Demam Chikungunya
Page 1 of 1
04052016
Demam Chikungunya
Sejarah Penyakit Chikungunya
PENYAKIT CHIKUNGUNYA
SEJARAH
Perkataan Chikungunya (Chick’-en-Gunyah) berasal dari bahasa Kimakonde Mozambique bermaksud membongkok akibat sakit sendi yang kuat. Penyakit ini mula dikenalpasti di Tanzania pada tahun 1953 dan adalah endemik di kawasan tropika terutamanya di benua Afrika dan India. Sejak kebelakangan ini, penyakit Chikungunya telah menular ke kawasan Asia Tenggara di mana kes-kes telah dilaporkan di Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan juga di Malaysia5.
Dari tahun 1953, kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan di beberapa negara seperti di Afrika, termasuk Tanzania, Burundi, Central African Republic, Comoros, Democratic Republic of Congo, Guinea, Kenya, Nigeria, Madagascar, Malawi, Mauritius, Mayotte Reunion, Senegal, Seychelles, Afrika Selatan, Uganda dan Zimbabwe. Manakala itu, kes Chikungunya juga dilaporkan berlaku di Asia, termasuk Australia, Myanmar, Cambodia, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Filipina, Taiwan, Thailand, Timor Leste dan Vietnam6.
Virus Chikungunya Asian genotype telah di isolasi di Bangkok pada tahun 1960 dan beberapa kawasan di India termasuk Vellore, Calcutta dan Maharastha (1964) Sri Lanka (1969), Vietnam (1975), Myanmar (1975) dan Indonesia (1982). Manakala virus Chikungunya CHIK virus of Asian genotype pertama kali diisolasi di Malaysia pada awal tahun 1999 setelah berlakunya wabak di Klang6,7.
Pada tahun 2006, kejadian wabak Chikungunya telah dilaporkan berlaku di India melibatkan 151 daerah di lapan negeri iaitu Andhra Pradesh, Andaman & Nicobar Islands, Tamil Nadu, Karnataka, Maharashtra, Gujarat, Madhya Pradesh, Kerala dan Delhi. Lebih dari 1.25 juta kes telah dilaporkan berlaku semasa wabak tersebut di mana 752,245 kes adalah dari Wilayah Karnataka dan 258,998 adalah di Wilayah Maharashtra melibatkan 45% penduduk di kedua-dua Wilayah tersebut7.
Jangkitan pertama Chikungunya di Malaysia dilaporkan pada tahun 1998 di mana sejumlah 27 kes (genotaip Asian) dilaporkan di Pelabuhan Klang. Sementara itu, sebanyak 237 kes (genotaip Central/East African) dilaporkan berlaku di Perak pada tahun 2006. Pada tahun 2008, kejadian penularan pertama jangkitan Chikungunya di negeri Johor dilaporkan berlaku di Ulu Choh, Pontian iaitu pada 18 April 2008 yang melibatkan sejumlah 65 kes (genotaip Central/East African). Kes dari genotype ini berterusan di Malaysia di mana pada tahun 2008 (4271 kes), tahun 2009 (5340 kes), 2010 (804) dan pada 2011 sebanyak 30 kes dilaporkan diseluruh negara dan tiada kematian akibat Chikungunya yang dilaporkan setakat ini.
Penularan jangkitan virus ini adalah disebabkan pelbagai faktor termasuklah mutasi virus, tiada “herd immunity”, densiti vektor iaitu Aedes albopictus yang tinggi , selain Aedes aegypti sebagai vektor yang berkesan dalam penyebaran virus Chikungunya.
--- SUMBER : KKM
- http://infokesihatan-fp.blogspot.my
- http://infokesihatan-fp.blogspot.my
MaStErMiNd- WEBMASTER
- Jawatan : Paramedic
Gender :
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14158
Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...
Similar topics
» Demam Chikungunya : Apa itu Penyakit Chikungunya?
» Demam Chikungunya
» Tangani denggi, Chikungunya
» Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi
» DEMAM DENGGI....
» Demam Chikungunya
» Tangani denggi, Chikungunya
» Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi
» DEMAM DENGGI....
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak