FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suzuki Swift RS | Harga RM79,388 - RM85,140

Go down

Suzuki Swift RS | Harga RM79,388 - RM85,140 Empty Suzuki Swift RS | Harga RM79,388 - RM85,140

Post by Info Bola Sepak Tue 16 Sep 2014, 10:04 am

Swift RS cermin tenaga muda

AZIMAH GHAZALI

10 Julai 2014


Suzuki Swift RS | Harga RM79,388 - RM85,140 Image
Penampilan lebih sporty.


SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd melancarkan varian terbaharu Suzuki Swift RS untuk pasaran Malaysia, baru-baru ini. Majlis pelancarannya itu diadakan di Paradigm Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Berkongsi DNA dengan model sebelumnya, Swift RS ini adalah kompak sporty versi dipertingkatkan. Tidak fokus peningkatan dari segi prestasi, sebaliknya lebih kosmetik di bahagian luaran dan dalamannya, termasuk penggunaan kit badan lebih sporty.

RS digunakan bermaksud ‘Reinvent Style’ yang merujuk kepada gaya baharu Swift RS terbaharu yang tampil lebih menarik.

Penampilan luarannya kelihatan lebih riang dan gembira dengan percikan warna terang dan peningkatan teknologi.

Swift RS kelihatan dinamik dengan warna hitam dan merah di bumbung menarik perhatian.

Lapisan merah bergaya di body-kit dengan spoiler belakang tambahan. Lampu LED siang hari, roda aluminium 16-inci dan lambang RS untuk melengkapkan gaya.

Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobil Sdn Bhd, Keiichi Suzuki berkata, sejajar dengan falsafah jenama Suzuki bagi 'menyampaikan keseronokan', RS Swift membawa gaya tersendiri.

"Sesuai kepada pemandu muda yang ingin mencerminkan keperibadian bertenaga mereka dalam penampilan kereta mereka.

“Bakal menjadi model popular dalam pasaran di Malaysia untuk golongan muda, Swift RS disesuaikan dengan trend terkini - warna pop, dengan ciri-ciri sporty dan teknologi baharu,” katanya.

Bahagian kabin RS Swift juga mengekalkan imej sporty dan segar dengan tempat duduk kulit hitam dan merah serta jalur merah di sebelah pintu.

Varian terbaharu ini juga mempunyai sistem audio skrin sentuh 2-Din dengan kamera undur. Sistem Bluetooth dengan mikrofon disediakan boleh digunakan bersama dengan telefon pintar.

Jentera 1.4 litre-petrol enjin ini mempunyai keluaran kuasa maksimum 95PS (70kW)/6,000 rpm dan tork maksimum 130Nm/4,000 rpm.

Untuk pasaran tempatan, dengan transmisi automatik empat kelajuan, ia sama seperti varian Swift GLX,

Swift RS boleh didapati dengan transmisi automatik pada harga RM79,388 - atas jalan (OTR) tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia, RM85,140 untuk Sarawak dan RM85,124 untuk Sabah.

Swift RS datang dengan tiga tahun jaminan atau 100,000 km (yang mana terdahulu), kecuali pelekat atas bumbung RS, yang mempunyai jaminan.

Ciri Swift standard adalah; paparan LCD pada papan pemuka, stereng teleskopik roda, sistem butang push-start dan beg udara.

Suzuki Swift untuk pasaran Malaysia boleh didapati dalam beberapa varian, termasuk varian yang lebih berkuasa iaitu Suzuki Swift Sport.
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Suzuki Swift RS | Harga RM79,388 - RM85,140 Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6750

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum