FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ketahui suntikan untuk anak-anak anda

Go down

ketahui suntikan untuk anak-anak anda Empty ketahui suntikan untuk anak-anak anda

Post by Lord Vlad Tue 14 Aug 2007, 10:39 am

ketahui suntikan untuk anak-anak anda

ketahui suntikan untuk anak-anak anda 72258_152_01_c

SOALAN: Mengapa saya sentiasa perlu membawa anak saya untuk mendapatkan vaksinasi? Kebanyakan vaksinasi yang diberikan adalah untuk penyakit yang amat jarang sekali berlaku kini. Adakah cara lain untuk mengurangkan bilangan suntikan yang dikenakan dan adakah vaksin-vaksin ini benar-benar selamat?
JAWAPAN: Kejayaan vaksin-vaksin moden merupakan satu pencapaian yang paling luar biasa dalam bidang sains perubatan. Sebelum adanya vaksin, ramai kanak-kanak telah dijangkiti penyakit menular seperti polio, campak, batuk kering, hepatitis dan batuk kokol.
Ramai di antara mereka yang telah meninggal dunia. Di kalangan mereka yang hidup, ramai yang mengalami kecacatan yang kekal, seperti terencat akal, palsi serebral, epilepsi, buta dan pekak.
Vaksin-vaksin telah berjaya mengurangkan jangkitan penyakit-penyakit yang berbahaya ini. Proses imunisasi telah berjaya meningkatkan kesihatan, tempoh hayat serta kesejahteraan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Kanak-kanak telah banyak memperolehi manfaat daripada vaksin-vaksin jika dibandingkan dengan program pencegahan kesihatan awam yang lain dalam sejarah manusia!
Tetapi malang sekali, sesetengah ibu bapa sudah lupa ataupun tidak menyedari tentang kepentingan imunisasi terhadap kesihatan kanak-kanak.
Mereka telah tersilap apabila menyangka bahawa penyakit-penyakit serius tersebut telah lenyap ataupun telah dibasmi buat selama-lamanya dari muka bumi ini.
Sesetengah ibu bapa pula telah ditakutkan dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa ada kemungkinan sesetengah vaksin akan memberikan kesan-kesan sampingan.
Tetapi hakikatnya ialah risiko kepada kesihatan anak anda lebih teruk jika anak anda tidak diimunisasi. Sebagai ibu bapa bertanggungjawab, anda perlu memastikan anak- anak mendapat kesemua vaksin yang telah disyorkan.
Vaksin yang diguna pakai kini adalah selamat. Lazimnya tiada apa masalah yang akan timbul selepas suntikan vaksin. Kesan sampingan, jika ada, hanyalah merupakan tindak balas yang ringan seperti demam, kemerahan atau kebengkakan di tempat suntikan. Jarang sekali terjadi tindak balas yang membahayakan.
Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntik dengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh.
Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi yang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya apabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!
Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.
Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis (batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol), difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus influenza (Hib) dan hepatitis B.
Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox), cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan pneumokokal dan hepatitis A.
Kanak-kanak di Malaysia pada hari ini menerima suntikan-suntikan berikut sebelum memasuki sekolah:
- 3 dos Hepatitis B
- 1 dos tuberkulosis
- 5 dos DTwP (difteria, tetanus, pertusis seluruh sel) atau DTaP (pertusis tanpa sel (acellular) boleh didapati daripada sektor swasta)
- 3 hingga 4 dos Hib
- 5 dos IPV atau OPV (vaksin polio yang tidak diaktifkan atau vaksin polio secara oral)
- 2 dos MMR
Mereka juga boleh mendapatkan satu suntikan untuk cacar air selepas usia setahun, satu suntikan untuk influenza pada setiap tahun, serta dua suntikan untuk Hepatitis A.
Setiap ibu bapa serta pakar perunding pediatrik sememangnya tidak mahu anak- anak mereka mendapat suntikan yang begitu banyak.
Terdapat beberapa cara untuk pilihan ini berlaku:

  • Anda boleh memilih untuk tidak mengimunisasi anak anda serta meletakkan mereka di bawah risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang sebenarnya boleh dicegah dengan vaksin yang sedia ada.
  • Ini bukan merupakan satu pilihan yang waras memandangkan betapa seriusnya penyakit-penyakit tersebut serta kesan buruk yang akan kekal sepanjang hayat mereka.
  • Anda boleh berharap agar kesemua penyakit-penyakit ini akan dihapuskan serta vaksin tersebut tidak akan diperlukan lagi di seluruh dunia. Namun demikian, kini, ia merupakan satu matlamat yang masih tidak kesampaian
  • Pilihan yang lebih realistik, selamat serta efektif ialah untuk meminta suntikan vaksin kombinasi yang akan dapat mengurangkan bilangan suntikan yang diperlukan oleh anak anda.
  • Kini, Kementerian Kesihatan menyarankan 10 vaksin untuk diberikan secara rutin kepada semua kanak-kanak pada usia-usia yang tertentu.
  • Daripada 10 vaksin tersebut, enam akan diberikan secara kombinasi. Vaksin-vaksin untuk difteria, tetanus serta pertusis digabungkan menjadi suntikan DTwP.


Vaksin-vaksin untuk campak, beguk dan rubela pula digabungkan menjadi suntikan MMR. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilai semua vaksin kombinasi.

Kombinasi DTwP dan MMR telah terbukti merupakan vaksin kombinasi yang mempunyai keberkesanan serta keselamatan yang sama seperti jika diberikan secara berasingan.
Walau bagaimanapun, kemunculan vaksin-vaksin baru seperti Hib, pertusis tanpa sel, varisela dan IPV telah menimbulkan pelbagai persoalan berkenaan dengan keberkesanan sesetengah vaksin kombinasi.
Pada hakikatnya, kesemuanya merupakan vaksin-vaksin yang hebat.
Hib atau vaksin meningitis telah banyak mengurangkan peluang untuk mendapat jangkitan Haemophilus Influenzae B yang boleh menyebabkan radang pada lapisan sekeliling otak (meningitis), jangkitan aliran darah serta radang paru-paru.
Varisela atau vaksin cacar air yang kini telah mula diterima dengan meluas, sememangnya mempunyai kebaikan yang jelas sekali mengatasi risiko penyakit tersebut. Berbeza sekali dengan vaksin pertusis seluruh sel (wP), vaksin pertusis tanpa sel (aP) bertindak dengan lebih berkesan serta mempunyai kesan sampingan yang kurang.
OPV pula merupakan vaksin hebat yang dapat mencegah polio tetapi mempunyai kebarangkalian sebanyak satu dalam sejuta untuk menyebabkan penyakit tersebut. IPV pula langsung tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang berbahaya ini.
Menggabungkan vaksin-vaksin baru yang hebat ini di dalam satu picagari telah terbukti lebih bermasalah berbanding kombinasi- kombinasi lazim seperti DTwP dan MMR.
Ia bukanlah semata-mata menggabungkan beberapa vaksin yang berbeza ke dalam satu picagari untuk diberikan sebagai satu suntikan. Sebab itulah doktor anda tidak pernah mencampurkan suntikan-suntikan ini.
Kini, sejenis vaksin heksavalen (6 dalam 1) yang menggabungkan DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B telah mula digunakan di Malaysia.
Satu kombinasi MMR dengan Varisela (MMR-V) sedang menjalani percubaan klinikal dan akan sedia untuk kegunaan umum tidak beberapa lama lagi.
Vaksin-vaksin kombinasi ini akan mengurangkan lagi bilangan suntikan berasingan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kini, kekurangan rasa sakit akan menambahkan lagi kebaikan!
Menggabungkan vaksin-vaksin untuk menghasilkan satu suntikan akan memberikan lebih banyak manfaat kepada kanak-kanak serta keluarga. Ia juga sudah pastinya akan mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak (dan juga ibu bapa!) berbanding beberapa suntikan.
Di samping itu juga, ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengingati tarikh-tarikh vaksinasi dan secara tidak langsung akan memastikan ibu bapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak- anak mereka.
Ini seterusnya akan meningkatkan kejayaan program vaksinasi negara serta perlindungan sejagat untuk semua kanak-kanak.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, Dr. Musa Mohd. Nordin.
Sila hantar soalan anda yang berhubungan dengan kesihatan anak, pemakanan dan penjagaan kesihatan semasa hamil kepada Sekretariat Positive Parenting, c/o VersaComm Sdn. Bhd. 12-A, Jalan PJS 8/4, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor atau e-mel info@mypo sitiveparenting.org.
Untuk menerima naskhah percuma majalah Positive Parenting, sila hubungi (03) 56211408.
Persatuan Pediatrik Malaysia tidak menyokong mana-mana jenama atau produk.
Positive Parenting adalah program pendidikan oleh Persatuan Pediatrik dengan usaha sama Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia. Positive Parenting disokong oleh geran pendidikan tanpa syarat dari Abbott Share and Care World.
Penafian: Kolum ini tidak boleh menggantikan nasihat perubatan. Persatuan Pediatrik Malaysia dan sekretariat Positive Parenting tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat isu yang timbul daripada kolum ini.

 
--- UTUSAN MALAYSIA
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ketahui suntikan untuk anak-anak anda Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum