FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ingin mengandung selepas "ikat rahim"

Go down

ingin mengandung selepas "ikat rahim" Empty ingin mengandung selepas "ikat rahim"

Post by azrunia Mon 02 Aug 2010, 10:15 pm

TIADA istilah mengikat rahim bagi mencegah kehamilan, istilah sebenar adalah mengikat tiub fallopio kanan dan kiri.


Memandangkan doktor yang membedah anda memberitahu anda boleh hamil
lagi, berkemungkinan anda sebenarnya tidak menjalani prosedur mengikat
tiub fallopio sebelum ini.


Istilah mengikat juga sebenarnya bukan mengikat saja. Sewaktu
prosedur ini, sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dibuang
sehingga tiada kesinambungan di antara penghujung tiub dan pangkalnya
lagi.

Selain itu, memandangkan pangkal yang dipotong itu juga diikat
(bagi menghentikan pendarahan), prosedur ini menutup laluan tiub itu
sebelum parut terbentuk sewaktu proses penyembuhan.


Anda boleh menjalani ujian HSG secara sinaran-x untuk memastikan
sama ada tiub fallopio anda sudah dipotong serta baki panjang yang
tinggal. Lebih sesuai lagi, eloklah anda mendapatkan laporan daripada
doktor yang menjalankan pembedahan terakhir itu.


Pasangan berhak membuat keputusan sama ada ingin hamil lagi
walaupun setelah tiga kali menjalani pembedahan Caesarean. Namun
biarlah setelah mendapatkan penerangan doktor mengenai kemungkinan
risiko yang akan dialami terhadap ibu dan kandungannya.

Keutuhan parut pada dinding rahim menjadi isu utama kerana jika
parut atau belahan ini koyak (ia juga boleh koyak lebih awal walaupun
sebelum sakit bersalin), ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang
serius dalam tempoh sekejap saja serta membahayakan nyawa ibu dan
kandungannya.

Kehamilan kembar juga elok dielakkan selepas kelahiran Caesarean
kerana dikhuatiri saiz rahim yang membesar ini menimbulkan kesan yang
sama terhadap parut dinding rahim itu.
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : ingin mengandung selepas "ikat rahim" Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6576

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum