FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M

Go down

Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M Empty Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M

Post by Info Bola Sepak Sun 03 Nov 2013, 10:37 am

Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M Boaz+Solossa+%28Persipura%29
BOAZ T. ERWIN SOLOSSA?
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Bernama) -- Pasukan bola sepak berstatus kelab T-Team hampir pasti menggunakan khidmat pemain import dari Indonesia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata pemain tersebut mewakili pasukan kebangsaan Indonesia dan juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) pada musim 2012/2013.

"Ini adalah sebagai satu langkah memenuhi syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengisi kuota pemain import Asia musim hadapan," katanya kepadda Bernama.

Abdul Rashid berkata T-Team telah beralih arah ke Indonesia dalam usaha mencari pemain import berkenaan berikutan rancangannya mendapatkan pemain Singapura sebelum ini tidak kesampaian.

Dalam pada itu, beliau berkata T-Team juga bercadang menggunakan khidmat seorang pemain import dari negara Croatia dan juga sedang mengintai pemain import ketiga bagi melengkapkan slot pemain import tahun depan.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan pemain T-Team telah mengenalpasti pemain import dari Croatia itu semasa mengunjungi negara itu baru-baru ini.

Namun begitu, Abdul Rashid berkata T-Team mengalu-alukan mana-mana pemain import yang berminat untuk mengikut sesi ujian di Padang Gong Badak pada 6 hingga 8 Nov ini.

Sementara itu, pihak pengurusan T-Team telah mengikat beberapa pemain negeri lain yang berpotensi hasil pertemuan di ibu negara beberapa hari lepas bagi memperkuatkan skuad The Titans.

Beliau berkata pemain berkenaan antaranya yang pernah menyarung jersi pasukan Terengganu selain dari Selangor PKNS, Harimau Malaya B, Sabah dan Johor DT.

"Nama pemain-pemain berkenaan biarlah diumumkan oleh pucuk pimpinan T-Team sendiri, selepas pertandingan akhir Piala Malaysia nanti," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, beliau berkata jumlah pemain yang disenaraikan dalam pasukan T-Team sekarang ini telah meningkat kepada 19 orang, termasuk pemain import.

T-Team telah memulakan latihan pusat dalam rangka membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohahan tersebut di Padang Bola Sepak Gong Badak, di sini sejak 28 Okt lepas.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum