Lemah jantung lebih serius daripada barah
Lemah jantung lebih serius daripada barah
ANGIOPLASTY antara kaedah rawatan lemah jantung.
RAMAI yang tidak sedar bahawa lemah jantung (congestive heart failure) sebenarnya lebih teruk daripada barah payu dara. Apatah lagi penyakit itu bukan diagnosis sebaliknya komplikasi jantung.
Lemah jantung tidak bermaksud jantung akan berhenti berdenyut secara tiba-tiba, sebaliknya ia akan terjadi secara perlahan-lahan atau dengan cepat selepas serangan jantung atau masalah otot jantung.
Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Haizal Haron Kamar, berkata lemah jantung merujuk pada kegagalan jantung untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.
"Apa saja masalah jantung boleh membawa kepada lemah jantung. Apabila jantung gagal mengepam darah mengikut keperluan, darah tidak diagihkan dengan baik dan bertindak menekan salur darah. Ini menyebabkan cecair terkeluar daripada salur darah dan masuk ke tisu badan," katanya.
Jika jantung sebelah kiri gagal berfungsi, cecair berkumpul dalam paru-paru (pulmonary edema). Lebihan cecair ini menyebabkan kesukaran pada ruang pernafasan untuk mengembang setiap kali anda menarik nafas. Anda mengalami nafas pendek terutama jika melakukan aktiviti atau berbaring.
Jantung kanan yang gagal berfungsi pula, cecair akan berkumpul di kaki dan bawah kaki. Apabila masalah ini semakin teruk, bahagian atas kaki akan bengkak dan perut turut kembung.
Berat badan akan bertambah diikuti masalah sembab air. Bengkak air (edema) adalah tanda kegagalan jantung sebelah kanan. Perkara paling penting yang perlu anda tahu mengenai lemah jantung ialah masalah progresif mengikut peningkatan usia.
Prof Haizal berkata, lemah jantung boleh terjadi dengan cepat selepas serangan jantung atau terjadi secara perlahan-lahan selepas diserang tekanan darah tinggi atau masalah koronari arteri.
"Gaya hidup seseorang banyak kaitannya dengan serangan jantung atau masalah jantung. Merokok, terlebih berat atau makanan yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan atau menyumbang kepada lemah jantung.
"Kadangkala jantung menjadi lemah tanpa ada penjelasan, keadaan yang dikenali sebagai "idiopathic dilated cardiomyopathy," katanya.
Faktor lemah jantung
FAKTA: Simptom lemah jantung
Rawatan

- Penyakit koronari arteri dan serangan jantung. Penyakit koronari arteri adalah masalah jantung paling biasa dan penyebab kebanyakan kes lemah jantung. Dalam satu masa, arteri yang membekalkan darah kepada otot jantung menjadi sempit kerana pengumpulan lemak yang dikenali sebagai 'atherosclerosis'.
Ada kalanya penyempitan itu mengandungi lemak dan bahan lain dikenali sebagai plak. Darah bergerak secara perlahan melalui arteri yang sempit, menyebabkan sesetengah bahagian otot jantung terhalang daripada darah yang kaya oksigen. Kawasan itu akan menjadi lemah kerana kurang oksigen dan tidak mengepam dengan kuat.
Dalam kebanyakan kes, aliran darah ke otot hanya cukup menjadikannya 'hidup' tetapi bukan berfungsi dengan sempurna. Serangan jantung terjadi jika plak yang tidak seimbang pecah menyebabkan darah beku menyekat aliran darah kepada kawasan otot jantung.
Serangan jantung menyebabkan kematian otot jantung yang dengan cepat melemahkan keupayaan jantung mengepam. Kadangkala penyakit koronari arteri terhad kepada koronari arteri kecil. Jika arteri tersekat, ia tidak menyebabkan serangan jantung tetapi lama kelamaan jantung menjadi lemah. - Tekanan darah tinggi - Jika tekanan ekanan darah tinggi, jantung terpaksa berkerja keras daripada yang sepatutnya untuk mengedarkan darah ke seluruh badan. Lama kelamaan, otot jantung menjadi tebal atau dalam sesetengah kes menjadi kembang. Akhirnya, otot jantung menjadi terlalu lemah atau terlalu keras untuk mengepam darah secara berkesan.
- Masalah injap jantung - Empat injap jantung memastikan darah mengalir pada arah yang betul melalui jantung. Injap yang rosak memaksa jantung bekerja lebih keras bagi memastikan darah mengikut arah aliran yang betul. Lama kelamaan, kerja 'lebih keras' ini melemahkan jantung.
- Masalah otot jantung (Cardiomyopathy) - Ada kalanya masalah ini disebabkan jangkitan, pengambilan alkohol yang berlebihan dan kesan toksin akibat penggunaan dadah, kokain atau ubat-ubatan ketika sesi kemoterapi. Ada kalanya penyakit seperti lupus, masalah tiroid boleh merosakkan otot jantung. Dalam kes tertentu yang puncanya tidak diketahui, ia dikenali sebagai "idiopathic dilated cardiomyopathy".
- Radang pada otot jantung (Myocarditis) - Ia biasanya disebabkan virus dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi di sebelah kiri jantung.
- Masalah jantung sejak lahir (congenital heart defects) - Jika jantung dan ruang (chambers) atau injap tidak terbentuk dengan betul, bahagian jantung yang sihat dan terbentuk dengan betul perlu bekerja lebih keras.
- Ritma jantung yang abnormal (heart arrhythmias) - Ia menyebabkan jantung berdengup dengan terlalu cepat. Masalah itu menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan jantung menjadi lemah. Degup jantung yang perlahan juga boleh menyebabkan lemah jantung.
FAKTA: Simptom lemah jantung
- Letih dan lemah
- Nafas pendek apabila baring
- Batuk yang kerap
- Bengkak (edema) di kaki, buku lali dan jari kaki
- Bengkak pada perut (kembung)
- Berat badan bertambah kerana sembab air (fluid retention)
- Kurang selera makan dan loya
- Denyut nadi yang pantas atau tidak sama
Rawatan
- Perubahan gaya hidup dan ubat ubatan Ia memperlahankan proses lemah jantung dan membaiki kualiti hidup. Antaranya berhenti merokok, kawal masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, bersenam dan mengamalkan diet yang sihat. Ambil ubat-ubatan jika disarankan doktor.
- Angioplasty - Pembedahan pintasan koronari untuk mereka yang mengalami lemah jantung disebabkan masalah koronari arteri (CAD). Pembedahan ini merawat penyempitan atau penyekatan di arteri koronari.
- Pacemaker - Alat ini mengawal ritma denyut nadi. Ia selalunya ditanam di dalam jantung dan bertindak menstimulasi jantung yang berdegup secara perlahan atau terlalu cepat atau mengawal denyut nadi yang tidak selari. Ia juga digunakan bagi menyeragamkan degupan pada kedua-dua belah jantung.
AZS- STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
- Negeri :
Jawatan : Radiographer
Gender :
Jumlah Post : 1182
Umur : 41
Tarikh Register : 17/10/2006
Reputation : 0
Points : 7028
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Similar topics
» LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...
» Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015
» Malaysia Lebih Buruk Daripada Bangladesh Dan Palestin Dalam Ranking FIFA
» Barah-Kerja Shif
» JANTUNG, STRUKTUR & PENYAKIT-PENYAKIT JANTUNG

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak