FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Islam benar guna darah tali pusat

Go down

Islam benar guna darah tali pusat Empty Islam benar guna darah tali pusat

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 9:25 am

Islam benar guna darah tali pusat

Islam benar guna darah tali pusat 07329bayi02


- copy from utusan online

MUKADIMAH
KEPESATAN Kemajuan sains perubatan telah mewujudkan pelbagai teknologi bagi mengubati pelbagai penyakit khususnya yang kritikal.
Penemuan terkini ialah penggunaan sel stem atau lebih dikenali sebagai sel induk atau tunjang bagi merawat penyakit berkaitan darah seperti leukemia serta talasemia.
Secara umumnya terdapat dua punca sel stem iaitu daripada tulang sum-sum dan terbaru daripada tali pusat bayi baru lahir.
Ekoran itu, kini berlaku perkembangan industri menyimpan darah tali pusat bayi yang dikatakan kaya dengan kandungan sel stem dalam satu bank khas dan Malaysia antara negara terlibat.
Persoalannya adakah industri menyimpan darah tali pusat bayi merupakan satu perniagaan yang beretika dan bagaimana pula dengan keperluan undang-undang bagi memastikan industri itu tidak disalahgunakan.
Kemungkinan juga golongan ibu bapa tidak mendapat maklumat yang tepat dan akhirnya mereka mudah terpedaya dengan ejen pemasaran syarikat terbabit.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas wartawan Utusan Malaysia, SAIFULIZAM MOHAMAD dan HANIZA HASSAN telah menemubual beberapa pihak untuk mengupas beberapa persoalan yang timbul.
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Islam tidak menghalang penggunaan bahan yang pada asalnya najis bagi tujuan perubatan kerana ia tergolong dalam perkara darurat.
Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam amat fleksibel tentang isu tersebut iaitu berdasarkan kepada keperluan dan fungsinya sebagai penawar bagi mengatasi penyakit seseorang dan bukannya atas sebab lain.
Beliau berkata, atas asas itu Islam membenarkan perpindahan darah daripada seorang kepada seorang yang lain dan begitu juga dengan pendermaan organ.
“Seperti darah, sekiranya ia telah dikeluarkan dari tubuh, sifatnya akan bertukar menjadi najis. Bagaimanapun disebabkan keperluannya serta berlaku perubahan kimia apabila dipindahkan kepada orang lain untuk tujuan perubatan, penggunaannya adalah dibenarkan.
“Contoh yang saya berikan ini boleh diguna pakai kepada penggunaan darah tali pusat bayi yang mana ia turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penggunaan darah tali pusat bayi bagi tujuan perubatan.
Teknologi yang mula diperkenalkan di Malaysia sejak lapan tahun lalu itu kini semakin dikenali di kalangan rakyat di negara ini dan ada antara mereka yang menyimpan darah tersebut untuk digunakan pada masa akan datang sekiranya anak mereka sakit.
Mohd. Asri berkata, isu yang sama turut melibatkan penggunaan baja terhadap pokok buah-buahan iaitu sifat asal baja tersebut adalah najis.
“Namun begitu buah yang dihasilkan tidak najis. Memang baja itu najis tetapi disebabkan berlaku perubahan kimia ketika ia meresap pada pokok telah menyebabkan sifat najis itu berubah,” katanya.
Ditanya mengenai fleksibel dalam Islam terutama berkaitan penggunaan bahan najis untuk tujuan perubatan beliau menjelaskan, fleksibel dan darurat mempunyai kaitan yang amat rapat.
“Dengan mengambil dua faktor itu Islam tidak ada halangan bagi seseorang untuk menggunakan bahan yang pada asalnya najis untuk dijadikan sebagai ubat atau penawar.
“Apa-apa bahan sekali pun pada peringkat asal ia adalah najis tetapi atas faktor manfaatnya untuk manusia, penggunaannya adalah dibenarkan. Ini merupakan keistimewaan yang ada dalam Islam,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau menegur masyarakat Islam yang hanya tahu menimbulkan persoalan adakah perkara itu halal atau haram tanpa berusaha membuat kajian untuk mendapatkan penawar bagi sesuatu penyakit.
“Saya kira sudah sampai masanya pakar kita membuat kajian mengenai penawar bagi penyakit kronik supaya kita tidak lagi bergantung kepada kepakaran masyarakat Barat.
“Bagi saya daripada kita sibuk membicarakan soal halal dan haram lebih baik ada di kalangan pakar kita turut sama terbabit mencari jawapan bagi mengatasi masalah penyakit tersebut,” ujarnya.


Last edited by on Tue 14 Aug 2007, 9:29 am; edited 1 time in total
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Islam benar guna darah tali pusat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Islam benar guna darah tali pusat Empty Re: Islam benar guna darah tali pusat

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 9:26 am

Sel stem boleh bentuk pelbagai jenis sel


- copy from utusan online

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia antaranya seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan semua jenis sel.
Melalui sel stem tersebut satu kaedah telah ditemui dalam usaha untuk mengubati beberapa penyakit khususnya yang berkaitan dengan darah.
Ekoran kelebihan yang dimiliki itu menyebabkan sel yang didapati pada tali pusat bayi itu mendapat permintaan tinggi dan ada kalangan ibu bapa yang sanggup menanggung kos tinggi untuk menyimpan stem sel dari darah tali pusat anak mereka sebagai satu bentuk ‘insurans’ sekiranya ia diperlukan pada masa depan.
Ketua Pegawai Perubatan CellSafe Intenational (CSI) Sdn. Bhd., Dr. Gong Swee Kim berkata, rawatan menggunakan sel stem merupakan satu terapi yang berkeupayaan menjana atau menggantikan sel berpenyakit dengan sel baru yang sihat serta boleh berfungsi.
Disebabkan perkembangan itu, katanya, beberapa syarikat ubat di seluruh dunia mula meneroka bidang terapi sel stem sebagai alternatif untuk mengubati penyakit yang tidak mampu dirawat dengan ubat.
“Sel stem biasanya berada dalam sum-sum tulang dan ia amat sukar untuk diperoleh. Berdasarkan sejarah sains sel stem, penggunaan sel stem telah dilakukan buat julung kalinya pada tahun 1969 iaitu untuk merawat pesakit leukemia,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut beliau, teknik tradisional pengambilan sum-sum tulang amat menyakitkan dan tidak ramai yang sanggup melakukannya.
Hari ini, kata Swee Kim, pengambilan sel stem dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan tidak lagi menyakitkan iaitu melalui kaedah mendapatkan darah tali pusat bayi baru lahir.
Ujarnya, proses pengumpulan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tidak juga berisiko kepada bayi atau ibunya kerana ia dilakukan hanya pada tali pusat setelah bayi dilahirkan.
“Perkembangan kemajuan sains biologi perubatan dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini telah menemui bahawa tali pusat bayi yang dilahirkan amat kaya dengan sel stem,” katanya.
Beliau berkata, pada kebiasaannya jumlah darah tali pusat yang boleh diambil ialah antara 60 hingga 120 milimeter.
“Sel stem (darah tali pusat) ini boleh disimpan dan istimewanya ia juga boleh merawat adik-beradik dalam keluarga tersebut.
“Leukemia dan talasemia yang serius merupakan penyakit yang paling berkesan untuk disembuhkan melalui kaedah ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sel stem daripada darah tali pusat pertama kali digunakan dalam pemindahan darah adalah di Perancis pada tahun 1988 yang melibatkan penyakit Fanconi anemia.
Tiga tahun selepas itu, ia digunakan untuk pemindahan penyakit leukemia mielogenus kronik.
Selain pengambilannya yang tidak menyakitkan berbanding tulang sum-sum, sel stem dari darah tali pusat mempunyai beberapa lagi keistimewaan iaitu ;
* Ia lebih muda dan segar berbanding sel stem orang dewasa.
* Sel baru yang terhasil mungkin mengandungi kurang kuman seperti Cytomegalo Virus (CMV) dan Epstein-Barr Virus IEBV).
* Kemungkinan berlaku penolakan kepada penerima jauh lebih rendah.
* Boleh disimpan dalam bank tali pusat untuk jangka masa yang lama. Ia juga boleh digunakan apabila diperlukan.
Selain diri sendiri, adik-beradik merupakan antara mereka yang boleh menggunakan sel stem tersebut.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Islam benar guna darah tali pusat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Islam benar guna darah tali pusat Empty Re: Islam benar guna darah tali pusat

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 9:27 am

Sheila simpan sel stem anak keempat


- copy from utusan online

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Penyanyi terkenal tanah air, Sheila Majid adalah antara selebriti yang menggunakan khidmat bank khas untuk menyimpan sel stem daripada darah tali pusat anak keempatnya, Khalefa Laila Murshim Hashridz Murshim, 3 bulan.
Sheila berkata, beliau mengambil keputusan untuk menyimpan sel stem tersebut di sebuah bank khas swasta sebaik sahaja Khalefa dilahirkan.
Ujarnya, apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu bentuk persediaan sekiranya berlaku sesuatu ke atasnya sekeluarga.
“Saya tidak minta perkara ini berlaku tetapi dengan adanya sel stem ini sekurang-kurangnya saya ada satu alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Walaupun kita mempunyai banyak wang, tetapi harus diingat, wang tidak boleh membeli segala-galanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambah Sheila, golongan ibu bapa harus menyokong bank khas itu selagi ia memberi kebaikan dari segi perubatan.
Menceritakan pengalamannya, ibu kepada empat orang cahaya mata itu memberitahu, beliau mengetahui kaedah berkenaan ketika mengandung anaknya yang ketiga, Khadeja Zaireen Murshim.
“Memandangkan Khadeja dilahirkan awal dari tarikh jangkaan, kami tidak sempat untuk menyimpan darah tali pusatnya,” katanya lagi.
Sementara itu seorang lagi selebriti tanah air, Vanida Imran turut sependapat dengan Sheila bahawa sel stem ini penting untuk masa depan.
“Saya diberitahu bahawa sel stem ini boleh digunakan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada anak-anak kita.
“Saya merancang untuk menyimpan sel stem ini untuk anak saya yang akan datang,” katanya.
Pelakon yang lebih mesra dipanggil Vee turut mengakui yang beliau lambat mengetahui tentang kaedah itu.
“Saya mengetahui kaedah ini ketika sarat mengandungkan anak kedua dan waktu itu sudah tidak sempat untuk berbuat apa-apa,” kata isteri kepada pelakon drama terkenal, Rashidi Ishak.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Islam benar guna darah tali pusat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Islam benar guna darah tali pusat Empty Re: Islam benar guna darah tali pusat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum