ketahui suntikan untuk anak-anak anda
2 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
ketahui suntikan untuk anak-anak anda
ketahui suntikan untuk anak-anak anda
- copy from utusan online
Kejayaan vaksin-vaksin moden merupakan satu pencapaian yang paling
luar biasa dalam bidang sains perubatan. Sebelum adanya vaksin, ramai
kanak-kanak telah dijangkiti penyakit menular seperti polio, campak,
batuk kering, hepatitis dan batuk kokol.
Ramai di antara mereka yang telah meninggal dunia. Di kalangan
mereka yang hidup, ramai yang mengalami kecacatan yang kekal, seperti
terencat akal, palsi serebral, epilepsi, buta dan pekak.
Vaksin-vaksin telah berjaya mengurangkan jangkitan penyakit-penyakit
yang berbahaya ini. Proses imunisasi telah berjaya meningkatkan
kesihatan, tempoh hayat serta kesejahteraan berjuta-juta kanak-kanak di
seluruh dunia.
Kanak-kanak telah banyak memperolehi manfaat daripada vaksin-vaksin
jika dibandingkan dengan program pencegahan kesihatan awam yang lain
dalam sejarah manusia!
Tetapi malang sekali, sesetengah ibu bapa sudah lupa ataupun tidak
menyedari tentang kepentingan imunisasi terhadap kesihatan kanak-kanak.
Mereka telah tersilap apabila menyangka bahawa penyakit-penyakit
serius tersebut telah lenyap ataupun telah dibasmi buat selama-lamanya
dari muka bumi ini.
Sesetengah ibu bapa pula telah ditakutkan dengan laporan-laporan
yang mengatakan bahawa ada kemungkinan sesetengah vaksin akan
memberikan kesan-kesan sampingan.
Tetapi hakikatnya ialah risiko kepada kesihatan anak anda lebih
teruk jika anak anda tidak diimunisasi. Sebagai ibu bapa
bertanggungjawab, anda perlu memastikan anak- anak mendapat kesemua
vaksin yang telah disyorkan.
Vaksin yang diguna pakai kini adalah selamat. Lazimnya tiada apa
masalah yang akan timbul selepas suntikan vaksin. Kesan sampingan, jika
ada, hanyalah merupakan tindak balas yang ringan seperti demam,
kemerahan atau kebengkakan di tempat suntikan. Jarang sekali terjadi
tindak balas yang membahayakan.
Apabila anak anda diberikan sesuatu vaksin, dia sebenarnya disuntik
dengan kuman yang telah dilemahkan atau organisma yang telah dibunuh.
Vaksin ini boleh merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi
yang akan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang berbahaya
apabila diperlukan. Dan ini merupakan perlindungan seumur hidup!
Imunisasi perlu diberikan pada usia-usia tertentu untuk keberkesanan
serta perlindungan yang maksimum. Anak anda sepatutnya mendapat
kebanyakan imunisasinya sebelum menyambut hari lahirnya yang kedua.
Ini akan melindunginya daripada 10 penyakit utama: Tuberkulosis
(batuk kering), polio, campak, benguk, rubela, pertusis (batuk kokol),
difteria, tetanus, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Haemophilus
influenza (Hib) dan hepatitis B.
Terdapat juga beberapa imunisasi lain untuk pelbagai
penyakit-penyakit menular termasuk cacar air (chicken pox),
cirit-birit, influenza, rabies, meningitis meningokokal, jangkitan
pneumokokal dan hepatitis A.
Kanak-kanak di Malaysia pada hari ini menerima suntikan-suntikan berikut sebelum memasuki sekolah:
- 3 dos Hepatitis B
- 1 dos tuberkulosis
- 5 dos DTwP (difteria, tetanus, pertusis seluruh sel) atau DTaP
(pertusis tanpa sel (acellular) boleh didapati daripada sektor swasta)
- 3 hingga 4 dos Hib
- 5 dos IPV atau OPV (vaksin polio yang tidak diaktifkan atau vaksin polio secara oral)
- 2 dos MMR
Mereka juga boleh mendapatkan satu suntikan untuk cacar air selepas
usia setahun, satu suntikan untuk influenza pada setiap tahun, serta
dua suntikan untuk Hepatitis A.
Setiap ibu bapa serta pakar perunding pediatrik sememangnya tidak mahu anak- anak mereka mendapat suntikan yang begitu banyak.
Terdapat beberapa cara untuk pilihan ini berlaku:
* Anda boleh memilih untuk tidak mengimunisasi anak anda serta
meletakkan mereka di bawah risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang
sebenarnya boleh dicegah dengan vaksin yang sedia ada.
Ini bukan merupakan satu pilihan yang waras memandangkan betapa
seriusnya penyakit-penyakit tersebut serta kesan buruk yang akan kekal
sepanjang hayat mereka.
* Anda boleh berharap agar kesemua penyakit-penyakit ini akan
dihapuskan serta vaksin tersebut tidak akan diperlukan lagi di seluruh
dunia. Namun demikian, kini, ia merupakan satu matlamat yang masih
tidak kesampaian
* Pilihan yang lebih realistik, selamat serta efektif ialah untuk
meminta suntikan vaksin kombinasi yang akan dapat mengurangkan bilangan
suntikan yang diperlukan oleh anak anda.
Kini, Kementerian Kesihatan menyarankan 10 vaksin untuk diberikan
secara rutin kepada semua kanak-kanak pada usia-usia yang tertentu.
Daripada 10 vaksin tersebut, enam akan diberikan secara kombinasi.
Vaksin-vaksin untuk difteria, tetanus serta pertusis digabungkan
menjadi suntikan DTwP.
Vaksin-vaksin untuk campak, beguk dan rubela pula digabungkan
menjadi suntikan MMR. Kajian yang teliti telah dijalankan untuk menilai
semua vaksin kombinasi.
Kombinasi DTwP dan MMR telah terbukti merupakan vaksin kombinasi
yang mempunyai keberkesanan serta keselamatan yang sama seperti jika
diberikan secara berasingan.
Walau bagaimanapun, kemunculan vaksin-vaksin baru seperti Hib,
pertusis tanpa sel, varisela dan IPV telah menimbulkan pelbagai
persoalan berkenaan dengan keberkesanan sesetengah vaksin kombinasi.
Pada hakikatnya, kesemuanya merupakan vaksin-vaksin yang hebat.
Hib atau “vaksin meningitis” telah banyak mengurangkan peluang untuk
mendapat jangkitan Haemophilus Influenzae B yang boleh menyebabkan
radang pada lapisan sekeliling otak (meningitis), jangkitan aliran
darah serta radang paru-paru.
Varisela atau vaksin cacar air yang kini telah mula diterima dengan
meluas, sememangnya mempunyai kebaikan yang jelas sekali mengatasi
risiko penyakit tersebut. Berbeza sekali dengan vaksin pertusis seluruh
sel (wP), vaksin pertusis tanpa sel (aP) bertindak dengan lebih
berkesan serta mempunyai kesan sampingan yang kurang.
OPV pula merupakan vaksin hebat yang dapat mencegah polio tetapi
mempunyai kebarangkalian sebanyak satu dalam sejuta untuk menyebabkan
penyakit tersebut. IPV pula langsung tidak mempunyai sebarang kesan
sampingan yang berbahaya ini.
Menggabungkan vaksin-vaksin baru yang hebat ini di dalam satu
picagari telah terbukti lebih bermasalah berbanding kombinasi-
kombinasi lazim seperti DTwP dan MMR.
Ia bukanlah semata-mata menggabungkan beberapa vaksin yang berbeza
ke dalam satu picagari untuk diberikan sebagai satu suntikan. Sebab
itulah doktor anda tidak pernah mencampurkan suntikan-suntikan ini.
Kini, sejenis vaksin heksavalen (6 dalam 1) yang menggabungkan DTaP, Hib, IPV dan Hepatitis B telah mula digunakan di Malaysia.
Satu kombinasi MMR dengan Varisela (MMR-V) sedang menjalani
percubaan klinikal dan akan sedia untuk kegunaan umum tidak beberapa
lama lagi.
Vaksin-vaksin kombinasi ini akan mengurangkan lagi bilangan suntikan
berasingan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Kini, kekurangan rasa
sakit akan menambahkan lagi kebaikan!
Menggabungkan vaksin-vaksin untuk menghasilkan satu suntikan akan
memberikan lebih banyak manfaat kepada kanak-kanak serta keluarga. Ia
juga sudah pastinya akan mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak (dan
juga ibu bapa!) berbanding beberapa suntikan.
Di samping itu juga, ia akan memudahkan ibu bapa untuk mengingati
tarikh-tarikh vaksinasi dan secara tidak langsung akan memastikan ibu
bapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak- anak
mereka.
Ini seterusnya akan meningkatkan kejayaan program vaksinasi negara serta perlindungan sejagat untuk semua kanak-kanak.
Soalan dijawab oleh Pakar Perunding Pediatrik & Neonatologi, Dr. Musa Mohd. Nordin.
Sila hantar soalan anda yang berhubungan dengan kesihatan anak,
pemakanan dan penjagaan kesihatan semasa hamil kepada Sekretariat
Positive Parenting, c/o VersaComm Sdn. Bhd. 12-A, Jalan PJS 8/4,
Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor atau e-mel
info@mypo sitiveparenting.org.
Untuk menerima naskhah percuma majalah Positive Parenting, sila hubungi (03) 56211408.
Persatuan Pediatrik Malaysia tidak menyokong mana-mana jenama atau produk.
Positive Parenting adalah program pendidikan oleh Persatuan
Pediatrik dengan usaha sama Persatuan Obstetrik & Ginekologi
Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia. Positive Parenting disokong
oleh geran pendidikan tanpa syarat dari Abbott Share and Care World.
Penafian: Kolum ini tidak boleh menggantikan nasihat perubatan.
Persatuan Pediatrik Malaysia dan sekretariat Positive Parenting tidak
akan bertanggungjawab sekiranya terdapat isu yang timbul daripada kolum
ini.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Re: ketahui suntikan untuk anak-anak anda
para ibubapa harus mengetahui jenis jenis suntikan terhadap anak anak..untuk kebaikan anak anak juga..
eriy- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Gender :
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Similar topics
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» Pemberusan gigi anak anda - bila dan bagaimana?
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak