FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Sarung Jersi 'The Titans' Musim Depan

Go down

Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Sarung Jersi 'The Titans' Musim Depan Empty Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Sarung Jersi 'The Titans' Musim Depan

Post by Info Bola Sepak Wed 30 Oct 2013, 11:16 am

Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Sarung Jersi 'The Titans' Musim Depan Image
KUALA TERENGGANU, 29 Okt (Bernama) -- Pihak pengurusan pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team Selasa berada di ibu negara untuk berbincang dengan beberapa pemain dari pasukan dan kelab yang dijangka bakal mengisi slot pasukan 'The Titans' untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Penolong pengurus pasukan Mohamad Sekanther Hamid berkata pegawai T-Team itu akan berbincang dengan bekas-bekas pemain antaranya dari pasukan PKNS, Felda United dan Perak yang dilihat berpotensi.

"Buat masa ini, kita telah penggil lima pemain untuk berbincang pada hari ini, namun begitu terdapat beberapa orang lagi pemain yang tidak dipanggil juga sanggup datang berbincang," katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya perbincangan itu sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu minggu lepas, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mohamad Sekanther berkata pemain tersebut terdiri daripada pelbagai posisi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang digugurkan selain ada yang keluar berhijrah ke pasukan lain.

Katanya T-Team memerlukan sekurang-kurangnya 10 pemain tempatan dan tiga pemain import untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan.

"Sekarang kita cuma ada 15 pemain dan kita perlu berdaftar seramai 28 pemain kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk saingan liga musim baru nanti," katanya.

Selain pemain, beliau berkata T-Team juga sedang mencari jurulatih baru bagi mengendalikan pasukan itu tahun depan.

Beliau berkata hasrat T-Team untuk menggunakan khidmat pemain import kelahiran Singapura mungkin tidak tercapai kerana pemain berkenaan dikatakan masih ingin kekal dengan pasukan kebangsaan negara itu.

Mohamad Sekanther berkata pihaknya berkemungkinan akan mengintai pemain dari Jepun untuk mengisi kuota pemain import Asia, sebagaimana yang dikehendaki FAM.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Sarung Jersi 'The Titans' Musim Depan Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum