FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE

Go down

Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE Empty Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE

Post by Info Bola Sepak Thu 03 Jul 2014, 11:55 am

Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE Japanese-encephalitis-_342x198_C0127710-A
SEREMBAN, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemimpin tempatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat kes kematian akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu.

Ini kerana, katanya, terdapat pemimpin tempatan yang cuba menghasut penduduk agar terus melakukan aktiviti penternakan K***zir di sekitar Bukit Pelanduk, mahu pun daerah lain di negeri ini secara haram.

"Terdapat beberapa individu di Bukit Pelanduk yang cuba melakukan penternakan K***zir secara haram, namun pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan dengan merobohkan ladang ternakan mereka.

"Jadi, saya menasihatkan kepada pemimpin tempatan agar tidak menghasut penduduk supaya mengingkari larangan kerajaan.

"Kita tidak mahu kejadian lama berulang kembali, di mana pada ketika itu ramai penduduk sekitar meninggal dunia akibat JE di Bukit Pelanduk," katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Ratusan penduduk di kawasan itu dilaporkan terkorban dalam wabak yang berlaku pada 1998.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri melarang penternakan K***zir di situ.

Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan K***zir di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat di mana pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar.

Mereka (pengusaha ladang) juga hanya dibenarkan menternak dalam kuantiti kurang daripada 1,000 ekor.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE Empty Tiada Laporan Ternak K***zir Secara Haram Di Negeri Sembilan Setakat Ini

Post by Info Bola Sepak Thu 03 Jul 2014, 12:09 pm

SEREMBAN, 3 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan K***zir secara haram di Negeri Sembilan terutama di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson, setakat ini.

Bagaimanapun, Pengarah JPVNS Dr Azman Shah Abd Manaf berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai penyembelihan K***zir secara haram di Bukit Pelanduk dan ia telah diambil tindakan oleh penguatkuasa JPVNS.

"Kita ada menerima laporan mengenai penyembelihan K***zir secara haram di Bukit Pelandok tetapi tidak banyak. Kita telah pun mengambil tindakan mengenai perkara itu.

Mengikut peraturan penyembelihan K***zir perlu dilakukan di rumah penyembelihan haiwan berkenaan tetapi di Negeri Sembilan kita tidak ada rumah penyembelihan K***zir," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa pemimpin tempatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat kes kematian akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu.

Ini kerana terdapat pemimpin tempatan yang cuba menghasut penduduk agar terus melakukan aktiviti penternakan K***zir di sekitar Bukit Pelanduk, mahu pun daerah lain di negeri ini secara haram.

Katanya anggota penguatkuasa JPVNS dan polis sentiasa memantau kawasan Bukit Pelanduk dan kawasan lain di negeri ini bagi membendung kegiatan penternakan K***zir secara haram.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjalankan penternakan K***zir secara haram di negeri ini. Jika dibiarkan kita bimbang ia boleh mengakibatkan penularan wabak Japanese Encephalitis (JE) berulang seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk pada tahun 1998," katanya.

Dr Azman Shah berkata orang ramai yang mengetahui kegiatan penternakan K***zir secara haram di negeri ini supaya melaporkan kepada pejabat JPVNS dan balai polis berhampiran.

Ratusan penduduk di Bukit Pelanduk dilaporkan terkorban dalam wabak yang berlaku pada 1998 dan berikutan itu, kerajaan negeri melarang penternakan K***zir di situ.

Bagaimanapun, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan K***zir di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat di mana pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar.

Pengusaha ladang juga hanya dibenarkan menternak dalam kuantiti kurang daripada 1,000 ekor.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Pemimpin Tempatan Bertanggungjawab Jika Berlaku Kematian Akibat JE Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6550

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum