elok sekali gus menjejaskan penampilan seseorang. Cantik mana sekalipun gaya fesyen dan solekan wajah seseorang, jika gigi tidak elok akan memberi kesan negatif kepada pandangan sekeliling lebih-lebih lagi terhadap pasangan masing-masing.

Cynthia yang berkhidmat secara sendiri dalam industri kecantikan sejak lebih 20 tahun lalu berkata, penampilan dan keyakinan akan terjejas apabila gigi kelihatan tidak rata, nampak karang pada bahagian luar, sopak, berlubang, hitam dan kotor. Ini memerlukan rawatan pakar pergigian tanpa boleh diubah menerusi teknik solekan.

“Namun, bagi mereka yang mengalami masalah gigi kuning tetapi susunannya cantik dan rata masih mampu lagi untuk tampil yakin dengan menggunakan teknik pemilihan warna gincu bibir yang tepat. Pemilihan warna gincu perlu bersesuaian dengan warna kulit seseorang supaya dapat disorokkan sedikit warna gigi yang kuning itu.

“Wanita berkulit sawo matang atau sedikit gelap disarankan memilih warna gincu coklat berasakan jingga, coral, bitter sweet dan peach supaya warna gigi yang kuning tidak kelihatan ketara. Bagi mereka yang berkulit cerah pula, saya sarankan supaya menggunakan gincu warna berasaskan merah seperti merah bata, merah rose, ungu, merah jambu, warna orkid dan fusia,” katanya.

Katanya, imej bagi mereka yang berdepan ramai orang lebih-lebih lagi mewakili syarikat korporat perlu dijaga dengan baik. Walaupun ramai wanita sekarang merokok, penjagaan mulut penting dan perlu bijak menjaganya dengan memakan gula-gula getah berangin, berkumur dengan bahan pencuci mulut serta mengamalkan menggunakan floss.

“Saya menasihatkan mereka yang menyertai seminar, menonton wayang ataupun ke tempat yang kurang banyak bercakap supaya tidak meminum minuman seperti kopi kerana ia akan menyebabkan mulut semakin berbau dan gigi menjadi lebih kuning akibat kaffien yang banyak. Ia juga menjejaskan imej dan penampilan apabila bercakap dalam keadaan mulut berbau,” katanya.

Bagaimanapun, gigi menjadi semakin kuning dan menjadi kotor apabila rasa sakit setiap kali memberus gigi. Hal itu menyebabkan ada juga orang yang tidak suka memberus gigi kerana rasa sensitif pada gigi. Apabila pemasalahan itu tidak dapat diredakan, ia memberi kesan berpanjangan menjadikan gigi semakin kuning dan rosak lantas mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Memberus menggunakan berus gigi yang betul juga membantu kita membersihkan gigi secara sistematik. Lantaran itu juga ubat gigi Colgate Sensitive Pro Relief Whitening membantu membersihkan gigi tanpa rasa sakit sekali gus membantu gigi tampak lebih putih.

Panduan menjaga penampilan gigi dan mulut

  • Pilih berus gigi yang bersesuaian dengan gigi dan mulut sama ada jenis keras, sederhana dan lembut.
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan sebelum tidur.
  • Gosok gigi selepas setiap kali makan untuk kebersihan gigi dan mulut.
  • Tukar berus gigi dalam setiap dua bulan sekali bergantung kepada berus
  • Lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan gigi enam bulan sekali
  • Elakkan meminum minuman kopi dan teh kerana boleh menyebabkan gigi lebih kuning
  • Jangan meminum kopi sebelum memasuki mana-mana seminar kerana mulut boleh mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
  • Sentiasa membawa ubat kumur mulut, floss gigi dan gula-gula getah di dalam beg.
  • Perlu bijak memilih warna gincu supaya gigi tidak nampak terlalu kuning.


Tip serlahkan gigi

  • Kulit sawo matang atau sedikit gelap : warna gincu coklat berasakan jingga, coral, bitter sweet dan peach
  • Kulit cerah : gincu warna berasaskan merah seperti merah bata, merah rose, ungu, merah jambu, warna orkid dan fusia

--- BERITA HARIAN
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Miliki gigi cantik, sihat Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Miliki gigi cantik, sihat Empty Re: Miliki gigi cantik, sihat

Post by sha myheart Mon 29 Sep 2014, 11:48 am

tips yang menarik, yang boleh dipraktikkan.
sha myheart
sha myheart
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Miliki gigi cantik, sihat Kedah_10
Jawatan : Sapu Sawang
Gender : Female
Jumlah Post : 6
Umur : 39
Tarikh Register : 29/09/2014
Reputation : 0
Points : 3715

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum