FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GANGGUAN IRITASI USUS

Go down

GANGGUAN IRITASI USUS Empty GANGGUAN IRITASI USUS

Post by Fieza Wed 04 Jun 2008, 8:33 pm

Gangguan iritasi usus

Oleh JOHANNA A. SOBREY


Bagaimanakah gangguan ini dapat ditangani?
GANGGUAN IRITASI USUS Ke_02.1
makanan berlemak, berminyak, berempah dan pedas boleh memburukkan keadaan pesakit IBS.
<hr noShade SIZE=1>


SIAPA yang dapat bertahan sekiranya perut bermasalah? Bukan sahaja tidak selesa, tetapi bunyi-bunyian yang dikeluarkan juga mampu membuatkan kita rasa malu terutamanya jika di khalayak ramai.
GANGGUAN IRITASI USUS Ke_02.2
Kew Siang Tong
<hr noShade SIZE=1>

Menurut Pakar Perunding dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Sunway, Datuk Dr. Kew Siang Tong, sindrom iritasi usus (IBS) merupakan satu gangguan yang selalunya dilihat dengan simptom kekejangan, kesakitan dan kembung di bahagian abdomen, sembelit dan cirit-birit.
"IBS berlaku di bahagian kolon atau usus besar. Ia merupakan sebahagian daripada saluran pencernaan yang menyimpan najis. Gangguan ini bermakna usus tersebut tidak berfungsi dengan baik," kata beliau dalam forum umum Masalah Usus Yang Lazim di Pusat Perubatan Sunway, baru-baru ini.
Kebanyakan individu mampu mengawal simptom yang dihadapi melalui pengambilan makanan tertentu, mengurus stres dan ubat-ubatan.
Bagi sesetengah individu, IBS boleh menyebabkan mereka kurang upaya untuk melakukan aktiviti harian termasuk bekerja, menghadiri acara sosial mahupun mengembara.
"IBS merupakan satu bentuk gangguan yang biasanya dialami oleh golongan wanita berbanding lelaki. Pesakit pada amnya sihat. Cirit-birit jarang berlaku pada sebelah malam, mungkin bersilih-ganti dengan sembelit dan diikuti oleh kesakitan di bahagian abdomen.
"Bagi sesetengah individu, masalah ini juga disebabkan oleh stres dan tekanan," jelas Siang Tong. Sesetengah individu mendapati, simptom yang dialami akan reda selepas beberapa bulan dan kembali lagi. Ada juga laporan yang mendedahkan, keadaan boleh bertambah buruk.
Selain itu, simptom-simptom yang secara kumulatif menyokong ke arah masalah iritasi usus ini termasuk frekuensi membuang air besar; bentuk najis yang abnormal seperti benjolan keras atau berair, aliran najis yang tidak normal seperti sukar, tergesa-gesa atau rasa seperti tidak sempurna; pengeluaran mukus dan abdomen yang terasa kembung.
Sungguhpun punca IBS tidak diketahui, namun keadaan itu disebabkan oleh fungsi abnormal dinding di bahagian usus besar.
"Usus besar merupakan satu tiub berotot yang panjang. Otot-otot di dinding kolon ini secara bersilih-ganti akan mengetat dan mengendur.
"Air daripada sisa makanan akan diserap oleh lapisan usus dan apabila ia sampai ke rektum, sisa itu sedia dikeluarkan sebagai najis. Nutrien diekstrak di bahagian usus kecil, sebelum ia sampai ke usus besar," jelas Siang Tong.
GANGGUAN IRITASI USUS Ke_02.3

<HR noShade SIZE=1>

IBS biasanya didiagnosis berdasarkan sejarah perubatan yang lengkap termasuk gambaran simptom yang dialami dan pemeriksaan fizikal.
Ujian diagnosis juga dilakukan untuk mengenalpasti sama ada individu mengalami IBS termasuk ujian sampel najis. Doktor juga akan melaksanakan sigmoidoskopi atau kolonskopi yang membenarkan mereka melihat bahagian dalam kolon.
"Ini dilakukan dengan memasukkan sebuah tiub kecil dan fleksibel yang dilengkapkan dengan kamera di hujungnya dan melalui anus," ujar Siang Tong.
Antara perkara yang akan ditanya oleh doktor termasuklah kesakitan atau ketidakselesaan abdomen selama sekurang-kurangnya 12 minggu dalam masa 12 bulan atau sama ada ia reda selepas ke tandas, perubahan pada kekerapan membuang air besar dan bentuk najis.
"Kesakitan atau keselesaan abdomen selama 12 minggu itu tidak semestinya berturut-turut," jelas Siang Tong.
GANGGUAN IRITASI USUS Ke_02.4
KESAKITAN dan tidak selesa di abdomen antara indikasi IBS.
<hr noShade SIZE=1>

IBS juga boleh disebabkan oleh reaksi terhadap makanan yang menyebabkan kekejangan, kembung dan cirit-birit.
"Antara makanan dan minuman yang boleh memburukkan keadaan termasuklah makanan berlemak, berminyak, berempah dan pedas. Bawang, produk tenusu seperti keju, coklat, alkohol, minuman berkafein dan berkarbonat.
Selain itu, tambah Siang Tong, satu lagi cara ialah dengan mengelakkan diri daripada makan atau minum sesuatu item yang dianggap sebagai punca kesakitan buat sementara. Ujilah sama ada indikasinya dapat dilihat jika ia diambil semula.
Menurut Siang Tong, ubat antikekejangan dapat membantu kekejangan otot kolon dan mengurangkan kesakitan abdomen.
Selain itu ubat antikemurungan berdos rendah juga diberikan untuk membantu individu yang mengalami IBS dan dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan atau kesakitan abdomen yang berkaitan dengan simptom tersebut.
"Bagi mengurangkan simptom sembelit, serat dan laksatif osmotik diberikan kepada pesakit.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : GANGGUAN IRITASI USUS Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 7911

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum