FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu Mengandung Ingin Pengalaman Bersalin Yang Lebih Bermaruah

Go down

Ibu Mengandung Ingin Pengalaman Bersalin Yang Lebih Bermaruah  Empty Ibu Mengandung Ingin Pengalaman Bersalin Yang Lebih Bermaruah

Post by Info Bola Sepak Thu 22 Oct 2015, 10:36 am

Ibu Mengandung Ingin Pengalaman Bersalin Yang Lebih Bermaruah  MaternityBlogPostImage
Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Debat mengenai bersalin di rumah memang tiada penghujungnya.

Pertelingkahan antara yang menyokong dan menentang memang banyak dan boleh juga dibaca dalam talian.

Di Malaysia, amalan ini mula mendapat tanggapan yang negatif kerana laporan tiga kes kematian sejak 2011 melibatkan ibu atau bayi sewaktu bersalin di rumah.

Bagaimanapun, tidak boleh dinafikan kerana kes ini dan pertikaian yang semakin banyak, lebih ramai orang berminat dengan cara bersalin biasa yang diperjuangkan pihak yang menyokongnya.

Definisi umum cara bersalin biasa ialah melahirkan anak tanpa campur tangan perubatan.

Penggunaan ubat-ubatan untuk melahirkan anak bermula pada tahun 1847 apabila pakar obstetrik Scotland, James Young Simpson memperkenalkan kloroform sebagai ubat bius sewaktu proses mahu melahirkan anak.

Bagaimanapun, pada masa itu, ia adalah hanya untuk wanita yang kaya dan berpengaruh seperti Ratu Victoria.

Pada lewat tahun 1800-an, pejuang hak wanita di Amerika Syarikat dan United Kingdom memulakan tuntutan supaya wanita yang hendak bersalin diberikan ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Keadaan itu kemudiannya secara perlahan-lahan menjadi satu kebiasaan seperti apa yang berlaku sekarang yang mana wanita yang bersalin di hospital akan dibantu dengan penggunaan ubat-ubatan untuk merangsang kelahiran bayi dan mengurangkan kesakitan.

CAMPUR TANGAN YANG TIDAK PERLU

Pengajar kelahiran bayi yang juga seorang yang terlatih dalam bidang kelahiran anak 'doula', Shaheeda Khan mengeluh akan hakikat hampir sukar untuk mencapai cara melahirkan anak biasa 100 peratus sekiranya wanita itu memilih untuk bersalin di hospital.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, proses melahirkan anak pada hari ini jarang dilihat sebagai sesuatu yang biasa.

Beliau merujuk kepada campur tangan perubatan seperti pencetusan melahirkan anak (induction) dan penggunaan ubat-ubatan yang kadangkala menjadi punca komplikasi kelahiran bayi.

Ini terutamanya apabila wanita yang hendak bersalin diperlakukan begitu semata-mata kerana rutin bukan atas dasar keperluan.

Shaheeda berkongsi pengalaman seorang ibu yang beliau temui ketika mengendalikan sesi kumpulan sokongan untuk wanita yang mengalami trauma ketika melahirkan anak.

Ibu itu menjalani proses 'induce' ketika usia kandungannya masuk minggu ke-37 meskipun tidak ada tanda-tanda untuk bersalin.

Doktor beliau memujuknya supaya memberikan persetujuan dengan memberitahunya bahawa bayinya sudah sedia untuk dilahirkan dan tidak perlu menunggu lagi.

Bagaimanapun, sangkaan doktor itu silap. Bayi itu belum lagi selesai proses pembesarannya di dalam rahim dan dilahirkan tanpa refleks menelan.

Bayi yang baru dilahirkan itu tidak boleh menelan susu dengan sempurna dan akhirnya maut tercekik susu.

"Melahirkan anak mesti seboleh mungkin cara biasa kerana ia akan memberi manfaat kepada ibu dan bayi.

"Kadang kala ia kerana rasa bimbang kepada sesuatu yang tidak diketahui dan niat baik untuk mencegah komplikasi sebelum ianya berlaku yang membuatkan doktor campur tangan. Malang sekali, itulah punca masalahnya," kata beliau.

Bagaimanapun, Shaheeda percaya pakar obstetrik, doktor dan hospital di Malaysia pada hari ini telah mula memperbaiki pendekatan mereka dalam soal kelahiran anak.

Ini sejajar dengan pelbagai kajian yang dibuat baru-baru ini serta amalan di luar negara yang membuktikan manfaat melahirkan anak secara biasa.

"Ibu bapa dan ibu khususnya perlu tahu apa yang boleh berlaku dan melaluinya dengan pengetahuan serta kefahaman mengenai proses melahirkan anak secara biasa," kata beliau lagi.

USAHA UNTUK PENGALAMAN MELAHIRKAN YANG LEBIH BAIK

Sebagai pengajar kelahiran bayi, Shaheeda telah mendengar banyak kisah pengalaman melahirkan anak yang menyayat hati.

"Kisah-kisah seumpama itu terlalu menyentuh perasaan dan membuatkan anda hilang fokus sepanjang hari," katanya kepada Bernama.

Salah seorang ibu dalam kumpulannya berasa begitu malu apabila dijadikan bahan "pemeriksaan faraj" oleh pelbagai pegawai perubatan, kebanyakannya doktor pelatih yang mencari pengalaman peribadi pertama.

Keadaan itu berterusan tidak kurang daripada 30 kali dalam tempoh enam jam ketika dia sedang menahan kesakitan untuk bersalin.

Seorang ibu yang lain mengalami trauma untuk mengandung anak yang kedua akibat pengalaman pertama di bilik bersalin.

Doktornya langsung tidak kisah mengatur peralatan pembedahan di atas meja sebelah katilnya.

Sikap acuh tak acuh pegawai perubatan terhadap keadaan kesakitan fizikal, mental serta emosi wanita yang dalam proses melahirkan anak menjadi topik biasa kisah wanita bersalin.

Sebagai tambahan kepada kisah-kisah ini, Shaheeda sendiri mempunyai pengalaman melahirkan anak yang kurang menyenangkan di hospital untuk anak pertama dan keduanya.

Apabila permintaannya untuk mendapatkan cara melahirkan anak yang lebih baik di hospital tidak dapat dipenuhi, beliau membuat keputusan bersalin di rumah untuk anak ketiga dan keempat.

Beliau kemudiannya sedar bahawa keadaan itu perkara biasa di negara ini dan sesetengah ibu menerima sahaja layanan yang kurang baik itu.

Wanita yang sedang menanggung kesakitan untuk bersalin mudah dimanipulasi dan sering diletakkan dalam keadaan yang memalukan serta terpaksa melalui prosedur yang tidak diperlukan.

Ada kalanya wanita-wanita ini diugut dengan kemungkinan bayi mereka akan mati jika mereka enggan patuh kepada arahan.

Wanita-wanita yang dalam proses untuk melahirkan anak juga sering diherdik apabila mempersoalkan prosedur.

"Anda perlu faham melahirkan anak adalah proses fisiologi semula jadi yang akan berlaku apabila sudah sampai masanya jika pun ketika itu tidak ada orang untuk membantu ibu itu.

"Jadi anda tidak boleh berkata ibu itu tidak mempunyai kelayakan untuk membuat keputusan atau mengemukakan apa-apa soalan," katanya, dengan menambah ini adalah antara sebab mengapa sesetengah ibu bapa membuat pilihan untuk kelahiran di rumah.

"Apa yang mereka mahukan hanyalah untuk dihormati dan diberi peluang untuk membuat keputusan cara melahirkan anak mereka dan bukan ke hospital untuk diherdik, dimaki-hamun dan terpaksa melalui pengalaman yang traumatik," kata Shaheeda.

KELAHIRAN BIASA DALAM PERSEKITARAN YANG SELAMAT

Bagaimanapun, pakar obstetrik dan pakar sakit puan di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Major (B) Dr Thaneemalai Jeganathan menegaskan golongan perubatan menyokong bersalin secara biasa.

Dr Thaneemalai yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM), berkata para doktor perlu menggalakkan bersalin secara biasa dan melakukan yang terbaik untuk membantu pesakit yang mahu berbuat demikian.

Bagaimanapun, proses itu perlu berlaku dalam persekitaran yang selamat, sebaik-baiknya di hospital di mana terdapat pakar serta peralatan sekiranya berlaku kecemasan.

Menurut beliau tidak seperti 'doula' atau bidan, pesakit serta keluarga mereka meletakkan jangkaan tinggi ke atas doktor.

Para doktor, katanya, dilatih untuk meramalkan masalah dan menyediakan pesakit dengan senario kemungkinan kes buruk berlaku.

"Pada kebanyakan masa bersalin secara biasa tidak ada masalah tetapi kadang kala boleh berlaku kesulitan dan dengan pantas keadaan boleh menjadi buruk. Dalam keadaan itulah profesional perubatan sering dipersalahkan apabila berlaku kegagalan.

"Kami tidak mempunyai tanda amaran untuk memberitahu lebih awal perkara buruk akan berlaku. Dalam keadaan demikian, meskipun kami mahu melakukan banyak perkara, sering kali ia terlalu lewat dan tidak banyak boleh dibuat untuk menyelamatkan nyawa. Ini boleh menyebabkan kematian ibu atau janin.

"Itu sebabnya kadang kala rawatan perubatan yang dijalankan di hospital dilihat oleh orang lain sebagai 'terlalu banyak campur tangan'," jelasnya.

BERI LAYANAN BAIK

Dalam konteks perkhidmatan hospital, sama ada di hospital kerajaan atau swasta, para ibu mempunyai pengalaman yang berbeza.

Maisarah (bukan nama sebenar) dari Balik Pulau, Pulau Pinang, bersalin sebanyak tiga kali di hospital kerajaan dan secara keseluruhannya berpuas hati dengan layanan yang diterima.

"Hanya ada satu perkara kecil yang berlaku semasa saya bersalin anak nombor dua. Selepas bersalin saya terpaksa tinggal semalam di hospital. Saya panggil jururawat kerana belakang saya sakit dan saya memerlukan seseorang untuk membantu saya bangun supaya saya boleh ke bilik air.

"Jururawat ada datang tetapi pada masa yang sama memarahi saya kerana memanggil dia waktu tengah malam. Saya kasihan dengan dia sebab dia bekerja syif malam dan mungkin letih," kata kakitangan kerajaan berusia 37 tahun ini.

Nur Huda Mustaffa, 34, pula melalui pengalaman perit kerana terpaksa melalui pengalaman sakit hendak bersalin selama hampir 20 jam di hospital swasta.

"Jururawat yang menjaga saya begitu kurang ajar dan bercakap keras dengan saya. Saya kan sakit dan sikap buruknya tidak membantu saya," Nur Huda, seorang arkitek dari Kuantan berkongsi pengalamannya dengan penulis.

Nur Huda, bagaimanapun, menerima pengalamannya sebagai takdir.

Mungkin benar apa yang berlaku itu satu takdir tetapi ibu yang mengandung perlu dilayan dengan baik.

Golongan perubatan perlulah memberi perhatian kepada para ibu yang semakin lantang menyuarakan keinginan mereka untuk bersalin secara selamat di hospital dan dalam masa yang sama kehormatan diri mereka terpelihara.

Lagi pun, bukankah wanit-wanita ini akan melalui satu pengalaman besar dalam peradaban manusia iaitu melahirkan ke dunia seorang lagi insan.

BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Ibu Mengandung Ingin Pengalaman Bersalin Yang Lebih Bermaruah  Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum