FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

3 posters

Go down

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat Empty Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

Post by Lord Vlad Tue 28 Aug 2007, 9:01 am

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat


TAIPING 3 Jun – Jumlah pekerja asing yang tidak sihat didapati semakin meningkat, malah mereka dipercayai membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit yang sebelum ini hampir berjaya dihapuskan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, perkara itu jelas terbukti apabila seramai 45,356 atau 3.4 peratus daripada lebih 1.34 juta pekerja asing yang diperiksa tahun lalu didapati berpenyakit.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara jika berbanding tahun 2005 apabila hanya 38,255 orang atau 3.3 peratus daripada lebih 1.15 juta pekerja asing tidak sihat.
‘‘Antara penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing ialah hepatitis B dan siflis, kebanyakan penyakit ini boleh berjangkit kerana ramai pekerja wanita atau pasangan mereka turut menggunakan kemudahan hospital kerajaan.
‘‘Penyakit yang hampir berjaya dihapuskan oleh kerajaan tetapi dibawa masuk semula oleh pekerja asing pula ialah tibi iaitu sebanyak 10,376 kes (6,128 kes pada 2005), kusta, sembilan kes (lapan kes pada 2005) dan malaria, 72 kes (33 kes pada 2005),” katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Lembaga Pelawat Hospital Taiping, di sini hari ini.
Soi Lek berkata, jumlah pekerja asing yang menghidap HIV juga semakin meningkat daripada 337 kes pada 2004 kepada 559 kes (2005) dan 740 kes tahun lalu.
Kata beliau, semua penyakit berjangkit itu memberi risiko kepada penduduk tempatan terutama orang yang sering berada di sekitar mereka.
‘‘Daripada 45,356 kes tahun lepas, 32,817 daripadanya dikesan ketika diperiksa semasa ketibaan, manakala 12,550 kes lagi dikesan semasa mereka memperbaharui permit masing-masing.
‘‘Jadi, walaupun pekerja asing itu disahkan sihat semasa diperiksa di negara asal, mereka sebenarnya masih gagal dalam ujian di negara kita,” kata beliau.
Katanya lagi, jumlah pekerja asing atau pasangan mereka yang mengandung dan menggunakan hospital kerajaan juga semakin meningkat dengan 981 kes pada 2004, 1,807 kes (2005) dan 2,386 kes tahun lepas.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan menghantar semua pekerja yang tidak sihat ke negara asal masing-masing dengan kadar segera.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat Empty Re: Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

Post by sate_kajang Wed 19 Sep 2007, 12:05 am

tb byk oiii.... smua dr diorang.. chaq ape tauuu
avatar
sate_kajang
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pencucuk sate
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2007
Reputation : 0
Points : 6212

Back to top Go down

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat Empty Re: Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

Post by <<BLaCk>> Sat 23 Feb 2008, 7:26 pm

biasala..bila pekerja asing ramai maka byk la kes2 lama wujud balik.. pasal diorang bwk dari negara diorang..tp xpe dah keja kita untuk jalankan siasatan, pembasmian dan pencegahan...

itu salah satu cabaran utk kita sbg ppkp dan dah mmg kerja kita...
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat Empty Re: Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum