FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Baby Blues Selepas melahirkan

+5
izah84
tornado5807
adilla
eriy
AZS
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Baby Blues Selepas melahirkan

Post by AZS Tue 17 Apr 2007, 10:45 am

Sesetengah ibu akan mengalami ketegangan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini dikenali sebagai ‘postpartum depression’ atau ‘baby blues’ atau dikenali juga sebagai ‘third day blues’ kerana biasanya terjadi selepas hari ketiga kelahiran. Sesetengah kes berlaku selepas satu atau dua minggu kelahiran, yang mana mereka berasa terlalu sensitif dan emosional meskipun terhadap perkara-perkara yang kecil dan remeh.

Kajian menunjukkan wanita yang mengalami ketegangan ini biasanya mempunyai bayi yang kerap menangis. Namun belum dibuktikan sama ada bayi meragam yang membuatkan si ibu tertekan, atau pun keadaan ibu yang tidak gembira membuatkan bayi turut meragam. Namun kemungkinan kedua-dua hal ini benar, ia merupakan satu putaran yang terus berulang.

Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak pernah mengalami ketegangan seumpamanya. Namun kajian menunjukkan hampir semua ibu mengalami fenomena ini, cuma tempoh yang singkat menyebabkan mereka tidak menyedarinya. Biasanya mereka mengalaminya hanya selama beberapa hari dan terus lupa sebaik sahaja fenomena itu berakhir
.


Penyebab berlakunya 'baby blues'

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini:

1. Perubahan hormon
Semasa hamil, terdapat beberapa perubahan dari segi paras hormon. Hormon-hormon ini berada pada paras tertentu untuk mengekalkan kehamilan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, paras hormon tersebut akan turun secara mendadak. Penurunan paras hormon secara mendadak ini biasanya penyebab kepada ketidakstabilan emosi.


2. Pengalaman melahirkan
Kelahiran yang sukar dan mencabar juga menyumbang kepada perubahan emosi. Realiti yang meleset daripada jangkaan atau apa yang diharap-harapkan merupakan penyumbang terbesar kepada ketegangan perasaan ini. Misalnya, keinginan yang meluap-luap untuk mendapatkan anak lelaki tetapi melahirkan anak perempuan mungkin menyebabkan kekecewaan.


3. Keletihan
Proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak dan amat meletihkan. Berbaring tanpa melakukan sebarang pekerjaan kadangkala menjemukan dan boleh menimbulkan tekanan.


4.Perubahan cara hidup
Sebaik sahaja mempunyai anak kecil, terutamanya anak sulung, cara hidup pasangan tersebut akan serta-merta berubah. Perasaan mempunyai anak kecil dan komitmen yang perlu diberikan kepadanya boleh membuatkan seseorang itu rasa terperangkap dan tidak bebas melakukan apa yang diingini.


5. Rasa tidak berkebolehan
Wanita moden berkerjaya sentiasa rasa berkebolehan dan cekap melakukan sesuatu pekerjaan. Apabila pertama kali mempunyai anak, perasaan tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan perkara-perkara yang di luar kawalan boleh menimbulkan rasa tawar hati dan menyebabkan tekanan perasaan.


6. Pengasingan
Berpantang di dalam rumah kadangkala menimbulkan rasa keseorangan dan terasing, terutama apabila kunjungan rakan-rakan dan saudara-mara semakin berkurang. Tempoh dua bulan bercuti menimbulkan rasa jemu terutama bagi wanita bekerja yang mempunyai ramai kawan. Berbual bersama rakan, mesyuarat dengan pelanggan dan interaksi dengan pekerja lain menimbulkan rasa penting pada seseorang. Hal ini akan lenyap apabila berada di rumah.


7. Komplikasi pada bayi
Sekiranya bayi yang dilahirkan berhadapan dengan sebarang komplikasi, hal ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu.



Bagaimana 'baby blues' bermula?

Perasaan yang tidak menentu boleh bermula dengan sesuatu perkara remah yang adakalanya tidak berkaitan sama sekali. Misalnya, seorang rakan anda masuk ke bilik anda dan bertanya khabar. Tanpa sebab munasabah, anda tiba-tiba saja menangis. Reaksi suami yang tidak pandai memujuk, melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak anda akan menambah lagi tekanan perasaan. Sesetengah wanita tidak suka menangis di hadapan orang lain terutama suami mereka, oleh itu mereka sentiasa menahan perasaan. Keadaan ini menyebabkan perasaan mereka semakin tertekan.



Cara mengatasi

Perasaan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Misalnya, anda sendiri yang memutuskan untuk menghentikannya dengan mengatasi segala masalah yang timbul dan lebih berani berhadapan dengan segala perkara yang mendatang. Sekiranya anda boleh menyelesaikan tugas-tugas di sekeliling anda dengan lebih teratur anda akan rasa lebih selesa. Minta suami atau orang lain untuk membantu anda. Selepas berakhir, adakalanya ‘baby blues’ akan menyerang semula. Walaupun begitu, tempoh antara dua episod ‘baby blues’ akan menjadi lebih panjang dan lama-kelamaan anda akan rasa semakin berupaya menghadapi cabaran bayi baru.



Tip

1. Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu anda.

2. Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan.

3. Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosi dan jelaskan kepadanya bahawa anda tidak mengharapkannya untuk menyelesaikannya tetapi cukup sekadar memahami. Misalnya memeluk anda sewaktu anda menangis.

4. Bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami. Menyembunyikan perasaan tidak menyelesaikan masalah.

5. Minta pertolongan. Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat, carilah seseorang yang boleh membantu anda.

6. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri anda. Minta seseorang untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukannya.


‘Baby blues’ yang serius dan semakin parah dinamakan ‘postpartum depression’. Dalam kes ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional
AZS
AZS
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kedah_10
Jawatan : Radiographer
Gender : Female
Jumlah Post : 1182
Umur : 41
Tarikh Register : 17/10/2006
Reputation : 0
Points : 6966

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Fri 11 May 2007, 9:40 am

jadi maksudnya sokongan orang sekeliling amat penting terutamanya suami..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by adilla Fri 10 Aug 2007, 12:28 am

betul tu eriy tp tak semua dari kita bertuah dpt suami mcm tu...bagus kan kalau semua suami ada ciri2 idaman..hikss Laughing
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Fri 10 Aug 2007, 3:15 pm

para lelaki sepatutnya kena ada kursus berkaitan dengan kelahiran...
betul tak DekDee...
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by tornado5807 Fri 10 Aug 2007, 3:32 pm

DekDee wrote:betul tu eriy tp tak semua dari kita bertuah dpt suami mcm tu...bagus kan kalau semua suami ada ciri2 idaman..hikss Laughing
Macam saya...macam saya bounce bounce
tornado5807
tornado5807
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Juruteknologi Makmal Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 339
Umur : 48
Tarikh Register : 17/03/2007
Reputation : 0
Points : 6359

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by izah84 Fri 10 Aug 2007, 4:57 pm

tornado jaga isteri berpantang tak?mandikan tak baby pas dia di bawa pulang ke rumah?at least bila suami bantu isteri dgn mandi bayi,tlg tukar lampin baby,ia dpt bantu pulihkan smgt isteri.barulah isteri rasa di sayangi,dihargai..

baru semalam ada sorg pt sy,dia tu dpt 1st baby.tp dia tak berani nak dukung baby.tp sy paksa jugak dia pegang baby..nape org lelaki takut nak pegang bayi yg baru lahir?
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by rozila Sat 11 Aug 2007, 6:30 pm

betul tu izah.... soalan ni kena orng lelaki jawab...nape ye..?
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by adilla Mon 13 Aug 2007, 11:38 pm

rasa takut pulak nak berumahtangga...dah la kita ni wanita kerjaya....mmmmm ntah laa
Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by tornado5807 Tue 14 Aug 2007, 8:35 am

izah84 wrote:tornado jaga isteri berpantang tak?mandikan tak baby pas dia di bawa pulang ke rumah?at least bila suami bantu isteri dgn mandi bayi,tlg tukar lampin baby,ia dpt bantu pulihkan smgt isteri.barulah isteri rasa di sayangi,dihargai..

baru semalam ada sorg pt sy,dia tu dpt 1st baby.tp dia tak berani nak dukung baby.tp sy paksa jugak dia pegang baby..nape org lelaki takut nak pegang bayi yg baru lahir?
Bukan tak nak pegang... kalu boleh kita orang ni nak pegang dia 24 jam.....
Bukan apa ... kita orang ni terlalu sayangkan baby tu la..sebab kita orang tak ada kemahiran untuk memegang, mendekung, mengkelek.. bayi tu maklumlah bayi tu serba serbi lembut....

1st anak saya ,... mula2 saya tak pegang ..sebab takut , jatuh ke.. terseliuh ke,... takut sangat,..tapi bila Staff nurse tu ajar saya macamana nak pegang baru la.. pandai.., sampai saya pegang baby tu dari pagi sampai ke malam... tengok dia manjanya ngan saya....
tornado5807
tornado5807
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Juruteknologi Makmal Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 339
Umur : 48
Tarikh Register : 17/03/2007
Reputation : 0
Points : 6359

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by izah84 Wed 15 Aug 2007, 1:33 am

emm..bagusnya tornado..mcm ni lah cth seorg ayah yg penyayang..takpe,tak pandai tp nak belajar baguslah..ni ada sesetengah ayah tu,bila kita ajar dia buat dek je..tu yg rasa skt hati..sian tgk isteri tu terkial-kial sorg2..

yg penting,utk para suami,jgn sesekali abaikan isteri..tlg apa yg patut..mandikan dia ms dlm tempoh dia berpantang,masakkan utk dia,tlg basuh kain baju, tlg kemas umah..jdnya takdelah baby blues utk para ibu..
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Sat 18 Aug 2007, 11:28 pm

tornando suami yang baik..tahniah...

isteri tengah pantang...suami adalah orang yang paling penting dalam memberikan sokongan terhadap isteri..
jangan sampai emosi isteri terganggu sebab suami tidak memberi sokongan serta perhatian terhadap isteri...
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by adilla Tue 21 Aug 2007, 11:13 pm

perhatian suami satu kemestian sebab tu kerajaan memberi cuti 7hari ...pd suami2 manfaatkan cuti yg diberikan
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by izah84 Mon 03 Sep 2007, 1:52 am

tunaikanlah janji utk susah senang bila hidup bersama..
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Tue 09 Oct 2007, 4:26 pm

betul tu izah84..isteri tengah sakit..suami kena jaga..bagi sokongan kat isteri
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by herpes simplex Sun 30 Dec 2007, 1:29 pm

betul tu herpes pn jg isteri ms bsalin gak...
cian dah tgk die ms bsalin...
herpes simplex
herpes simplex
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : mlt jugok
Gender : Male
Jumlah Post : 134
Umur : 43
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : -2
Points : 6252

Character sheet
Mutiara Kata saya: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YG BERTAKWA

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by herpes simplex Sun 30 Dec 2007, 1:30 pm

sp kt cni msuk labour room tman bini die...
herpes simplex
herpes simplex
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : mlt jugok
Gender : Male
Jumlah Post : 134
Umur : 43
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : -2
Points : 6252

Character sheet
Mutiara Kata saya: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YG BERTAKWA

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by izah84 Tue 01 Jan 2008, 11:15 pm

semua hosp kerajaan dah jd hospt rakan suami ke?
izah84
izah84
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kelant10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 170
Umur : 40
Tarikh Register : 19/01/2007
Reputation : 3
Points : 6478

Character sheet
Mutiara Kata saya: ikhlas utk segalanya..

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by Ppkp Rey Wed 02 Jan 2008, 9:26 am

Belum
sesetengah sj
ada 2 isteri dah beranak misi blh jwp xtahu bila si suami nk msuk teman isteri
inikah dinamakan hospital rakan suami
Ppkp Rey
Ppkp Rey
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Kedah_10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 657
Umur : 43
Tarikh Register : 15/12/2006
Reputation : 0
Points : 6724

Character sheet
Mutiara Kata saya: ......bErusahaLah.

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by adilla Wed 09 Jan 2008, 9:48 pm

dah byk hosp. utk suami temankan isteri in labour..tp jarang sekali suami yg sanggup, alsan utama tak sanggup lihat isteri sakit...tp tak boleh salahkan,mybe org awam kurang expose,tp para suami yg memang medical staff tp tetap tak sanggup nape ekk...heee
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by rozila Mon 14 Jan 2008, 7:03 pm

ntahla...ha...sape-sape yang bergelar suami jawablah soalan dekdee tu...hihi!!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Fri 18 Jan 2008, 1:39 pm

DekDee wrote:dah byk hosp. utk suami temankan isteri in labour..tp jarang sekali suami yg sanggup, alsan utama tak sanggup lihat isteri sakit...tp tak boleh salahkan,mybe org awam kurang expose,tp para suami yg memang medical staff tp tetap tak sanggup nape ekk...heee

napa pula DekDee..???
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by adilla Sat 19 Jan 2008, 12:40 am

ada kwn sy ni ..husband pun medical staff ,anak dah masuk 3 tp tak satu pun husband temankan in labour,katanya teringin sgt nak husband temankan dia,1 pun jd lah.. tp maybe kena tunggu anak ke 10 kot...hiksss
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Baby Blues Selepas melahirkan Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by tornado5807 Sat 19 Jan 2008, 5:05 pm

Hamba memang nak teman...
Tapi cizor la.... mana boleh masuk..!!
tornado5807
tornado5807
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Juruteknologi Makmal Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 339
Umur : 48
Tarikh Register : 17/03/2007
Reputation : 0
Points : 6359

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by sHy Sat 19 Jan 2008, 5:17 pm

DekDee wrote:dah byk hosp. utk suami temankan isteri in labour..tp jarang sekali suami yg sanggup, alsan utama tak sanggup lihat isteri sakit...tp tak boleh salahkan,mybe org awam kurang expose,tp para suami yg memang medical staff tp tetap tak sanggup nape ekk...heee

aku tunggu apa?
sHy
sHy
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Admin WAPC
Gender : Male
Jumlah Post : 296
Umur : 41
Tarikh Register : 27/11/2007
Reputation : -2
Points : 6160

Character sheet
Mutiara Kata saya: One Long Journey, Start With One Step..!!!

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by eriy Sun 20 Jan 2008, 10:27 am

DekDee wrote:ada kwn sy ni ..husband pun medical staff ,anak dah masuk 3 tp tak satu pun husband temankan in labour,katanya teringin sgt nak husband temankan dia,1 pun jd lah.. tp maybe kena tunggu anak ke 10 kot...hiksss

kesian kat isteri..napa la suami macam tu..patut suami kena ada disisi isteri ketika melahirkan..tengok macamna isteri bertarung nyawa melahirkan zuriatnya..
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Baby Blues Selepas melahirkan Empty Re: Baby Blues Selepas melahirkan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum