FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang

Go down

Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang Empty Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 6:53 pm

Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang


Lebih membanggakan, penemuan-penemuan terbabit tidak hanya terhad
kepada institusi perubatan luar negara semata-mata, tetapi turut
menular kepada institusi perubatan tempatan.
Di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini misalnya, dua doktor
yang pakar dalam bidang hematologi dengan dibantu oleh para kakitangan
yang terlatih dalam bidang ini berjaya menggunakan kaedah terbaru bagi
merawat pelbagai penyakit yang dikategorikan di bawah kelompok kanser
darah.
Dr. Ng Soo Chin ketika pelancaran Program Pemindahan Sum-Sum dan Sel
Stem Darah di SJMC baru-baru ini berkata, SJMC merupakan hospital
swasta pertama di negara ini dan kedua di Asia yang menawarkan kaedah
rawatan seumpama ini dan ia merupakan satu penghargaan kepada pusat
perubatan berkenaan.
"Ini adalah penghargaan terutamanya kepada pasukan yang terlibat menjayakan program rawatan ini,'' katanya.
Selain beliau, turut terlibat ialah seorang lagi pakar hematologis,
Dr. Allan Teh dan sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada jururawat
terlatih, pakar farmasi, pakar pemakanan, koordinator pemindahan dan
ahli teknologi makmal.
Program yang mula diperkenalkan pada tahun 1997 tetapi mula
beroperasi secara rasmi pada September tahun ini, akan membantu
penghidap-penghidap kanser darah menjalani satu bentuk rawatan yang
diyakini mempunyai peratus kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan
pemindahan sum-sum tulang.
Menurut Dr. Ng, di bawah program ini, penggunaan sel stem darah
periferi akan menggantikan penuaian atau pengambilan sel stem sum-sum
tulang.
"Kaedah ini lebih efektif kerana ia tidak memerlukan bius am dan
mempercepatkan penunasan sel stem sekali gus memendekkan tempoh rawatan
pesakit di hospital dan mengurangkan komplikasi semasa pembedahan,''
ujar beliau.
Kaedah rawatan di bawah program ini terbahagi kepada beberapa
proses, iaitu mobilisasi, apheresis, proses infusi semula dan proses
penanaman.
Bagi proses Mobilisasi, ia bermula dengan pemberian ubat khas kepada
pesakit dan terapi kemo, bertujuan merangsang tubuh untuk membentuk sel
stem lebih dari biasa dan mengalirkannya terus ke dalam darah periferi.
Sel ini kemudiannya akan diambil dan dibekukan untuk pemindahan.
Ubat khas berkenaan yang dikenali sebagai 'faktor pertumbuhan'
seterusnya akan diberikan menerusi suntikan di bawah kulit
(intradermal) setiap hari selama seminggu.
Terapi kemo yang lazim diberikan pada hari kelapan hingga hari
kesebelas rawatan bertujuan menyediakan diri pesakit dengan pemindahan.
Ia diberikan untuk memusnahkan sel malignant di dalam tubuh,
bagaimanapun beberapa kesan sampingan ke atas rambut, kulit, usus,
mulut dan hati mungkin akan berlaku kepada pesakit.
Proses apheresis pula merupakan proses pengambilan sel stem. Semasa
apheresis, sedikit darah pesakit akan diambil melalui salah satu dari
'lumen katerer' dan akan dipusingkan ke dalam mesin.
Ini akan menyebabkan sel-sel dari berlainan jenis terkumpul dan sel
stem akan disalirkan ke dalam beg kutipan. Sel-sel yang lain serta
cecair akan bercampur semula dan kembali ke aliran darah melalui lumen
katerer yang berlainan.
Sepanjang prosedur ini, pesakit akan menerima ubat melalui mesin
untuk mencegah pembentukan darah beku semasa sel dan cecair dicampur
untuk dikembalikan semula ke dalam aliran darah.
Seterusnya sel stem pesakit akan diproses dan dibekukan di dalam makmal khas di hospital, sehinggalah hari pemindahan.
Sepanjang tempoh pemindahan, pesakit akan menerima sejumlah ubatan
secara intravena dan transfusi darah. Alat khas yang dikenali sebagai
kateter perlu dimasukkan ke dalam vena untuk melindungi vena pesakit
dari menjadi lebam dan ia akan diletakkan di bawah tulang selangka.
Selepas terapi kemo yang lengkap, sum-sum tulang dan sel stem akan
dikembalikan ke tubuh melalui kateter yang dipasang. Sum-sum atau sel
stem yang telah dibekukan sebelum ini akan diberikan secara intravena
seperti transfusi darah apabila ia telah dinyahbekukan dengan air suam.
Semasa proses infusi mula berjalan, jururawat akan memeriksa suhu
dan tekanan darah. Dalam tempoh 24 jam pertama juga, air kencing
pesakit mungkin bertukar warna kepada merah atau gelap, kesan daripada
pigmen yang terhasil dari sel darah merah yang termusnah dan ia tidak
menyakitkan.
Tambah Dr. Ng, berikutan pemindahan semula, pesakit berisiko tinggi
untuk mendapat infeksi kerana terapi kemo yang dijalani telah
memusnahkan sel darah putih.
"Jika keadaan itu berlaku (pesakit mengalami infeksi), mereka akan
diberi antibiotik untuk melawan infeksi secara intravena untuk
mengehadkan mobiliti pesakit,'' jelasnya.
Sekiranya 'bilangan darah' pesakit mula rendah, mereka akan diberi
infusi sel darah merah dan platlet untuk membantu menstabilkan bilangan
darah sehingga sum-sum boleh berfungsi seperti biasa.
Semua produk darah berkenaan akan diskrin untuk mengurangkan risiko (GVHD), AIDS, Hepatitis B & C, virus dan sifilis.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kanser darah... darah periferi ganti sum-sum tulang Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum