FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita dan kerapuhan tulang

4 posters

Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Wanita dan kerapuhan tulang

Post by Fieza Sat 17 Jan 2009, 12:35 pm

Wanita dan kerapuhan tulang


Wanita dan kerapuhan tulang Doktor-menulis-logo

TULANG manusia berada dalam keseimbangan dinamik di mana berlakunya keadaan sel-sel membaiki dan memulihkan struktur tulang.
Kerapuhan tulang (osteoporosis) akan berlaku sekiranya kerosakan dan
kehilangan tulang berlaku lebih cepat daripada pemulihannya.
Akibatnya tulang menjadi mudah patah, rosak dan lebih sensitif.
* Rapuh
Bahan asas tulang adalah kalsium dan protein. Ada dua jenis tulang
di dalam badan kita, satu jenis padat dan satu lagi jenis berspan. Yang
jenis berspan sering kali dikesan mengalami kerapuhan seperti di tulang
belakang, pinggul dan juga pergelangan tangan.
Sebelum puan berumur 30 tahun, pembentukan dan penggantian struktur
tulang banyak berlaku dan lebih pantas dari kerosakan yang berlaku.
Tetapi selepas umur puan menjangkau 30-an, proses dinamik tulang
berubah di mana kerosakan serta pelarutan tulang lebih pantas
berbanding pemulihannya.
Walaupun begitu, tidak banyak permasalahan yang timbul melainkan
kehilangan dan pelarutan tulang menjadi terlampau teruk sehingga
membawa kepada osteoporosis. Walaupun saiz tulang berspan sama sahaja
sebelum dan selepas umur yang dinyatakan, ketumpatannya akan berbeza
dengan peningkatan usia.
Paling jelas sekali pada bahagian dinding tulang yang menipis dan
lubang-lubang pada tulang bersepan menjadi lebih besar dan melemahkan
struktur tulang. Hormon estrogen banyak memberikan implikasi pada sifat
tulang. Hormon ini memperlahankan kejadian kerapuhan tulang dan
seterusnya mengurangkan kejadian patah tulang pinggul dan kecacatan
tulang belakang.
Lazimnya dalam praktis perubatan, hormon estrogen digunakan hanya
untuk meredakan gejala-gejala kepanasan badan akibat dari menopaus.
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, kerapuhan tulang berlaku sebelum puan
mengalami menopaus.
Kerapuhan tulang biasanya memberikan kesakitan pada tulang belakang
serta sakit bila disentuh. Ketinggian puan akan menurun dan mungkin
menyebabkan pembengkokkan pada tulang belakang akibat dari kerapuhan
dan tulang pecah yang boleh membawa kepada pembongkokan badan seperti
cerita melayu lama, nenek kebayan bertongkat. Pada umur yang lanjut,
kepatahan tulang boleh mencacatkan serta merosakkan kehidupan harian
dan juga boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
* Pencegahan
Sukar untuk membentuk tulang baru setelah tulang tersebut mengalami
proses kerapuhan, jadi mencegah dari kerapuhan adalah langkah utama
yang perlu puan tekankan. Bersenamlah dengan senaman beban yang
menggunakan keseluruhan berat badan dititik beratkan seperti berjalan,
joging, menggunakan pemberat dan sebagainya. Makanan seimbang yang
mempunyai cukup kalsium dan vitamin D juga membantu. Selain itu,
terdapat juga ubat yang boleh membantu melindungi tulang dari kerapuhan.
- Bersenam
Bersenam menambahkan ketumpatan tulang sebelum menopaus dan
mengurangkan kadar kerapuhan selepas menopaus berlaku. Tulang dikuatkan
lagi oleh otot-otot yang melindungi tulang tersebut. Jika otot-otot dan
tulang berkaitan tidak digunakan seperti mana mereka yang hanya
berbaring di katil sepanjang masa (seperti mereka yang terkena strok),
tulang serta otot-otot tersebut akan melarut dan menjadi rosak serta
rapuh. Mereka yang aktif mempunyai rangka tulang yang lebih kuat serta
padat. Kebanyakan senaman aerobik juga bagus untuk jantung serta tulang.
- Pemakanan
Ramai wanita tidak mempunyai pemakanan yang seimbang dalam zat
kalsium. Kebanyakan punca kalsium datang dari makanan berteraskan
tenusu, seperti susu. Makanan lain yang mempunyai kalsium seperti
sayur-sayuran hijau, kekacang, makanan laut dan mana-mana makanan yang
diperkayakan dengan zat kalsium.
Sekiranya pemakanan puan kurang kalsium, keperluan kalsium badan
akan diperolehi dari pelarutan tulang dan lama kelamaan ini akan
merapuhkan tulang puan. Keperluan harian kalsium adalah sekitar 1,500
miligram ( g) sehari. Dengan peningkatan usia, penyerapan zat kalsium
dari usus berbeza dan ini memerlukan pengambilan zat kalsium harian
secara berkala dalam jumlah yang diperlukan.
Kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya tanpa bantuan Vitamin D. Susu
yang diperkayakan dengan vitamin D boleh membantu seperti susu bebas
laktosa. Sinaran matahari selama 15 minit sehari juga dapat membantu
kulit dalam pembentukkan vitamin D serta mengaktifkan vitamin D yang
tersimpan di dalam badan. Dengan peningkatan usia, keperluan Vitamin D
juga meningkat. Sebagai contoh, mereka yang berumur di antara 51 dan 70
tahun memerlukan Vitamin D sebanyak 10 mikrogram dan mereka yang
berumur melebihi 70, memerlukan Vitamin D sebanyak 15 g.
* Mengelakkan kecederaan akibat terjatuh
Puan memerlukan cara-cara pengendalian badan dengan kedudukan postur
yang betul. Elakkan kedudukan yang membuatkan badan puan memulas dari
paksi, membongkok serta mengangkat objek berat tanpa bantuan. Di rumah,
elakkan meletakkan barang di tempat laluan yang boleh menyebabkan puan
terjatuh seperti tikar yang licin. Pastikan juga rumah terang supaya
perjalanan serta pergerakan menjadi selesa serta jelas. Jika rumah
bertingkat-tingkat, perlu ada tempat memegang semasa naik atau turun
dari rumah.
Jalani pemeriksaan kesihatan mata dan menilai penglihatan sekiranya
puan menggunakan bantuan penglihatan seperti cermin mata. Tanyalah
doktor sama ada ubat-ubatan yang puan ambil boleh menyebabkan
ketidakseimbangan postur dan secara langsung mengakibatkan kejatuhan
yang boleh mematahkan tulang.
* Mengesan kerapuhan tulang
Puan sepatutnya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali
dan pada setiap lawatan tersebut, ketinggian puan perlu diukur.
Ketumpatan tulang diuji untuk mereka yang berumur melebihi 65 tahun
ataupun pada usia yang masih muda sekiranya mempunyai sejarah patah
tulang.
Bahagian tulang yang lazim diukur ketumpatannya adalah pergelangan
tangan, tulang belakang, paha, pinggul dan juga pergelangan tangan.
Ujian-ujian yang dijalankan memberi maklumat kesihatan tulang puan,
khasnya sama ada puan mempunyai tulang yang rapuh, kadar kerapuhan
tulang dan juga risiko kemungkinan patah tulang di masa hadapan.
Kebanyakan ujian kerapuhan tulang tidak menyakitkan serta selamat.
Di Hospital Universiti Sains Malaysia, pengukuran kerapuhan dilakukan
dengan menggunakan mesin DEXA (Dual energy X-Ray absorpitometry), dan
mesin ini mampu memberikan bacaan yang paling tepat terhadap kerapuhan
tulang dan disyorkan oleh badan kesihatan sedunia.
Jumlah sinaran-X yang diterima juga adalah kecil, lebih kecil dari
sinaran-X yang digunakan untuk mengambil imbasan dada. Kaedah lain yang
ada di hospital-hospital atau klinik-klinik lain seperti;
- Tomografi berkomputer secara kuantitatif. Kaedah ini menggunakan
kaedah imbasan tomografi berkomputer dan memberikan bacaan imbasan tiga
dimensi dan hanya sedikit sahaja jumlah sinaran diterima berbanding
dengan mesin DEXA.
- Imbasan kuantitatif menggunakan mesin ultrasound. Mesin ini
menggunakan gelombang bunyi dan bukannya sinaran-X. Ujian ini tidak
berapa tepat berbanding dengan ujian-ujian dinyatakan sebelum ini.
* Rawatan
Puan mempunyai banyak pilihan ubat-
ubatan yang boleh digunakan. Penggunaannya juga pelbagai, ada yang
perlu dimakan setiap hari, seminggu sekali atau sebulan sekali. Ada
juga yang diberikan secara suntikan. Apa juga ubat serta kaedah
pemberian, lagi awal rawatan dimulakan, lebih mujarab keberkesanannya.
Contoh ubat-ubatan yang digunakan adalah seperti;
- Bisfonat – ubat ini boleh memperlahankan kerapuhan dan juga
merawat tulang yang sudahpun rapuh dengan meningkatkan ketumpatan
tulang. Lazimnya ubat ini tidak mempunyai kesan-kesan yang tidak
diingini, ada pun bisfonat yang mula-mula dipasarkan memberikan kesan
samping seperti loya-loya, sakit perut dan juga masalah penghadaman.
- Selective Estrogen Receptor Modulator (SERM) – contoh di pasaran
adalah Raloxifene, ianya menguatkan tisu-tisu tulang. Ubat SERM ini
bagus untuk mereka yang perlukan kaedah merawat tulang tetapi tidak
mahu menggunakan kaedah perawatan hormon, contohnya seperti
wanita-wanita yang berisiko tinggi terhadap kanser payudara, wanita
yang tidak dapat bertoleransi dengan kesan samping perawatan hormon
gantian dan juga untuk wanita yang tidak mengalami gejala rungutan
keputusan hormon (menopaus).
- Perawatan hormon gantian – Penggunaan hormon gantian dapat
memperlahankan kerapuhan tulang dan bagus sekali untuk wanita yang juga
pada masa yang sama mempunyai rungutan serta gejala keputusan hormon
wanita. Selagi hormon ini diambil, selagi itulah perlindungan dari
kerapuhan tulang dijanakan.
- Pilihan-pilihan lain seperti kalsitonin, ianya boleh diberikan
secara suntikan dan juga secara semburan melalui hidung. Hormon
paratiroid juga kadangkala digunakan untuk meningkatkan ketumpatan
tulang serta mengelakkan insiden tulang patah.
Berbincanglah dahulu dengan doktor puan sebelum mana-mana kaedah
perawatan serta pencegahan digunakan. Untuk mengelakkan kadar kerapuhan
mendadak, puan juga haruslah beriadah serta bersenam, paling bagus
dengan cara berjalan-jalan sekeliling kampung ataupun rumah. Pemakanan
seimbang juga penting, pastikan zat kalsium ada dalam menu makanan
harian puan.
sumber utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Wanita dan kerapuhan tulang Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Re: Wanita dan kerapuhan tulang

Post by falci Sat 17 Jan 2009, 12:40 pm

~tak pernah tinggal minum Anlene pagi2 sebelum memulakan tugas harian...~ Smile
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Wanita dan kerapuhan tulang Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7511

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Re: Wanita dan kerapuhan tulang

Post by Fieza Sat 17 Jan 2009, 1:20 pm

ok arr tu kak falci
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Wanita dan kerapuhan tulang Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Re: Wanita dan kerapuhan tulang

Post by kamalia Fri 01 May 2009, 9:00 am

Osteoporosis - Penyakit Tulang Berperingkat

Kesedaran orang awam terhadap osteoporosis secara umumnya semakin meningkat. Lalu, tidak hairanlah banyak orang yang disahkan mempunyai masalah ini mahu mendapatkan ubat untuk menanganinya. "Sebenarnya, tidak semua orang mempunyai masalah osteoporosis perlu mendapatakan rawatan," kata Pakar Ortopedik Mont Kiara Medical City, Prof. Dr. Harwant Singh.
Menurut beliau, golongan itu ialah mereka yang sememangnya mempunyai ketumpatan tulang yang rendah jika dibandingkan dengan angka standard. "Dalam keadaan biasa, kita tidak perlu bimbang sangat mengenai penyakit ini kerana ia adalah proses yang memang berlaku apabila usia makin meningkat. Bagaimanapun, ia menjadi penyakit yang membimbangkan apabila berlaku keretakan tulang."
Menerangkan penyakit ini lebih lanjut, Dr. Harwant berkata, osteoporosis adalah sejenis penyakit tulang berperingkat yang bercirikan jisim tulang yang rendah dan kemerosotan bentuk mikro tisu-tisu tulang, yang mana ini meningkatkan kerapuhan tulang dan menyebabkan ia lebih terdedah kepada keretakan.
"Jisim tulang yang rendah dan kemerosotan mikro tisu tulang menyebabkan tulang itu kurang mampat , lebih poros, lalu lebih rapuh yang mendedahkannya kepada keretakan apabila menampung beban", tambahnya ketika menyampaikan ceramah mengenai osteoporosis di pusat berkenaan.Masalah paling biasa berkait dengan penyakit ini ialah keretakan tulang pinggul akibat terjatuh ataupun keretakan pada bahagian pergelangan tulang apabila cuba menahan badan daripada jatuh.
Osteoporosis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder. Osteoporosis primer ialah osteoporosis yang tidak diketahui asal usulnya atau disebabkan proses evolusi - yakni akibat peningkatan usia (lelaki dan wanita) dan pasca menopaus (wanita sahaja). Manakala osteoporosis sekunder pula ialah penyakit yang diwarisi (genetik dalam keluarga seperti penyakit Wilson) dan diperoleh (akibat pemakanan dan gaya hidup).Kaedah yang digunakan untuk menguji seseorang itu mempunyai osteoporosis atau tidak ialah dengan mengukur ketumpatan mineral tulang (BMD). Orang itu dikatakan mengalami osteoporosis apabila BMDnya lebih daripada 2.5 julat perbezaan (SD) BMD purata wanita muda yang sihat, dan dikategorikan sebagai osteoporosis teruk jika turut mempunyai lebih daripada satu atau dua keretakan. Seseorang itu dikatakan normal bila BMDnya lebih daripada 1 SD.

"Doktor mungkin menimbangkan rawatan untuk pesakit yang tergolong sebagai mengalami osteoporosis jika pesakit itu mempunyai keretakan tulang atau penyakit yang menyebabkan osteoporosis." Kata Dr. Harwant. Bagaimanapun, pesakit osteoporosis yang tidak mempunyai masalah mungkin tidak perlu menjalani rawatan. "Yang pentingnya, pesakit perlu meminta doktor menjelaskan kenapa rawatan itu perlu dilakukan ke atas mereka."Langkah berhati-hati ini perlu diambil memandangkan setiap ubat mempunyai kesan sampingannya. "Pada saya, anda haruslah menganggap setiap ubat adalah 'racun' - kita kena berhati-hati menggunakannya. Pastikan rawatan itu tidaklah seberbahaya penyakit yang hendak dirawat," tegasnya.

Ini kerana diketahui ada ubat yang digunakan untuk merawat osteoporosis mempunyai kesan lebih berbahaya iaitu kanser."Seperkara lagi, kita perlu tanya diri kita adakah rawatan itu untuk menyembuhkan penyakit atau melanjutkan jangka hayat seseorang? Kemudahan kesihatan yang semakin baik membolehkan penduduk di negara ini menikmati jangka hayat yang lebih panjang, sekali gus meningkatkan kes-kes osteoporosis."Wanita, yang lebih panjang jangka hayatnya, akan meneruskan satu pertiga hidupnya selepas menopaus. Mengikut kajian yang dilakukan di Amerika Utara, separuh daripada wanita yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami osteoporosis pasca menopaus dalam jangka hayat mereka," ujar Dr. Harwant.
Dalam pada itu juga, lebih 40 peratus daripada wanita ini akan mengalami kepatahn tulang apabila berusia 70 tahun ke atas. Kadar yang tinggi ini mungkin dipengaruhi oleh gaya hidup mereka yang terus aktif walaupun sudah lanjut usia."Masalah patah tulang pinggul pula dikaitkan dengan kira-kira 20 peratus kematian di kalangan penghidap osteoporosis. Angka ini bagaimanapun adalah anggaran konservatif. Angka sebenar mungkin lebih tinggi, bahkan boleh mencecah 80 peratus," katanya. Ini disebabkan seseorang pesakit yang patah tulang tidak boleh berjalan dan terpaksa berbaring di katil, lantas menimbulkan komplikasi seperti jangkitan paru-paru dan lepuh-lepuh badan.

Secara amnya, kes-kes patah tulang lebih banyak berlaku di kalangan kaum wanita, iaitu tiga kali ganda. Ia sejajar dengan jumlah kes osteoporosis yang lebih tinggi golongan itu kerana pasca menopaus dan umur yang meningkat.Masalah ini membimbangkan negara-negara membangun kerana jumlah penduduknya yang semakin meningkat dan kemudahan kesihatan yang lebih rendah berbanding dengan negara maju. Secara perbandingan, pada 1960, jumlah wanita yang berumur 45 tahun ke atas di negara maju ialah 155 juta berbanding 177 juta di negara membangun. Pada tahun 2000, jurang itu menjadi bertambah luas iaitu 257 juta di negara maju dan 484 juta di negara membangun."Ini ditambah pula dengan risiko kecederaan yang lebih tinggi di kalangan wanita di negara membangun apakala lebih banyak kaum wanitanya terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan, terdedah kepada keadaan yang membahayakan kesihatan di tempat kerja dan kurang sokongan perubatan," katanya.
Sehubungan itu, bagi mengelakkan masalah osteoporosis di hari tua, Dr. Harwant menggesa masyarakat supaya menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman pada usia mudanya.
"Osteoporosis ialah penyakit yang berkait dengan usia. Ia adalah mengenai jumlah tulang yang dihasilkan (deposit) dan diserap (resorb) oleh badan. Pada usia 25 tahun hingga berlaku menopaus, kadar penyerapan dan penghasilan adalah sama tetapi pada usia 45 tahun ke atas (saat lazim menopaus berlaku), kadar penyerapan tulang berlaku lebih pantas daripada penghasialnnya."Sekiranya seseorang itu tidak membina 'simpanan' tulang secukupnya semasa mereka berupaya, merekalah antara golongan yang akan mengalami masalah osteoporosis di kala tua," ujarnya. Tempoh paling baik untuk seseorang membina simpanan tulangnya ialah pada usia 25 hingga 36 tahun.
Bila usia meningkat, kadar penghasilan tulang merosot kerana organ-organ dalam badan tidak berfungsi secekap waktu mudanya. Ditambah pula dengan tabiat seseorang yang agak memilih makanannya ketika tua. Ini menyebabkan lebih banyak tulang diserap kerana pengambilan kalsium yang kurang dan sesetengah vitamin pula tidak diserap dengan baik.Faktor utama osteoporosia ialah wanita, berkulit putih atau orang Asia, usia lanjut, menopaus awal, pembuangan rahim sebelum menopaus, penggunaan dadah (corticosteroid) dan sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis.Penyebab yang lain ialah kadar berat dan tinggi yang rendah (mereka yang kurus tinggi), terlalu lama berbaring, pengambilan alkohol yang tinggi, kurang mengambil kalsium, merokok, banyak mengambil protein dan fosfat dan banyak meminum kopi. Faktor-faktor ini mengganggu fisiologi tulang, menyebabkan simpanan tidak dapat dihasilkan secukupnya dan mempercepatkan proses penyerapan tulang bila kurang pergerakan.
Memahami bagaimana osteoporosis terjadi, kita boleh melakukan sesuatu bagi mengelakkan penyakit ini menimbulkan masalah di hari tua kita. "Masalah hormon dan genetik tidak dapat dielakkan, bagaimanapun kita boleh memanfaatkan faktor persekitaran dan pemakanan untuk melambatkan masalah itu," kata beliau.Pastikan kita mendapat kalsium, vitamin dan galian secukupnya dan kurangkan pengambilan kopi dan minuman ringan (fizzy drinks). Banyakkan senaman, terutama yang bercorak fizikal dan angkat berat kerana ia membantu menguatkan tulang kita."Juga pastikan persekitaran di rumah dan di tempat kerja adalah 'selamat' bagi mengelakkan kita terjatuh dan tercedera," katanya.
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6803

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Re: Wanita dan kerapuhan tulang

Post by ZA_70 Thu 07 May 2009, 11:22 pm

falci wrote:~tak pernah tinggal minum Anlene pagi2 sebelum memulakan tugas harian...~ Smile

Eemmm...fal, tak semestinya kita harus minum Anlene tapi sebarang jenis susu....sbb semua susu mengandungi kalsium yg tinggi....
Haaa...tapi jgn minum susu getah udah le ye.... gelak sakan gelak sakan
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Wanita dan kerapuhan tulang Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Wanita dan kerapuhan tulang Empty Re: Wanita dan kerapuhan tulang

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum