FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kontrasepsi darurat selepas s*ks

3 posters

Go down

Kontrasepsi darurat selepas s*ks Empty Kontrasepsi darurat selepas s*ks

Post by Lord Vlad Mon 02 Jul 2007, 11:15 am

Kontrasepsi darurat selepas s*ks


- copy from utusan online

KONTRASEPSI darurat adalah satu cara untuk membantu seseorang wanita mengelakkan diri daripada hamil selepas hubungan s*ks tanpa perlindungan.
Dalam kata lain, ia diperlukan apabila pasangan suami isteri mengadakan hubungan kelamin tetapi tidak mengamalkan sebarang bentuk pengawalan mengandung sebelumnya.
Ia sebenarnya telah wujud sejak tiga puluh tahun yang lalu dan selamat digunakan serta dianggap sebagai satu rahsia perancangan keluarga yang telah disimpan dengan baik.
Penggunaannya tidak meluas di negara kita. Satu daripada sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan mengenai kontrasepsi darurat ini.
Apakah kontrasepsi darurat?
Kontrasepsi darurat melingkungi penggunaan ubat atau alat untuk mengelakkan kehamilan dalam masa lima hari selepas hubungan s*ks. Terdapat dua cara di Malaysia, iaitu ubat dalam bentuk pil atau alat kontraseptif di dalam rahim (IUCD).
Mengapakah kontrasepsi darurat penting?
Kontrasepsi darurat memberi seseorang wanita itu peluang terakhir untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Di Amerika Syarikat, statistik dari tahun 1994 hingga 2000 menunjukkan penggunaan kontrasepsi darurat telah mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan yang tidak dikehendaki sebanyak 43 peratus.
Bilakah kontrasepsi darurat diperlukan?
Seseorang wanita itu memerlukan kontrasepsi darurat apabila:
- Kondom bocor atau terlucut dan berlaku pancutan air mani ke dalam faraj
- Lupa untuk makan dua atau lebih pil perancangan keluarga (untuk tujuh pil yang pertama pada pek tersebut)
- Salah kira waktu selamat
- Dipaksa melakukan s*ks seperti kes rogol
- Pasangan gagal mengeluarkan zakarnya dan terpancut air mani ke dalam faraj.
Kemungkinan mengandung selepas sekali hubungan s*ks tanpa perlindungan
Secara purata, 8 peratus tanpa mengira waktu pada sesuatu kitaran haid (lapan daripada 100 wanita akan hamil)
- 0 peratus sewaktu dua hari pertama haid
- 33 peratus pada hari ovulasi
- 10 peratus lima hari selepas ovulasi
- 1 peratus pada hari ke-25 haid
Bagaimanakah kontrasepsi darurat mencegah kehamilan?
Kontraseptif darurat bertindak dengan cara:
1. Melambatkan atau mengelakkan ovulasi (pelepasan ovum dari ovari)
2. Mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum dan sperma
3. Membuatkan selaput dalam rahim (endometrium) tidak sesuai untuk implantasi (penyematan) Jadi, kontrasepsi darurat tidak menyebabkan keguguran kerana ia bertindak sebelum implantasi. Dari sudut perubatan, kehamilan dianggap berlaku selepas implantasi.
Kontrasepsi darurat yang terdapat di Malaysia
1. Morning-after pill, Postinor. Ia merupakan ubat hormon (progesteron) yang dipasarkan khas untuk tujuan ini. Cara menggunakannya:
Langkah 1: Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan s*ks tanpa perlindungan. Hasil yang lebih baik jika ia digunakan dalam masa 24 jam selepas hubungan s*ks.
Langkah 2: Makan sebiji pil lagi 12 jam kemudian (jumlah dua biji pil).
Langkah 3: Perlu jumpa doktor jika haid tidak datang selepas tiga minggu untuk mengenal pasti sama ada kehamilan sudah berlaku atau tidak.
2. Pil perancangan keluarga
Langkah 1: Makan empat biji pil tersebut dalam masa 72 jam selepas hubungan s*ks.
Langkah 2: Makan lagi empat biji pil yang sama 12 jam kemudian (jumlah lapan biji pil).
Langkah 3: Berjumpa doktor jika haid tidak datang selepas tiga minggu.
3. Alat IUCD. Alat pencegah kehamilan yang dipasangkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih.
Langkah 1: Pasang alat IUCD dalam masa 120 jam (lima hari) selepas hubungan s*ks.
Langkah 2: Jumpa doktor jika tiada haid selepas tiga minggu.
Kesan sampingan kontrasepsi darurat
Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah rasa mual dan muntah selepas menelan pil tersebut. Biasanya kesan tersebut hanya berlarutan selama 24 jam.
Postinor lebih senang diambil kerana kemungkinan rasa mual adalah lebih rendah berbanding pil perancang keluarga. Separuh daripada wanita yang menelan pil perancang berasa mual berbanding lebih kurang satu daripada lima wanita yang menelan pil postinor.
Kejadian muntah selepas menelan postinor adalah 3 peratus berbanding 20 peratus dengan pil perancang. Jadi adalah baik seseorang itu mengambil ubat pencegah muntah satu jam lebih awal sebelum menelan pil kontrasepsi darurat.
Pil darurat perlu diambil semula sekiranya seseorang itu muntah dalam masa dua jam selepas menelan pil tersebut. Selain itu, rasa sakit pada payudara, pendarahan tidak betul, pening atau sakit kepala turut boleh berlaku.
Selepas menggunakan pil kontrasepsi darurat, haid yang akan datang boleh jadi awal atau lambat berbanding waktu biasa. Alat IUCD mungkin menyebabkan rasa sakit kejang selepas dipasang.
Keberkesanan kontrasepsi darurat
Kesemua berkesan untuk mengurangkan risiko kehamilan selepas hubungan s*ks tanpa perlindungan dengan peratus kegagalan:
- Postinor 0.8 peratus. Bermakna satu daripada 100 orang wanita mengandung selepas menggunakannya
- Pil perancang 2 peratus. Dua daripada 100 orang wanita mengandung
- Alat IUCD. Hanya satu daripada 879 kes yang mengandung (World Literature 1989). Ia mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 99.9 peratus.
Siapakah yang tidak boleh menggunakan kontraseptif darurat?
- Wanita yang telah mengandung atau mengesyaki dia mungkin mengandung
- Untuk alat IUCD pula, wanita yang berisiko tinggi untuk menjangkiti penyakit tularan s*ks seperti mangsa rogol atau orang yang mempunyai ramai teman s*ks juga tidak sesuai untuk memasang alat IUCD sebagai kontrasepsi darurat.
Apa yang berlaku ketika berjumpa doktor untuk kontrasepsi darurat?
Doktor akan mendapatkan tarikh haid yang terakhir untuk membuat anggaran berapa tinggi risiko untuk hamil selepas hubungan s*ks tanpa perlindungan. Jika sesuai, ubat postinor atau pil perancang akan diberi bersama dengan ubat pencegah muntah.
Sekiranya hubungan s*ks telah berlaku lebih daripada 72 jam, alat IUCD boleh dipasang untuk tujuan yang sama. Untuk kesan terbaik, seseorang wanita itu harus mengambil pil kontrasepsi darurat secepat mungkin. Alat IUCD tersebut boleh dikeluarkan selepas datang haid.
Pada waktu yang sama ia boleh terus digunakan sebagai perancang keluarga selama tiga tahun jika seseorang wanita itu ingin meneruskannya sebagai cara perancangan keluarga. Kesempatan tersebut juga digunakan untuk memberikan keterangan kepada wanita tentang perancangan keluarga.
Seseorang wanita itu perlu berjumpa semula dengan doktor jika haidnya tidak datang seminggu selepas tarikh yang dijangkakan. Ujian air kencing akan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada kehamilan telah berlaku.
Ingatan penting
Kontrasepsi darurat bertujuan mencegah kehamilan daripada hubungan kelamin tunggal, tanpa perlindungan. Ia tidak mencegah kehamilan untuk waktu yang lain jika hubungan s*ks tanpa perlindungan itu diteruskan. Ini bermakna cara perancangan keluarga yang lain mesti digunakan.
Ia juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit tularan s*ks. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur. Pendek kata, ia merupakan satu cara sokongan yang berkesan untuk mencegah kehamilan.
Kesimpulan
Kontrasepsi darurat adalah selamat dan berkesan jika digunakan dalam masa 72 jam (tiga hari) untuk pil dan dalam masa 120 jam (lima hari) untuk alat IUCD. Ia memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Pengetahuan dan penggunaan mengenainya haruslah diperluaskan untuk kesejahteraan dan kesihatan kaum wanita.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kontrasepsi darurat selepas s*ks Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Kontrasepsi darurat selepas s*ks Empty Re: Kontrasepsi darurat selepas s*ks

Post by profesorclone Wed 05 Sep 2007, 10:50 am

cuba Jangan Tak Cuba.....
profesorclone
profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Kontrasepsi darurat selepas s*ks Sarawa10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 600
Umur : 42
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 6580

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Kontrasepsi darurat selepas s*ks Empty Re: Kontrasepsi darurat selepas s*ks

Post by abang_long Fri 25 Jan 2008, 8:25 pm

bagi je RU-486 , habis crite..tak lekat..tak le hamil

tak pun bagi dinoprost/carboprost...bergoncang rahim dibuatnye
avatar
abang_long
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Kontrasepsi darurat selepas s*ks Selang10
Jawatan : student doctor
Gender : Male
Jumlah Post : 31
Umur : 38
Tarikh Register : 20/01/2008
Reputation : 0
Points : 6073

Back to top Go down

Kontrasepsi darurat selepas s*ks Empty Re: Kontrasepsi darurat selepas s*ks

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum