FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CUEPACS Mahu Penambahbaikan Skim Pada Semua, Bukan Hanya 81 Skim

Go down

CUEPACS Mahu Penambahbaikan Skim Pada Semua, Bukan Hanya 81 Skim Empty CUEPACS Mahu Penambahbaikan Skim Pada Semua, Bukan Hanya 81 Skim

Post by Info Bola Sepak Mon 04 Nov 2013, 9:45 pm

CUEPACS Mahu Penambahbaikan Skim Pada Semua, Bukan Hanya 81 Skim HjOmarOsman
SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- CUEPACS mahu penambahbaikan skim perkhidmatan kakitangan awam tidak terhad kepada 81 skim sahaja sebaliknya meliputi kesemua lebih 200 skim.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata penambahbaikan skim perkhidmatan awam perlu dibuat secara menyeluruh bagi mengelak produktiviti dalam kalangan 1.3 juta penjawat awam terjejas jika 81 skim sahaja ditambah baik.

"Kita berharap bukan hanya untuk 81 skim sahaja, kita ada lebih 200 skim. Kita mahu sebelum 31 Dis ini, kalau boleh semua skim dapat penyelesaian," katanya semasa melawat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Padang Jawa Khamis.

Sebelum ini, beliau berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti JPJ, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Begitu juga dengan kumpulan pentadbiran sistem maklumat dan kewangan serta kumpulan pengurusan dan profesional, katanya.

Omar berkata CUEPACS akan mendengar taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya Jumaat berkaitan skim yang akan ditambah baik dan pihaknya dijangka membangkitkan keperluan penambahbaikan kepada semua skim.

Beliau juga berkata gred gaji permulaan bagi anggota penguatkuasa masih rendah iaitu kira-kira RM800 sebulan berbanding gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM900 sebulan.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : CUEPACS Mahu Penambahbaikan Skim Pada Semua, Bukan Hanya 81 Skim Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum