FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015

Go down

Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015  Empty Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015

Post by Info Bola Sepak Sun 08 Sep 2013, 4:22 pm

Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015  Hiv-aids-630

MELAKA, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan yakin sasaran untuk menurunkan kadar jangkitan HIV kepada 11 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang 2015 dijangka dapat dicapai lebih awal dengan penurunan secara konsisten kes penyakit itu saban tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pada tahun 2000 jangkitan HIV di negara ini adalah pada kadar 21.7 bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar itu telah menurun kepada 11.7 tahun lepas.

"Penurunan ini adalah hasil usaha pelbagai pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu. Namun usaha ini perlu berterusan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana sekiranya kita leka dengan kejayaan ini maka tidak mustahil jangkitan ini meningkat semula.

"Di Malaysia sejak kes pertama dilaporkan pada 1986 sehingga Disember tahun lepas sebanyak 98,279 kes jangkitan HIV dilaporkan dan daripada jumlah itu 3,438 kes dilaporkan tahun lepas," katanya semasa berucap merasmikan program Melaka Bandaraya Bersejarah Menuju Sifar HIV Menjelang 2015 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Turut hadir Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka Datuk Abdul Rahaman Abd Karim dan Pengarah Serantau bagi program HIV/AIDS Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNAIDS), Steven J Krauss.

Bandaraya Melaka merupakan bandar raya pertama di Asean yang melancarkan program yang mensasarkan tiada lagi kes jangkitan HIV di bandar raya itu menjelang tahun 2015.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Hilmi berkata diskriminasi terhadap pesakit AIDS di negara ini telah berkurangan berbanding ketika kes itu baru dilaporkan pada tahun 1986.

"Masyarakat perlu terus diberi pemahaman yang betul tentang penyakit ini kerana penyakit ini tidak akan merebak menerusi perbualan ataupun menjadi rakan kepada pesakit. Kita mahu memastikan negara ini sifar diskriminasi terhadap pesakit AIDS," katanya.

Sementara itu, Kraus berkata 15 bandar raya di Asean memberi maklum balas positif mengenai program ini dan ingin melihat bagaimana Melaka melaksanakannya.

"Bangkok juga merancang melancarkan program yang sama November ini dan bukan hanya di Asean, banyak orang di seluruh dunia memaklumkan kepada kami usaha ini adalah idea yang amat baik untuk dilaksanakan.

"Bagi kami di UNAIDS, perkara paling penting ialah komitmen kepimpinan negara untuk mengambil langkah yang diperlukan bagi menghapuskan HIV daripada menjangkiti rakyat mereka. Pemimpin Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk melakukannya," katanya.



-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Sasaran Turunkan Jangkitan HIV Dijangka Dicapai Lebih Awal Daripada 2015  Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum