FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

05092007

Post 

Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi Empty Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi




Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
profesorclone
profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi Sarawa10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 600
Umur : 42
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : 0
Points : 6580

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Share this post on: reddit

Demam Denggi : Apa Itu Demam Denggi :: Comments

avatar

Post Sun 21 Oct 2007, 2:14 pm by muni

thanks for the imformation.....

Back to top Go down

avatar

Post Tue 23 Oct 2007, 12:43 pm by tekam

oooo....t.q

Back to top Go down

eriy

Post Tue 23 Oct 2007, 1:36 pm by eriy

jangan biarkan air bertakung di halaman rumah anda...
amalkan kebersihan...

Back to top Go down

<<BLaCk>>

Post Tue 23 Oct 2007, 6:17 pm by <<BLaCk>>

masa hujung tahun ni mmg kes demam denggi akan naik mendadak..mmg dah jadi trend sejak 2 menjak nih..

Back to top Go down

eriy

Post Mon 29 Oct 2007, 1:34 pm by eriy

kenapa hujung tahun demam denggi meningkat..sebab hujan ke BLaCK???

Back to top Go down

atira

Post Mon 29 Oct 2007, 3:04 pm by atira

klu xujan xdak lak air bertakung..
tp kan ade gak yng mmbiak dlam takungan pasu bunga..
hak suke tanam bunga tu..kena pastikan air tu kena tukar..

Back to top Go down

eriy

Post Sat 03 Nov 2007, 4:46 pm by eriy

so sapa sapa yang ada pasu tu selalu la bersihkan..jangan biarkan nyamuk beranak pinak kat pasu tu...

Back to top Go down

atira

Post Mon 05 Nov 2007, 9:12 am by atira

eekekee...eriy ade xpasu bunga..

Back to top Go down

eriy

Post Mon 05 Nov 2007, 1:49 pm by eriy

ada du tiga biji atira..tak pandai jaga bunga..kalau tanam tak menjadi..he..he..he..

Back to top Go down

avatar

Post Sun 18 Nov 2007, 9:09 pm by mimlady

Adakah demam denggi ini seakan samadengan demam kepialu taraf kesakitannya dan cara jangkitan

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Wed 28 Nov 2007, 4:46 pm by Lord Vlad

demam denggi - penyakit bawan vektor (nyamuk aedes)

demam kepialu - juga dikenali demam typhoid, penyakit bawaan air dan makanan.

Back to top Go down

zamICU

Post Wed 28 Nov 2007, 7:02 pm by zamICU

Saya dah lupa la.... Bole tolong ingatkan tak...? Tanda-tanda orang yang mengalami demam denggi, macam mana keadaannya....

Back to top Go down

zamICU

Post Wed 28 Nov 2007, 7:07 pm by zamICU

Satu lagi, macam mana nak hubungi unit vektor untuk buat Fogging...? Adakah apabila berlakunya atau terjadinya kes demam denggi di satu2 kawasan, barulah Fogging dilakukan atau ada jadual tertentu....? Contohnya, dalam satu bulan dilakukan sekali fogging untuk kawasan tersebut... Selain pencegahan dan pendidikan kesihatan yang telah kita berikan...?

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Wed 28 Nov 2007, 9:22 pm by Lord Vlad

zamICU wrote:Saya dah lupa la.... Bole tolong ingatkan tak...?
Tanda-tanda orang yang mengalami demam denggi, macam mana
keadaannya....

boleh rujuk link nih : https://paramedik.catsboard.com/CDC-h15.htm

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Wed 28 Nov 2007, 9:25 pm by Lord Vlad

zamICU wrote:Satu lagi, macam mana nak hubungi unit vektor untuk
buat Fogging...? Adakah apabila berlakunya atau terjadinya kes demam
denggi di satu2 kawasan, barulah Fogging dilakukan atau ada jadual
tertentu....? Contohnya, dalam satu bulan dilakukan sekali fogging
untuk kawasan tersebut... Selain pencegahan dan pendidikan kesihatan
yang telah kita berikan...?

- call jer pejabat kesihatan terdekat kalau ada problem atau aduan.
- fogging cuma dilakukan bila ada kes di sesuatu lokaliti atau kawasan
(kekerapan fogging boleh menyebabkan nyamuk kebal terhadap racun yang
digunakan)
- so untuk elakkan denggi, cari dan musnah takungan air....

Back to top Go down

zamICU

Post Thu 29 Nov 2007, 6:05 pm by zamICU

Saya ada pengalaman di mana ada pihak swasta telah melakukan fogging dikawasan yang terdapat kes demam denggi... Adakah mereka ini mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan untuk melakukan fogging...? Saya muyskil dengan keadaan ini di mana fogging dilakukan pada waktu petang, dalam pukul 3.00pm gitu.... Kemudian dia kenakan bayaran ke atas rumah-rumah yang melakukan semburan ni... Apa pendapat saudara tentang perkara ni...?

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Thu 29 Nov 2007, 8:38 pm by Lord Vlad

semburan kabus pihak swasta memang tidak diiktiraf... so sebarang bayaran yang dikenakan takyah layan... kalau depa berkeras nak mintak, call pejabat kesihatan yg terdekat... KKM memang tak kutip duit untuk sebarang semburan kabus atau fogging....

Back to top Go down

sya_lotus

Post Thu 06 Dec 2007, 10:27 am by sya_lotus

huhuuu.. baru smlm org wat fogging kat area umah sya. jiran seblah umah kene denggi. oleh kerana hujan, agak lewat dorang mula fogging. skg dh musim hujan so mmg byk nyamuk..

tp adekah fogging ni dilakukan bile ade kes sahaja atau setiap 6 bulan sekali? takkan nk tggu ade kes baru nk dtg sembur..?

kalau la pej kesihatan dtg cek & di dapati ade jentik2 dlm kawasan umh kite, kene denda eh..? berapa RM sekor ek..?
*wahh.. cam jual ayam lak.. ekekee..

Back to top Go down

eriy

Post Thu 06 Dec 2007, 3:36 pm by eriy

setahu sy kena denda tak pasti berapa lak..

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Thu 06 Dec 2007, 4:03 pm by Lord Vlad

biasanya pihak jabatan kesihatan hanya akan fogging bila ada kes denggi jer di sesuatu lokaliti.... ini adalah untuk menghapuskan nyamuk dewasa yang membawa virus denggi.... nak fogging sokmo pun takleh takut nyamuk retan / lali ngan racun... so syusyah jugak nanti bahh....

denda??? hehehe.... kalau nak tahu cuba biak nyamuk tu dalam umah atau kawasan umah... pastu tepon pejabat kesihatan cakap "umah saya ada jejentik.. meh kompoun saya"...hehehe..... tapi terus terang cakap.... satu bekas yang ada nyamuk boleh di caj sehingga RM500.00..... tapi kalau kesalahan berulang makin naik la beb... dikira mengikut bilangan jentik-jentik dan jumlah denda akan naik setiap hari sehinggalah denda dijelaskan....

Back to top Go down

sya_lotus

Post Thu 06 Dec 2007, 4:52 pm by sya_lotus

ohoooo.. cam tu ek.. baeekk.. paham la saye.. ehehee.. mekasih incik hotline atas penerangan anda..

Back to top Go down

Lord Vlad

Post Thu 06 Dec 2007, 6:36 pm by Lord Vlad

sama-sama sya....

Back to top Go down

avatar

Post Mon 11 Feb 2008, 10:12 am by abang_long

ape bende yg korang bubuh dlm kabus fogging tuh? skali bau terus nak muntah

Back to top Go down

Ppkp Rey

Post Thu 14 Feb 2008, 6:59 pm by Ppkp Rey

alah br kn sikit,org yg sembur tu hr2 kena dh lali.heheeheh.

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum