PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
5 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Penolong Pegawai Perubatan :: Berita Terkini Warga Penolong Pegawai Perubatan
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Hanya sekadar ingatan!!
Bapa kecewa rawatan Hospital Baling tidak memuaskan
Saudara Pengarang
,PADA 31 Ogos 2001 yang lalu diketahui umum adalah hari cuti bagi seluruh tanah air untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-44. Hari inilah menjadi hari yang amat kecewa bagi diri saya.
Anak saya Mohd. Daniel telah kemalangan jatuh basikal pada pukul 5.30 petang. Terdapat banyak luka-luka di muka dan di dahi yang terkoyak dan saya fikir luka tersebut perlu dijahit dengan segera.
Lebih kurang pukul 6 petang membawa anak ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan. Saya terpaksa menunggu lama untuk menerima rawatan kerana terdapat pesakit kerana kemalangan lain. Selepas semuanya selesai barulah giliran anak saya untuk menerima rawatan.
Hanya pembantu hospital (HA) sahaja yang membuat jahitan di dahi dan di bawah hidung. Di bibir anak saya juga terkoyak dan perlu dijahit. Tetapi HA tidak berbuat demikian kerana bahagian ini dibuat oleh doktor lain. Setelah jahitan selesai saya terpaksa menunggu di luar dengan memangku anak di atas kerusi besi yang disediakan.
Saya amat sedih kerana telah masuk waktu maghrib, saya masih di luar dan sekurang-kurangnya sediakan satu katil untuk merehatkan dan mententeramkan anak saya yang dalam kesakitan sementara menunggu doktor untuk menjahit bibir anak saya.
Saya berjumpa dengan HA kembali untuk bertanya mengenai doktor tersebut tetapi malang dia tidak tahu bila doktor itu akan datang sebab tidak dapat dihubungi sama ada di rumah ataupun melalui telefon bimbit. Tetapi doktor tersebut on-call. Ke mana perginya.
Saya merasa amat kecewa tiada keputusan dapat dibuat oleh pihak Hospital Baling. Saya membuat keputusan sendiri untuk membuat rawatan di hospital swasta, Kedah Medical Centre (KMC) walaupun jauh. Barulah pihak hospital cuba menghubungi doktor sekali lagi dan barulah bertanya tentang x-ray sudah dibuat ataupun belum lagi. Pada hal saya sudah lama menunggu kenapa tidak dibuat x-ray selepas dijahit. Pihak Hospital Baling tidak setuju dengan keputusan yang saya buat. Anak saya tidak dibuat pemeriksaan terperinci dan tidak di x-ray.
Saya terus bertolak ke KMC dan tiba pada pukul 10 malam. Bayangkan dari Baling ke Alor Setar sudah berapa jauh terpaksa saya tempuhi. Setelah tiba di KMC anak saya terus diberi rawatan yang cukup memuaskan, diperiksa dan dijahit semua yang terkoyak dan yang telah dijahit kembali dengan keadaan yang elok.
Anak saya dibius, tidak seperti di Hospital Baling hanya dicucuk ubat kebas dan terus dijahit. Bayangkanlah budak yang berumur 5 tahun dijahit begini. Sakit meraung tidak terhingga sehinggakan isteri dan ibu saya menitis air mata.
Pada pukul 1 pagi anak saya dibuat scan dan didapati tempurung kepala di dahi retak. Bagaimana pilunya saya menerima keputusan ini. Yang lebih memilukan lagi adalah pihak Hospital Baling tidak memeriksa langsung di tempat yang luka sama ada retak ataupun patah. Walaupun bayaran di KMC adalah tinggi tetapi hati terasa puas. Kini anak saya telah keluar dari wad KMC. - MOHD. TAJUDDIN MAT SAMAN, Kupang, Kedah.

zatie- STAFF PEMUDAH CARA
- Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 334
Umur : 55
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 6704
Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
MLKN tubuh jawatankuasa khas siasat kematian pelatih
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai kes-kes kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Presidennya, Tan Sri Datuk Lee Lam Thye berkata, melalui komitmen dan usaha pelbagai pihak dalam jawatankuasa itu, MLKN yakin akan dapat mencari rumusan kepada masalah itu dalam masa seminggu.
‘‘Kita akan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab jika penyiasatan membuktikan kecuaian pihak tertentu.
‘‘Tindakan tatatertib terpaksa diambil kepada mereka yang cuai ketika menjalankan tugas kerana kita tidak boleh membiarkan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas rencana akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai laporan kegagalan pihak pengurusan PLKN untuk mentadbir dan mengurus kem dengan baik sehingga menyebabkan kematian.
Ahad lalu, seorang lagi pelatih PLKN, Mohd. Rafi Ameer, 18, meninggal dunia selepas muntah-muntah dan sakit kuning yang didakwa keluarganya berpunca daripada termakan makanan dicemari najis haiwan.
Kematian anak yatim piatu yang meninggal dunia dalam perjalanan untuk dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) itu turut menyebabkan masyarakat mempersoalkan keberkesanan program itu.
Sehubungan itu, Lam Thye mahu segala kes kematian pelatih PLKN disiasat ke peringkat akar umbi bagi memastikan perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.
Beliau berkata, beberapa langkah telah diambil untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan perubatan di kem-kem PLKN termasuk mendapatkan tiga pembantu perubatan dan dua jururawat ditempatkan di setiap kem PLKN.
‘‘Memandangkan pelaksanaan langkah-langkah ini memerlukan bantuan dan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan, pelaksanaan ini hanya dijalankan secara berperingkat

MKLN perlu 413 pekerja perubatan
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
Pengambilan diputus selepas dapat kelulusan JPA
KUALA LUMPUR: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) berharap dapat menempatkan 247 pembantu perubatan dan 166 jururawat terlatih di 83 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara tahun depan untuk pelatih kumpulan pertama membabitkan 110,000 orang yang bermula 29 Disember ini.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pengambilan untuk jawatan itu akan diputuskan Disember ini, apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskannya.

Keluarga Mazlinah kecewa dan kesal sikap kakitangan Hospital Beaufort
10th September, 2007
BEAUFORT : Keluarga kepada seorang remaja perempuan,Allahyarhamah Mazlinah Abd Asih yang meninggal dunia dan disahkan dijangkiti penyakit denggi berdarah kesal dan kecewa dengan sikap kakitangan perubatan di Hospital Daerah Beaufort yang mereka dakwa bersikap kurang prihatin.
Bapa kepada Allahyarhamah Mazlinah,Abd Asih Itam,54, dari Kampung Kabajang,di sini yang disahkan positif terkena jangkitan demam denggi berdarah kesal kerana anaknya yang tiga kali di bawa ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit lemah-lemah,muntah dan kurang selera makan hanya diberi ubat panadol dan gastrik oleh Pembantu Perubatan yang bertugas.
Allahyarhamah Mazlinah,18 tahun,merupakan bekas pelajar SMK Gunsanad 1 Keningau dan sedang menunggu panggilan untuk meneruskan pelajarannya di Tingkatan Enam Rendah dalam aliran Sains selepas menolak tawaran untuk belajar dalam aliran Sastera.
Beliau meninggal dunia selepas hanya kira-kira beberapa minit sampai di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu selepas dibawa dari Hospital pekan Beaufort pada 19 Ogos lalu.
“Anak saya datang ke Hospital Beaufort pada 15 Ogos dan kali kedua pada 17 Ogos untuk mendapatkan rawatan selepas menyedari kemungkinan dia dijangkiti demam denggi,tetapi Pembantu Perubatan yang bertugas hanya memberi ubat dan tidak mengambil contoh darah anak saya untuk diuji,” katanya.
Mohd Asih mendakwa, Pembantu Perubatan yang bertugas ketika anaknya datang untuk mendapatkan rawatan mengatakan anaknya hanya mengalami keadaan lebih panas dan dia hanya diberikan ubat panadol dan gastrik ketika mendapat rawatn pertama dan kedua.
Katanya,keadaan kesihatan anaknya bertambah teruk pada malam 18 Ogos lalu dengan badannya bertambah lemah dan mulutnya berdarah menyebabkan dia dibawa sekali lagi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Abd Asih berkata,pada malam itu anaknya ditahan untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun keadaannya sudah semakin kritikal.
Menurutnya,pada malam yang sama doktor yang merawatnya telah meminta supaya contoh darah Allahyarhamah diambil kerana beliau (Mazlinah) sudah tiga kali datang untuk mendapat rawatan.
Katanya hasil daripada ujian darah yang dibuat pada malam itu telah menunjukkan anaknya dijangkiti demam denggi berdarah dan keadaannya bertambah kritikal.
Beliau yang masih bersedih dengan keadaan yang berlaku terhadap satu-satunya anak perempuan beliau berkata, pada keesokan harinya anak beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan hanya sempat berada kira-kira lima minit di tempat kecemasan sebelum meninggal dunia.
Katanya,beliau redha dengan pemergian anaknya,tetapi kesal dengan sikap kurang prihatin kakitangan perubatan hospital itu kerana penyakit denggi merupakan penyakit yang merbahaya.
“Anak saya sudah memberitahu dia mengalami simtom-simtom demam denggi seperti tidak ada selera makan,lemah seluruh badan dan muntah-muntah dan sepatutnya Pegawai Perubatan yang bertugas mengambil perhatian dengan mengambil contoh darahnya untuk diuji,” ujarnya.
Abd Asih berkata,beliau tidak bercadang untuk mengambil tindakan berhubung perkara itu,tetapi berharap Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan terhadapnya supaya kes-kes seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang dan kakitangan perubatan lebih bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu,beliau mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat anaknya yang begitu prihatin dan turut serta mengiringinya sehingga ke Hospital Queen Elizabeth sebelum disahkan meninggal dunia pada 19 Ogos lalu. – KAMARUDDIN LIUSIN

Jabatan Kesihatan akui kelemahan
Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN
BUTTERWORTH 29 Sept. – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengakui terdapat kelemahan dalam pengurusan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Tasek Gelugor ketika berdepan kes membabitkan empat kanak-
kanak mati lemas dekat sini Rabu lalu.
Pengarahnya, Teh Lei Choo berkata, siasatan awal mendapati, kakitangan klinik itu gagal memberi bantuan yang sewajarnya kepada kanak-kanak terbabit yang dipercayai masih hidup ketika dibawa ke klinik itu bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terbabit sejurus siasatan penuh berhubung kejadian itu selesai, selewat-lewatnya minggu depan.
“Siasatan masih dijalankan dan kakitangan terbabit sudah diarahkan memberi surat tunjuk sebab, apa tindakan yang akan dikenakan tunggulah siasatan (selesai) dulu,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang kelmarin, empat kanak-kanak prasekolah yang bersahabat karib mati lemas selepas terjun ke tali air Rumah Pam Sungai Kreh, di sini.
Mangsa, Mohd. Zaidi Saidin, 5; Badrul Hanif Ahmad, 6; Zulkifli Mohamad, 6 dan Mohamad Nur Aidil Hakimi Shaharudin, 6, ditemui lemas di dasar tali air sedalam kira-kira dua meter itu.
Ahli keluarga empat kanak-kanak itu bagaimanapun kesal kerana klinik kesihatan di kawasan itu ditutup ketika semua mangsa yang ketika itu dipercayai masih hidup dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Lebih mengecewakan, klinik itu tidak menyediakan kemudahan ambulans sehingga memaksa mangsa dibawa dalam keadaan berhimpit-himpit menaiki kereta untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas dekat sini.
Lei Choo menjelaskan, ketika kejadian, hanya terdapat seorang penolong pegawai perubatan yang bertugas tetapi keluar untuk bersolat di masjid berdekatan manakala seorang lagi bercuti sakit.
Menurutnya, ketika keempat-empat mangsa dibawa ke klinik itu, terdapat seorang juruteknologi makmal perubatan, seorang jururawat dan seorang atendan serta tukang cuci di klinik tersebut.
“Usaha telah dijalankan untuk menghubungi penolong pegawai perubatan terbabit tetapi sebelum ia dapat dilakukan, ahli-ahli keluarga mangsa telah beredar ke hospital berdekatan,” jelasnya.
Katanya, satu-satunya ambulans yang terdapat di klinik itu telah keluar menghantar seorang pesakit ke Hospital Seberang Jaya pada pukul 12.50 petang dan kembali ke klinik pada pukul 2.50 petang.
“Bagaimanapun, kakitangan di klinik gagal memberi respons yang sewajarnya ketika mangsa dibawa ke klinik dan mereka sepatutnya bersedia untuk memberi bantuan yang mampu apabila diperlukan,” tegasnya.

riyad71- STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
- Negeri :
Jawatan : PPPK
Gender :
Jumlah Post : 376
Umur : 53
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 31
Points : 7555
Character sheet
Mutiara Kata saya: nothing special just a humble human being
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Petugas kontrak sesuai isi jawatan kosong di PLKN
SAYA terbaca mengenai arahan Kabinet supaya Kementerian Kesihatan membantu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan menempatkan sementara tiga pembantu perubatan dan dua jururawat di setiap kem latihan mulai pengambilan, Disember ini.
Kementerian Kesihatan sendiri masih kekurangan anggota, terutama penolong pegawai perubatan. Ada sekurang-kurangnya 1,300 lebih kekosongan jawatan penolong pegawai perubatan gred U29.
Ramai pesara penolong pegawai perubatan memohon untuk bertugas semula secara kontrak dan ada 300 lebih kekosongan jawatan petugas kontrak dan 100 lebih yang memohon tetapi belum diperakui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh itu, kerajaan disaran memberi perhatian serius supaya menempatkan dengan segera beberapa petugas kontrak di kalangan penolong pegawai perubatan di PLKN supaya tidak menjejaskan perkhidmatan perubatan dan kesihatan sedia ada.
Mereka mempunyai pengalaman luas dan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti.
SAYA terbaca mengenai arahan Kabinet supaya Kementerian Kesihatan membantu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan menempatkan sementara tiga pembantu perubatan dan dua jururawat di setiap kem latihan mulai pengambilan, Disember ini.
Kementerian Kesihatan sendiri masih kekurangan anggota, terutama penolong pegawai perubatan. Ada sekurang-kurangnya 1,300 lebih kekosongan jawatan penolong pegawai perubatan gred U29.
Ramai pesara penolong pegawai perubatan memohon untuk bertugas semula secara kontrak dan ada 300 lebih kekosongan jawatan petugas kontrak dan 100 lebih yang memohon tetapi belum diperakui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh itu, kerajaan disaran memberi perhatian serius supaya menempatkan dengan segera beberapa petugas kontrak di kalangan penolong pegawai perubatan di PLKN supaya tidak menjejaskan perkhidmatan perubatan dan kesihatan sedia ada.
Mereka mempunyai pengalaman luas dan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti.
zatie- STAFF PEMUDAH CARA
- Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 334
Umur : 55
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 6704
Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Petikan dari Harakahdaily...
Bukan soalnya anda sakit apa. Soalnya siapa yang anda kenal di hospital itu. Bukan soalnya apa yang anda bincang dengan pegawai perubatan di hospital. Soalnya apa yang telah dilakukan oleh kakitangan hospital kepada anda sebagai mangsa.
Pembantu Perubatan boleh 'menyunatkan' pesakit tanpa mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Pakar boleh memberikan arahan dari rumah. Bukan pertama kali berlaku. Pegawai Perubatan Pelatih boleh memberikan suntikan tanpa prosidur. Anda menerima ubat yang tidak sepatutnya. Anda dilayan secara kasar di hospital. Pegawai Perubatan boleh menggelarkan dirinya pakar tunggal di Malaysia. Sesiapa yang ada kenalan di hospital, boleh diberikan keutamaan dalam semua perkhidmatan hatta jika mengenali pemandu ambulan atau attendannya.

Peserta wanita PLKN dakwa diraba pembantu perubatan
Cindy Choo
Malaysiakini.com
Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa telah dipeluk dan diraba oleh seorang pembantu perubatan sewaktu menerima rawatan bagi kecederaan di bahagian kakinya di Kem PLKN di Seri Impian Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Cindy Choo
Malaysiakini.com
Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa telah dipeluk dan diraba oleh seorang pembantu perubatan sewaktu menerima rawatan bagi kecederaan di bahagian kakinya di Kem PLKN di Seri Impian Sungai Bakap, Pulau Pinang.
zatie- STAFF PEMUDAH CARA
- Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 334
Umur : 55
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 6704
Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Lagu lama didendang sekali lagi...
24/10/2007 : Klinik desa tiada doktor sukar rawat penyakit kronik
KOTA KINABALU: Kekurangan doktor perubatan di Sabah menyebabkan hampir semua klinik kesihatan dan klinik desa menggunakan perkhidmatan pembantu perubatan dan jururawat yang menyukarkan rawatan kecemasan penyakit kronik. Hanya beberapa klinik kesihatan menggunakan perkhidmatan doktor perubatan, manakala semua klinik desa dikendalikan jururawat. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Rahimah Mohd Said, berkata jabatan itu memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk mengatasi masalah berkenaan demi kepentingan masyarakat setempat. Katanya, antara langkah proaktif yang dilaksanakan adalah perkhidmatan lawatan doktor termasuk doktor pakar ke klinik desa dan klinik kesihatan dari semasa ke semasa. "Pada masa sama, seramai 120 doktor dan enam pegawai pergigian dari luar negara dibawa ke negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan doktor. "Ketika ini, Sabah mempunyai 775 doktor perubatan dan 52 pegawai pergigian. "Doktor perubatan terbabit berkhidmat di 23 hospital di seluruh negeri, selain beberapa klinik kesihatan," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam. Selain hospital, Sabah mempunyai 76 klinik kesihatan, klinik kesihatan ibu dan anak (19) dan klinik desa (189). Mengenai masalah komunikasi doktor asing dengan pesakit, Dr Rahimah berkata, dari segi pertuturan hanya membabitkan doktor kontrak yang baru berkhidmat dan bilangan mereka di Bahagian Kesihatan Awam tidak ramai. Katanya, penguasaan mereka berkomunikasi dalam bahasa Malaysia akan meningkat dalam tempoh kurang setahun. Bagi mengatasi masalah itu, katanya, Jabatan Kesihatan negeri memastikan jururawat atau penolong jururawat sentiasa bersama doktor terbabit, terutama untuk berkomunikasi dengan pelanggan. "Mengenai masalah komunikasi doktor perubatan tempatan yang berkhidmat di pedalaman, sehingga kini kami tiada menerima aduan atau maklum balas mengenainya," katanya.

alfatihah...
Pembantu perubatan mautBerita Harian
KUANTAN: Seorang pembantu perubatan Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh terbunuh, manakala dua lagi termasuk seorang doktor wanita hospital terbabit cedera parah selepas ambulans yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 149.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran malam tadi.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Najib Jusoh berkata Ahmad Faizal Awang, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu.
Beliau berkata, doktor wanita HSAS, Dr Deaula Maria Eithayarasan, 31, dari Kuarters HSAH, Temerloh, cedera parah di kepala, manakala pemandu ambulans, Shaari Long Chik, 43, dari Temerloh, cedera parah di perut dan kaki dalam kejadian itu.
Seorang lagi pembantu perubatan hospital itu yang turut berada dalam ambulans berkenaan, Mohd Faizal Mahar, 23, dari Mentakab, hanya cedera ringan

KIST perkenal Diploma Sains Kesihatan, Kecergasan
(Berita Harian)
KOLEJ Islam Sains dan Teknologi (KIST) akan memperkenalkan program Diploma Sains Kesihatan dan Kecergasan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Januari depan.
Presidennya, Muhd Zamly Abdullah, berkata pengenalan program itu menjadikan ia sebagai kolej swasta pertama di negara ini dan Asia Tenggara menawarkan kursus berkenaan.
Katanya, penawaran kursus itu sebagai menyahut saranan kerajaan ke arah mengamalkan gaya hidup sihat memandangkan kurikulumnya menitikberatkan kehidupan sihat bermula peringkat bayi hingga usia emas.
"Melalui kursus ini, pelajar dilatih menjadi seorang profesional yang mampu membuat penilaian kecergasan, kaunseling, perskripsi senaman dan kepemimpinan dalam bidang kecergasan berkaitan kesihatan,
"Pelajar juga berkeupayaan mengurus dan mengendali kemudahan serta peralatan gimnasium atau pusat kecergasan selain program promosi kesihatan dan kecergasan," katanya.
Muhd Zamly berkata, apabila menamatkan pengajian kelak, pelajar boleh menceburi kerjaya sebagai fisiologi senaman, ahli biomekanik, ahli psikologi senaman, pemakanan sukan, jurulatih sukan, perunding senaman dan kecergasan.
Katanya, pelajar kolej itu juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah dalam bidang sains sukan di universiti tempatan atau luar negara seperti United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.
"Bagi kemasukan Januari 2008, KIST mensasarkan pengambilan 500 pelajar baru termasuk 200 orang untuk mengikuti Diploma Sains Kesihatan dan Kecergasan," katanya.
Sejak ditubuhkan 2005, KIST kini mempunyai 1,500 pelajar dari seluruh negara, menawarkan program diploma dalam bidang kritikal seperti pembantu perubatan, kejururawatan dan radiografi, di samping psikologi, pengajian syariah dan sains komputer.
Pelajar KIST boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Mara. Bagi meringankan beban pelajar, KIST memberi sumbangan RM100 sebulan melalui Yayasan KIST kepada pelajar kursus Pembantu Perubatan dan Diagnostik Radiografi.
Di samping itu, keistimewaan turut diberikan kepada pelajar Sabah dan Sarawak ditaja Mara yang turut menikmati kemudahan tiket penerbangan percuma bernilai RM2,000 seorang.
Muhd Zamly berkata, KIST akan membuka kampus cawangannya di Kuala Berang, Terengganu, mulai Jun tahun depan.
Cetak artikel |
HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
320 pembantu perubatan, jururawat di kem PLKN
Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 19 Nov. – Kementerian Kesihatan akan menempatkan seramai 320 pembantu perubatan dan jururawat di semua 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 29 Disember ini bagi memastikan tahap kesihatan para pelatih terjamin.
Menterinya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, sejajar dengan keputusan tersebut, setiap kem PLKN akan mempunyai tiga hingga empat orang pembantu perubatan dan jururawat terlatih yang bertugas pada setiap sesi program itu berlangsung.
‘‘Susulan daripada mesyuarat hari ini, pihak kementerian bersetuju untuk meminjamkan kakitangan kami untuk tempoh jangka pendek bagi memperkukuhkan tahap dan penjagaan kesihatan pelatih.
‘‘Bagaimanapun, pihak kami membuat keputusan sekiranya seorang pelatih itu jatuh sakit dan tidak pulih selepas 24 jam, dia seharusnya dirujuk kepada hospital yang berhampiran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama dengan Pengerusi PKLN, Tan Sri Lee Lam Thye bagi membincangkan isu perkhidmatan kesihatan di PLKN di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pusat Khidmat Negara, Jamaluddin Masrin.
Program PLKN kali ini akan menerima 110,000 pelatih di seluruh negara dan dibahagikan kepada tiga sesi yang setiap satunya mengambil masa selama tiga bulan.
Kesemua pelatih telah dimaklumkan mengenainya menerusi surat yang dihantar sejak semalam.
Soi Lek memberitahu, kementeriannya akan mengadakan satu siri latihan dan pendedahan selama dua hari kepada 320 kakitangan itu dalam tempoh terdekat ini.
‘‘Mereka perlu diberikan latihan dan pendedahan supaya tahu tentang keadaan dan apa yang harus dilakukan selama tempoh berkhidmat di kem tersebut,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pelatih dan juga komandan PLKN supaya tidak merokok sepanjang berada dalam kem masing-masing.
‘‘Saya tahu bahawa kem PLKN adalah kawasan larangan merokok dan sebagai pemimpin, pelatih dan komandan kem seharusnya menunjukkan teladan baik dengan tidak merokok di hadapan peserta,” tambahnya.
Pada sidang akhbar yang sama, Lam Thye memberitahu, beliau akan mengemukakan cadangan untuk mempunyai anggota perubatan sendiri dalam mesyuarat Majlis PLKN dan Jabatan PLKN pada 13 Disember ini.
‘‘Ia satu cadangan yang baik dan saya akan kemukakan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.
HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Forum utusan 3.12.07
Kami mohon elaun kritikal
KAMI ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai elaun kritikal yang diberikan oleh pihak kementerian untuk pihak-pihak tertentu sahaja.
Mengapa tidak diselaraskan kepada semua kakitangan jabatan kesihatan? Mengapa hanya sesetengah pihak sahaja yang memperolehnya?
Mengapa pembantu perawatan kesihatan jururawat masyarakat, juru X-ray, juruteknologi makmal perubatan, jururawat gigi dan beberapa jawatan sokongan lain di jabatan kesihatan tidak dipertimbangkan?
Adakah kami juga, perlu berjuang seperti pembantu perubatan U29 dan jururawat U29 selama berbelas tahun? Adakah suara kami tidak cukup kuat untuk didengari oleh pihak atasan?
Adakah elaun kritikal yang diberikan kepada anggota yang berisiko tinggi dalam kerjanya sahaja, sedangkan kami juga daripada kalangan berisiko tinggi?
Pembantu perawatan kesihatan adalah orang pertama yang akan menerima sebarang risiko yang besar kerana mereka yang akan memandikan pesakit dan menjaga pesakit yang berisiko tinggi berpenyakit berjangkit seperti kusta, HIV, hepatitis dan sebagainya.
Manakala jururawat masyarakat pula dikatakan pembantu kepada jururawat dalam memberikan ubat dan suntikan kepada pesakit daripada kumpulan berpenyakit berisiko di samping terdedah kepada bahaya sekiranya mereka ini tercucuk jarum ketika merawat pesakit berkenaan.
Juru X-ray lagi berisiko tinggi kerana sering terdedah kepada radiasi sinar-X yang mungkin menyebabkan mereka terdedah kepada kanser yang boleh mengakibatkan maut.
Kebanyakan daripada kami, lebih terdedah kepada risiko yang merbahayakan nyawa jika kami mengendalikan pesakit yang berisiko tinggi.
Namun kami gagahkan juga, demi berkhidmat untuk rakyat. Ada di antara kami yang telah dijangkiti penyakit berbahaya ini dan ada juga di antaranya yang telah menghidapi kanser akibat terdedah dengan bahan kimia serta radiasi terlampau.
Ini kerana kami hanyalah kakitangan sokongan sahaja, jika ada apa- apa yang berlaku kepada kami maka tiada sesiapa pun yang akan prihatin, hanya sesama kami sahaja yang memahami keadaan yang perlu kami lalui.
Secara kesimpulannya kami sebagai kakitangan jabatan sokongan kesihatan juga berisiko tinggi, cuma kami bekerja di belakang tabir sahaja. Kami juga berkhidmat untuk negara memperjudikan nyawa kami. Tapi pengorbanan kami tidak dilihat kerana suara kami yang perlahan.
Justeru, kami berharap agar pihak tertentu dapat melihat risiko yang perlu kami tanggung dalam berkhidmat kepada rakyat dan negara.
Diharapkan elaun kritikal yang diberikan adalah secara adil dan saksama bagi semua pihak yang terlibat. Kami mohon pihak kementerian memberi perhatian terhadap masalah ini untuk kesejahteraan semua.
– TOLONG KAMI
Kuala Lumpur.

Oleh NORILA DAUD (Utusan Malaysia 26.12.2007)
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Lima lagi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal akan diberikan kepada kakitangan awam termasuk Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa 1 Januari 2008.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, empat lagi perkhidmatan baru itu ialah pegawai kawalan trafik udara, pembantu perubatan, pembantu teknik kapal terbang dan penolong pegawai kawalan trafik udara.
Katanya, untuk kumpulan pengurusan dan profesional, kadar bayaran insentif perkhidmatan kritikal adalah sebanyak lima peratus daripada sebulan gaji pokok.
Bayaran insentif kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, pensyarah perubatan, pensyarah pergigian, pensyarah universiti (farmasi) dan pensyarah UiTM (farmasi) adalah RM750 sebulan tanpa mengikut gred.
“Bagi perkhidmatan kritikal untuk kumpulan sokongan ialah 10 peratus daripada gaji pokok sebulan kecuali bagi jururawat dalam kumpulan sokongan adalah 15 peratus daripada gaji pokok sebulan,” katanya.
Beliau memberitahu demikian dalam satu surat pekeliling perkhidmatan bilangan 17 tahun 2007 bertajuk ‘‘Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal’’ yang dikeluarkan pada 11 Disember lalu.
Sebelum ini, 31 skim perkhidmatan dalam senarai perkhidmatan kritikal menerima insentif itu.
Surat pekeliling itu juga menyatakan, 10 peratus daripada sebulan gaji pokok secara khas untuk penyandang kepada jururawat dalam kumpulan pengurusan dan profesional akan diberikan kepada yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan jururawat bersepadu mengikut surat JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SKI(9) bertarikh 24 Mei 2005.
Dalam surat pekeliling itu, Ismail memberitahu, kerajaan memutuskan demikian setelah mengambil kira tahap kritikal perkhidmatan yang tinggi bagi menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan untuk melaksanakan program-program pembangunan.
Dalam pada itu katanya, dua skim perkhidmatan dan satu disiplin iaitu ketukangan digugurkan daripada senarai perkhidmatan kritikal sedia ada kerana tidak mencapai tahap kritikal yang ditetapkan.
Bagaimanapun menurut beliau, bagi skim perkhidmatan pegawai ehwal ekonomi, selain daripada dikekalkan pemberian kepada mereka yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), ia turut dipanjangkan kepada pegawai di Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Surat pekeliling itu turut menjelaskan mengenai skim perkhidmatan pengajar dengan pemberian insentif yang sama dipanjangkan kepada pembantu perubatan.
Pemberian insentif seumpama turut dipanjangkan kepada skim perkhidmatan pegawai pendidikan pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina.
Kerajaan menurut Ismail, memutuskan demikian setelah dibuat kajian semula setiap lima tahun sama ada untuk mengekal atau menarik balik pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan empat kriteria.
Empat kriteria itu ialah peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan ekonomi negara, kedudukan persaingan dalam pasaran buruh, kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan serta keadaan persekitaran tempat kerja.

Cacat anggota sulit
Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my
Kulit mengeras, radang, gatal serta sakit ketika melakukan hubungan seks
KUALA LUMPUR: Memalukan tapi menakutkan! Hampir 1,000 aduan diterima daripada lelaki yang menderita pelbagai komplikasi pada kemaluan selepas menerima suntikan minyak kayu cendana daripada ‘doktor kaki lima’ yang kononnya boleh membesarkan saiz alat sulit.
Lebih malang, ada mangsa membayar sehingga RM1,500 untuk menerima suntikan itu yang kemudian hanya membuatkan mereka menderita kesakitan dan berisiko hilang keupayaan melakukan hubungan seks untuk selama-lamanya!
Pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi, mendedahkan penggunaan minyak kayu cendana bermula di Kepulauan Borneo, terutama Sabah dan Brunei, tetapi kini merebak ke Semenanjung Malaysia dengan ramai mangsa dari Pantai Timur dan Lembah Klang.
“Saya mula mendapat tahu mengenai penggunaan minyak ini tiga tahun lalu menerusi seorang pesakit saya dari Brunei. Saya terkejut apabila pertama kali memeriksa kemaluan pesakit ini. Ia kelihatan sungguh aneh.
“Lelaki itu menderita kesakitan yang amat sangat sehingga terpaksa ‘terbang’ dari Brunei untuk mendapatkan rawatan di sini,” katanya.
Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan bekerjasama dan mendedahkan punca sebenar masalahnya, tetapi apabila dipujuk kerana perkara itu penting untuk merancang kaedah rawatan, dia akhirnya mengaku menggunakan suntikan minyak kayu cendana.
Difahamkan, lelaki itu mendapatkan perkhidmatan seorang pengamal perubatan tradisional yang mengenakan caj RM112.50 untuk satu suntikan. Ketika mendapatkan rawatan, lelaki itu sudah mendapatkan 15 suntikan.
Dr Ismail berkata, sejak kes itu, beliau menerima ramai pesakit dari seluruh Malaysia yang menjadi mangsa suntikan minyak kayu cendana dengan pelbagai komplikasi dan masalah serius.
“Malah, ketika menyampaikan satu ceramah di Kota Kinabalu baru-baru ini, saya dimaklumkan seorang pakar perubatan, 600 hingga 800 lelaki di Sabah mendapatkan perkhidmatan menyuntik minyak kayu cendana daripada seorang pengamal perubatan tradisional dan semua mereka kini menghadapi masalah.
“Itu baru di Sabah, jika dicampur dengan kes di Semenanjung, jumlahnya pasti lebih. Namun, sebahagian besar mangsa masih berdiam diri kerana malu. Lebih membimbangkan, mereka mendapatkan perkhidmatan tradisional lain yang mengakibatkan masalah mereka menjadi kronik.
“Saya simpati terhadap nasib mereka yang membayar sehingga RM1,500 dengan harapan dapat menjadi lelaki ‘gagah’ tetapi berakhir dengan tragedi, malah ada yang mungkin cacat anggota sulit selama-lamanya,” katanya kepada Metro Ahad.
Dr Ismail berkata, berdasarkan maklumat diterima, kebanyakan pengamal tradisional yang menjalankan kerja menyuntik minyak kayu cendana ialah tok mudim atau pembantu perubatan.
“Taktik digunakan ialah menunjukkan anggota sulit mereka yang besar yang kononnya hasil suntikan untuk menarik perhatian pelanggan. Kadangkala mereka beri komisen kepada sesiapa yang membawa pelanggan.
“Apabila pesakit mengadu mengenai komplikasi dan masalah dihadapi, mereka mendakwa ia tindak balas biasa. Bagaimanapun, selepas memberi suntikan terakhir, mereka menghilangkan diri,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman merawat pesakit, tempat bekas suntikan biasanya lebih besar dan keras, tetapi kelewatan mendapat rawatan susulan menyebabkan masalah lebih sukar diatasi.
“Ini kerana kulit anggota sulit mengeras dan radang, sekali gus berasa gatal. Jika digaru, ia menjadi sopak dan anggota sulit kelihatan hodoh serta menakutkan.
“Sebahagian besar mangsa juga mendapati bukan saja zakar, tetapi tundun dan kerandut mereka membesar akibat suntikan minyak kayu cendana. Ini mengakibatkan mereka sukar bersetubuh dengan selesa,” katanya.
Dr Ismail berkata, zakar mereka juga menjadi pendek walaupun kelihatan besar, dan ini menyebabkan ia tidak dapat masuk sepenuhnya ke dalam faraj ketika mengadakan hubungan seks.
“Ini menghilangkan kenikmatan dan hanya menyakitkan kedua-dua pihak. Selepas ‘bersama’ pula, bahagian yang bengkak kelihatan lagi besar dan menyakitkan untuk beberapa hari,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan lelaki supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan mengenai proses pembesaran zakar yang mereka lihat, sama ada iklan haram atau iklan dalam Internet yang kini berleluasa. Emel Artikel Cetak Artikel

Ruangan Surat Pembaca BH 22.3.08
Pekerja perubatan PLKN tiada elaun
[url=mailto://][/url]
SAYA adalah kakitangan perubatan dari Kementerian Kesihatan yang menerima arahan untuk berkhidmat di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), berikutan timbul masalah kesihatan pelatih yang didedahkan media sebelum ini.
Kami menerima tugas itu dan melaksanakannya sebaik mungkin. Persoalan kini, saya tidak boleh menuntut bayaran elaun lebih masa ketika bertugas di PLKN. Bagaimanapun, ada pula rakan saya di negeri lain yang berkhidmat di PLKN dibenarkan menuntut elaun lebih masa.
Ini yang menjadi kemusykilan saya. Siasatan saya mendapati, ada Jabatan Kesihatan Negeri cuma memberi cuti untuk kerja lebih masa. Memandangkan kakitangan tidak cukup, cuti berkenaan tidak boleh diambil.
Ada juga Jabatan Kesihatan cuma membenarkan membuat tuntutan selepas waktu pejabat dari jam 5 petang hingga 10 malam saja dan ada juga yang membenarkan tuntutan elaun lebih masa jika ada kes.
Saya dan rakan lain bekerja selama 24 jam kerana program PLKN biasanya, sepanjang hari dan pada waktu malam, sebelum pelatih tidur. Apabila masalah kesihatan timbul selepas tengah malam atau awal pagi, kakitangan kesihatan perlu mengendalikan kes berkenaan.
Kes tuntutan elaun lebih masa perlu diselesaikan segera oleh pihak Kementerian Kesihatan atau Jabatan Latihan Khidmat Negara, bagi memberi sedikit ganjaran kepada mereka yang turut memberi sumbangan kepada kesejahteraan pelatih PLKN. PP PAHANG

Kakitangan Hospital Mersing Tak Mesra (BH 23.4.08)
Kakitangan Hospital Mersing tak mesra SAYA sering membaca laporan mengenai perkhidmatan di hospital kerajaan yang kurang memuaskan, namun masih banyak hospital yang mengamalkan piagam pelanggannya. Apa yang ingin saya paparkan bukanlah bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi mengharapkan agar budaya mesra pelanggan dan bersopan santun dapat dipraktikkan. Minggu lalu, adik saya diserang demam panas, badannya menggigil kuat dan tekaknya berdarah. Melihat keadaannya, dia dibawa ke klinik swasta, tetapi doktor menyarankan agar lebih baik adik saya dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sampai di kaunter wad kecemasan, jururawat yang bertugas langsung tidak mesra pelanggan dan melayan secara 'acuh tak acuh'. Ketika masuk untuk mendapatkan rawatan pula, adik saya ditertawakan kerana badannya yang menggigil kuat. Walaupun mengharapkan agar adik diperiksa doktor, tetapi memandangkan doktor bertugas perlu menghadapi pesakit yang lebih kritikal, Pembantu Perubatan yang mengambil alih pula sering kali bertanyakan adik saya soalan yang tidak sepatutnya dan bersikap kurang mesra. Tanpa membuat pemeriksaan yang sepatutnya (langsung tidak memeriksa tekak adik yang berdarah), kakitangan itu mengatakan adik saya tidak mengalami apa-apa sakit pun melainkan 'stress' saja. Persoalannya, adakah gejala yang dialami adik saya seperti badannya yang sangat panas, menggigil kuat dan tekaknya yang berdarah itu dikategorikan sebagai stress? Paling menghairankan, kakitangan berkenaan meminta adik saya balik saja ke rumah, membeli set karaoke dan berkaraoke saja di rumah bagi menghilangkan stress. Sebelum keluar dari bilik pemeriksaan, kakitangan itu memaklumkan dia tidak tahu hendak memberi ubat sebaliknya memberikan adik saya 'Panadol' saja. Bukan ubat yang saya pertikai, tetapi kata-kata mereka yang seolah-olah mempersendakan pesakit. Adik saya bukan mengharapkan layanan berlebihan tetapi biarlah sekurang-kurangnya penyakit adik dapat dikesan lebih awal seandainya dia menghidapi penyakit lain yang mungkin berbahaya seperti denggi. MAWAR UNGU, Segamat, Johor.

Utusan Malaysia m/s 14 10 mei 2008 Pembantu hospital menyamar peguam didakwa PETALING JAYA 9 Mei - Seorang pembantu hospital dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan, memperdayakan seorang pengurus besar syarikat kewangan supaya mempercayai kononnya dia ialah peguam dalam usaha mendapatkan pinjaman RM30,000. D. Manoharan, 48, dari Taman Sri Kelana Jaya, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izralizam Sanusi. Pertuduhan pertama, Manoharan didakwa menipu Ng Chong Ching, 31, dengan memperdayakan mangsa supaya mempercayai dirinya seorang peguam dalam usaha mendapatkan pinjaman RM30,000. Bagi tujuan tersebut, Manoharan didakwa telah menyerahkan sekeping cek Public Bank bernombor 689516 sebagai pembayaran pinjaman namun akaun tersebut sebenarnya telah ditutup. Manoharan mendakwa kononnya dia dari firma guaman K. Ciladass & Partners yang berpejabat di 8A-4, Tingkat 3, Jalan 14/20 di sini, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2.30 petang, 29 Mei 2006. Pertuduhan kedua, dia juga didakwa telah membuat representasi yang salah dengan mengatakan dirinya seorang peguam dan mengemukakan sijil amalan guaman serta surat pengesahan dari firma guaman tersebut. Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan tujuan, Chong Ching mempercayai dirinya dan seterusnya memberikan pinjaman yang dipohon. Pegawai pendakwa, Cif Inspektor P. Ravi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Manakala Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang turut dihadapi tertuduh, memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 465 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda. Izralizam membebaskan Manoharan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Ogos depan.
zatie- STAFF PEMUDAH CARA
- Jawatan : Paramedik
Gender :
Jumlah Post : 334
Umur : 55
Tarikh Register : 04/10/2006
Reputation : 25
Points : 6704
Character sheet
Mutiara Kata saya: Semuanya Istimewa!!
Re: PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI DALAM AKHBAR
Layanan mesra Klinik Kesihatan Singai dipuji
SERING kali, ruangan ini mendedahkan rungutan pelanggan mengenai masalah ketika menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan.
Namun saya ingin melahirkan penghargaan terima kasih di atas layanan cemerlang diberikan pembantu perubatan ketika saya dan isteri mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Singai, Bau, Sarawak, pada 23 April lalu.
Untuk makluman, kami berdua (suami-isteri), tiba di klinik itu seawal 8 pagi dan pesakit pertama mendapat layanan seawal 8.05 pagi. Isteri saya mula dipanggil pada 8.30 pagi dan saya menyusul setengah jam kemudian. Di klinik itu, setiap pesakit mendapat layanan dan pemeriksaan pada kadar setengah jam seorang.
Pada mulanya, saya tertanya-tanya mengapa begitu lambat untuk kita menunggu sehingga 30 minit namun apabila tiba giliran saya mendapatkan rawatan barulah terjawab persoalan berkenaan.
Kakitangan berkenaan bukan saja memeriksa dan memberi rawatan, tetapi pertanyaan dan perbualan yang begitu mesra, sopan dan beradab membantu mengurangkan rasa kesakitan dialami. Tidak melampau kalau saya katakan bahawa layanan mesra beliau juga boleh membantu meringankan kesakitan ditanggung pesakit.
Saya rasa kalau semua pembantu perubatan atau pekerja perubatan mempraktikkan layanan mesra, pastinya semua sakit akan berasa kurang sakit dan semangat pesakit untuk sembuh pun akan tinggi.
BANGES MUNGA,
Bau, Sarawak.
(Berita harian 10.05.2008)

The Star Disember 2008
How NS carries out medical examinations
IN response to the statement in The Star on Nov 17 attributed to the director-general of the National Service training department, the Health Ministry would like to make the following clarifications:
Since the inception of the NS programme the Ministry has been in the forefront examining all trainees who have made a declaration in their medical forms of any presenting signs or symptoms or any underlying diseases.
Medical examination will be done by doctors in the Ministry’s clinics to certify whether the candidates are fit to undergo training, prior to reporting to the PLKN camps.
For each intake, more than 50% of all trainees are examined. We would like to reiterate that routine medical examination will not uncover all illnesses.
The PLKN training camps have each been equipped with a clinic. They are manned by paramedics i.e. assistant medical officers and nurses from the Ministry and the medical orderlies and community nurses from the Defence Ministry.
There are no doctors stationed permanently in the camps. However, visiting doctors provide services to the camps from the nearest Health Ministry or Defence Ministry clinics, for case referral, supervision and training.
To ensure there are no slip ups, the forms are screened again by the paramedics as soon as the trainees are registered with the PLKN camps.
The trainees who require medical examination will be referred to the nearest health clinic with doctors or to the nearest hospital.
This is also true for trainees who are suspected to be unfit, despite their self-declaration of fitness, but deemed unfit by the paramedics.
These arrangements are made to ensure that trainees who are unfit will be exempted from attending part or the whole programme, and those who are fit and registered continue to be monitored to ensure successful completion of the training programmes.
TAN SRI DR MOHD ISMAIL MERICAN,
Director General of Health, Malaysia

Penolong Pegawai Perubatan direman lima hari lagi
Metro 29/9.09
KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menyambung tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penolong pegawai perubatan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pesakit mental lelaki dalam satu kejadian amuk di Wad Psikiatrik di Hospital Hulu Terengganu 20 Oktober lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan, berkata penolong pegawai perubatan berusia 28 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian, selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada hari berkenaan.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa seorang pesakit mental berumur 50 tahun, dikatakan tiba-tiba mengamuk dan
bertindak menumbuk muka penolong pegawai perubatan ketika diminta untuk menukarkan baju bagi mendapatkan rawatan lanjut di HSNZ.
Ekoran itu, lima pesakit lain yang turut berada di wad berkenaan cuba
meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan
mangsa terjatuh ke lantai lalu pengsan dan dikejarkan ke HSNZ.
"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada 21 Oktober dan laporan bedah siasat pakar forensik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu mendapati pesakit itu meninggal dunia disebabkan retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-
Bernama

Similar topics
» Penolong Pegawai Perubatan Satu Rujukan PA di USA.
» Nota Untuk Penolong Pegawai Perubatan (AMO)
» skop pekerjaan penolong pegawai perubatan
» Pemangkuan Penolong Pegawai Perubatan U29 ke U32 2010
» senarai nama pertukaran penolong pegawai perubatan
» Nota Untuk Penolong Pegawai Perubatan (AMO)
» skop pekerjaan penolong pegawai perubatan
» Pemangkuan Penolong Pegawai Perubatan U29 ke U32 2010
» senarai nama pertukaran penolong pegawai perubatan
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Kumpulan Paramedik :: Penolong Pegawai Perubatan :: Berita Terkini Warga Penolong Pegawai Perubatan
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak