FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perbezaan bakteria dalam usus

Go down

Perbezaan bakteria dalam usus Empty Perbezaan bakteria dalam usus

Post by MaStErMiNd Mon 03 Sep 2012, 3:54 pm

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

norlaila@hmetro.com.my


Perbezaan bakteria dalam usus Pix_middle
SIHAT...keseimbangan flora (bakteria baik dan jahat dalam usus) lahirkan bayi yang sihat.
TAHUKAH anda bahawa daya ketahanan badan atau sistem imun bayi yang dilahirkan secara normal dengan si comel yang menje�nguk dunia menerusi pembedahan tidak sama? Melahirkan anak secara pembedahan memberi kesan besar kepada kehidupan bayi terutama dalam tempoh empat hingga lima tahun pertama hidup si kecil.

Ramai pakar percaya 60 hingga 70 peratus sistem pertahanan badan ada di usus iaitu tempat berlakunya pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Justeru, kita perlu mempunyai usus sihat supaya ia berfungsi dengan baik terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil di bawah umur lima tahun.

Mikro flora dalam usus ada dua fungsi asas iaitu pemakanan (untuk sintesis vitamin sesetengah vitamin B dan K, membantu penyerapan garam galian dan unsur surih). Fungsi kedua ialah untuk perlindungan iaitu terhadap bakteria patogen (berbahaya), meningkatkan sistem imun dan membantu badan menyingkir bahan bu�a�ngan (toksin).


Perbezaan bakteria dalam usus Pix_topright
Dalam usus kita ada kira-kira 400 jenis bakteria baik (juga dipanggil probiotik) dan jahat yang perlu hidup dalam keseimbangan. Pembentukan flora yang seimbang di dalam usus terbentuk sejurus selepas bayi dilahirkan secara normal. Keseimbangan antara jumlah bakteria baik dan jahat ini amat penting untuk membolehkan badan bayi menghasilkan pertahanan diperlukan bagi melawan jangkitan.


Dari mana datangnya bakteria ini? Mungkin ramai tidak tahu bayi mendapat ‘bekalan’ bakteria daripada ibunya pada hari pertama dia dilahirkan. Sebenarnya bayi yang lahir secara normal (melalui saluran peranakan) akan ‘menelan’ bakteria yang ada dalam saluran vagina ibunya ketika dia dilahirkan. Dari sini bakteria itu akan masuk ke dalam ususnya.


Bunyinya memang kedengaran sedikit menjijikkan, tetapi inilah hakikatnya.
Bekalan bakteria pertama yang masuk ke dalam usus bayi inilah yang secara perlahan-lahan akan membiak dan membentuk daya ketahanan pada bayi berkenaan.

Menurut Perunding Paediatrik Hospital Italiano, Buenos Aires, Argentina, Dr Carlos Lifshitz, pendedahan pertama terhadap bakteria bagi bayi yang lahir secara pembedahan bukan dari saluran peranakan ibu, tetapi tangan doktor atau jururawat.

Kajian mendapati kebanyakan bayi yang lahir melalui kaedah pembedahan mempunyai bakteria usus yang agak berbeza daripada bayi lahir secara normal khususnya dalam beberapa minggu pertama kehidupan mereka. Perbezaan bakteria inilah yang dikatakan boleh melengahkan perkembangan bayi kerana bakteria jahat lebih ‘berkuasa’.

“Bakteria yang mempengaruhi sistem imun atau daya ketahanan seseorang adalah bakteria yang ada dalam usus. Bayi yang lahir secara pembedahan ada kecenderungan mendapat pelbagai penyakit apabila dewasa kelak.

“Jika ibu ada masalah alahan, anak yang dilahirkannya secara pembedahan mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk mengalami masalah sama.
Risiko bayi yang lahir secara pembedahan mengalami alahan adalah sangat tinggi berbanding bayi yang lahir secara normal.

“Flora saluran peranakan adalah sangat berguna kepada bayi. Kekurangan flora ini akan meletakkan bayi pada keadaan berisiko untuk mendapat masalah alahan, asma, alahan rinitis, obesiti dan diabetes - yang semuanya mempunyai kaitan dengan sistem imun,” katanya.


Ketidakseimbangan flora boleh berlaku pada bayi yang menyebabkan mereka mudah mengalami pelbagai masalah gastro usus seperti:


  • Kembung perut
  • Senak
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Hilang selera makan
  • Mudah dapat jangkitan
  • Alahan

Semua yang disenaraikan di atas adalah masalah biasa pada bayi dan kanak-kanak kecil. Justeru, Dr Lifschitz menegaskan kepentingan memelihara kesihatan usus bayi terutama yang dilahirkan secara pembedahan dalam tempoh lima tahun pertama hidup mereka.

Kajian mendapati flora dalam usus bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan mempu�nyai koloni bakteria yang agak berbeza dengan bayi lahir secara normal. Ia menyebabkan pembiakan koloni bakteria baik seperti bakteria bifido yang mempunyai peranan besar dalam sistem imun, juga menjadi perlahan.

Penyelidik percaya perkara inilah yang memberi kesan besar ke atas tindak balas imun kanak-kanak berkenaan. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami masalah alahan dan gastro usus sehingga berusia lima tahun.


Beri probiotik

Bagaimana ibu bapa boleh membantu memperbaiki flora dalam usus bayi yang lahir secara pembedahan? Caranya mudah, iaitu dengan memperkenalkan probiotik terutama yang mengandungi bakteria bifido pada hari pertama dia dilahirkan.

Tidakkah tindakan ini terlalu awal kerana sedangkan sejak dulu lagi pakar perubatan mengesyorkan pemberian susu badan secara eksklusif kepada bayi (hanya susu badan saja) sekurang-kurangnya selama enam bulan? Sejak dulu lagi susu badan sudah diakui sebagai makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan mengikut umurnya.

Malah dalam susu ibu ibu sendiri mengandungi probiotik. Namun menurut Dr Lifschitz, tidak salah untuk memberikan probiotik tambahan kepada bayi khususnya yang dilahirkan secara pembedahan kerana mereka tidak menerima ‘bekalan’ bakteria daripada saluran peranakan ibu.

Jadi probiotik tambahan yang diberikan kepadanya akan membantu pembentukan sistem imun bayi dengan lebih baik. Keperluan ini lebih mendesak pada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan untuk merendahkan risiko mereka mendapat penyakit.

Jika ibu mengambil probiotik ketika hamil dan menyusukan anak, bayinya juga akan mendapat manfaat tambahan. Kajian di Finland mendapati pengambilan probiotik dapat mengurangkan risiko mengalami masalah alahan di kalangan kanak-kanak kecil sehingga mereka berusia lima tahun.

Bagi ibu yang ada masalah alahan, dia masih boleh memberikan bayinya probiotik terutama jika dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Meskipun si ibu tidak mengalami masalah alahan tetapi melahirkan bayinya secara pembedahan, si kecil tetap mempunyai risiko untuk mendapat masalah itu.

Sehingga kini tiada ubat yang boleh menjadi penawar kepada alahan. Malah pakar perubatan juga tidak tahu bagaimana untuk mencegahnya. Namun Dr Lifschitz berkata, risiko alahan boleh dikurangkan dengan pemberian susu badan kepada bayi. Sebagai tambahan, si ibu bolehlah mengambil probiotik untuk kebaikan si kecil.

“Malah jika bayi anda sudah mula menunjukkan gejala alahan, pemberian probiotik dikatakan mampu mengurang�kan masalahnya. Begitu juga dengan bayi yang kerap me�ngalami kolik atau kembung,” katanya.

Probiotik bertindak dengan merangsang bahan tertentu dalam usus besar, ia juga ‘mengambil bahagian’ dalam pertandingan atau melawan bakteria jahat, menggalakkan penghasilan mukus dalam usus (di mana ia akan membuatkan bakteria melekat dan mudah disingkirkan dari badan) serta meningkatkan daya ketahanan.

Apakan jenis probiotik yang sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak?
Pilih yang mengandungi bakteria bifido BB12, LGG dan Lactobacilus reuteri.
Namun pilih perisa semula jadi dan elakkan jenis mengandungi gula. Ia boleh dimasukkan ke dalam susu badan yang diperah atau disuap terus kepada bayi.

Selain itu probiotik juga mempunyai peranan untuk:


  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Mengurangkan insiden alahan dan penyakit kecelaruan sistem imun (autoimun)
  • Mengelak dan memendekkan tempoh cirit-birit yang disebabkan antibiotik pada orang dewasa dan kanak-kanak
  • Menguatkan sistem imun bagi mencegah jangkitan
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksik dalam usus


Buat pilihan bijak

Sejak kebelakangan ini semakin ramai wanita memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun boleh bersalin normal atas pelbagai alasan.

Pembedahan bersalin di Malaysia dianggarkan mencecah 19 peratus, lebih tinggi daripada yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu 15 peratus saja. Malah doktor juga mengakui adanya peningkatan bersalin secara pembedahan walaupun penjagaan selepas melahirkan anak lebih susah daripada bersalin normal.

“Memang bersalin secara pembedahan dibolehkan, malah ada sesetengah hospital memberi peluang kepada ibu untuk membuat pilihan. Namun secara umumnya kaedah ini hanya disarankan apabila si ibu memang tidak boleh bersalin normal atas sebab perubatan sama ada membabitkan si ibu atau anak dalam kandungan.

“Namun bagi wanita yang sengaja memilih pembedahan, saya minta supaya mereka mempertimbangkan keputusan itu semula demi anak. Ini kerana anak yang lahir secara pembedahan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami jangkitan gastro usus dan alahan,” katanya.

“Bersalin secara pembedahan tidak sepatutnya dijadikan pilihan pertama kecuali atas sebab perubatan. Pembedahan hanya perlu dijalankan jika atas cadangan doktor saja, contoh�nya kerana bayi terlalu besar, ibu terlalu kecil atau masalah kesihatan lain.

“Apa yang jadi masalah sekarang ialah ramai ibu yang sengaja memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana tidak mahu sakit. Walaupun saya lelaki, tetapi saya berpendapat, sakit bersalin itu adalah antara anugerah khas untuk wanita dan ia satu pengalaman yang sangat berharga. Kenalah tahan sedikit kerana ia adalah proses semula jadi. Malah kini ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengurang�kan atau mengelakkan sakit bersalin,” sambungnya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/12

--- HARIAN METRO
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 13959

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum