16 Tips Membesar Anak Remaja Belasan Tahun
5 posters
Page 1 of 1
16 Tips Membesar Anak Remaja Belasan Tahun
1) Luangkan masa bersama anak-anak dan remaja kita
2) Bantu anak remaja mendapatkan keyakinan diri
Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri.
3) Galakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, selamat dan memuaskan.
Bantulah anak-anak kita mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat mereka. Kita bimbinglah mereka mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan.
4) Bantu mereka menetapka matlamat dan memahami bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menentukan masa depan mereka.
Kita seharusnya membantu remaja kita memahami bahawa pilihan yang mereka buat sekarang boleh mempengaruhi mereka di masa akan datang.
5) Beritahu anak-anak kita bahawa kita sangat menghargai pelajaran dan pendidikan
Baca sambungan artikel di:
http://perkahwinansempurna.blogspot.com
- Kita luangkanlah masa bersama anak-anak kita dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka.
- Kongsilah pengalaman kita bersamanya contohnya bercerita zaman kita mengalami perubahan emosi di zaman pancaroba, suka duka kegagalan dan kejayaan di alam persekolahan, pahit maung dalam alam pergaulan rakan sebaya, gembira atau gulana di alam percintaan atau pun jatuh bangun dalam dunia kerjaya.
- Kita bina satu perhubungan yang mesra dan berasakan kasih sayang. Contohnya kita makan bersama sekerap yang mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Inilah masanya kita merapatkan diri dengan anak-anak.
- Solat berjemaah setiap hari adalah satu kemestian untuk menautkan ikatan spiritual sesama kita. Jika ke masjid, kita ajaklah mereka bersama. Seminggu sekali kita adakan majlis halaqah keluarga membaca surah Yasin atau solat hajat bersama setiap malam jumaat.
- Gunakanlah masa yang ada untuk bersantai, berbual bukannya berbalah. Jika ada perkara-perkara yang kita tidak sukai terjadi, ajaklah anak kita bersemuka dan berbincang dalam suasana yang penuh kasih sayang untuk menyelesai masalah bukan menambah masalah dengan tuduh menuduh dan ungkit mengungkit.
- Membaca, menonton tv atau melayari internet bersama-sama.
- Jika pulang ke kampung atau bermusafir, kita gunakanlah masa bersama dalam perjalanan itu untuk meneroka minda mereka dan bertukar fikiran dalam suasana yang menyeronokkan. Contohnya bernasyid bersama-sama atau mendengar lagu-lagu yang diminati bersama-sama.
- Alangkah baiknya jika kita mampu mengajak mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemayarakatan. Kita perlu tunjukkan bahawa kita memberikan kepercayaan kepada mereka. Ini merupakan asa komunikasi untuk masa depan.
2) Bantu anak remaja mendapatkan keyakinan diri
Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri.
- Kita pujilah mereka atas tugas-tugas yang mereka sempurnakan dengan baik
- Kita galakkan perkara-perkara yang positif dan tonjolkan atau sebut-sebutlah selalu perkara-perkara yang telah mereka lakukan dengan baik.
- Jika mereka tersilap, ketinggalan dalam pelajaran, leka atau cuai dalam sesuatu kerja, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri. Elakkan dari mengkritik.
- Kasih sayang dan rasa hormat yang sering ditunjukkan akan menggalakkan mereka berkelakuan baik. Mereka membuat sesuatu bukan kerana takut atau bimbang diaibkan atau dimalukan.
3) Galakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, selamat dan memuaskan.
Bantulah anak-anak kita mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat mereka. Kita bimbinglah mereka mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan.
- Galakkan mereka melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela di dalam komuniti kita. Contohnya menjadi ahli kelab remaja JIM atau lainnya, KARISMA (jika di ipt) atau kumpulan belia, turut serta dalam aktiviti kesenian, sukan, kursus kepimpinan, usrah dan aktiviti dakwah. Ini akan membuatkan mereka merasakan satu pencapaian dan kelainan. Ini juga akan menghubungkan mereka dengan rakan-rakan sebaya yang positif dan pemimpin-pemimpin dikalangan orang dewasa. Sekaligus memenuhkan jadual harian mereka.
4) Bantu mereka menetapka matlamat dan memahami bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menentukan masa depan mereka.
Kita seharusnya membantu remaja kita memahami bahawa pilihan yang mereka buat sekarang boleh mempengaruhi mereka di masa akan datang.
- Perkenalkan mereka dengan orang-orang yang telah berjaya di dalam komuniti kita. Adalah lebih baik jika kita perkenalkan dengan orang yang sama bidang dengan bidang yang bakal mereka ceburi. Contohnya anak kita berminat menjadi seorang 'hafiz', kita perkenalkan mereka dengan seorang 'hafiz' yang telah berjaya, baik dan orang thiqah kepadanya. Perhubungan dan perkenalan ini ("action is louder than words") boleh menerangkan apa yang perlu dilakukan untuk berjaya.
- Jadikan diri kita 'a guiding parent, not a dictating parent', terutama apabila menyangkuti kerjaya dan cita-cita masa depannya. Bimbing dia mengenali kelebihan, kekurangan, minat dan kesukaannya. Jangan paksakan cita-cita kita kepadanya. Biarlah dia meneroka bidang yang paling dia minati. Cita-cita kita, kitalah yang merealisasikan bukan dia yang merealisasikannya.
- Selalunya remaja yang bermatlamat jangka panjang (samada dalam pelajaran atau pekerjaan) berkemungkinan besar tidak akan merosakkan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak sihat.
5) Beritahu anak-anak kita bahawa kita sangat menghargai pelajaran dan pendidikan
- Kita hendaklah melibatkan diri dalam proses pendidikan dan pelajaran anak-anak kita di sekolah. Biarkan mereka tahu bahawa ia sangat penting bagi kita. Contohnya kita selalu bertanya mengenai kerja-kerja sekolah yang perlu dihabiskan untuk hari ini, mana-mana homework yang perlu dihantar esok, juzuk atau surah dalam Al-Quran yang perlu dibaca atau dihafaz untuk hari ini dan esok. Apa komen-komen cikgu terhadap pencapaian dalam kuiz atau ujian mingguan. Bertanyakan apa-apa hadiah yang dia perolehi dalam apa-apa pertandingan di dalam kelas atau sekolah.
- Kita terangkan kepada mereka bagaimana pelajaran akan membantu mereka di masa depan dan mengapa ianya penting untuk mereka. Mereka perlu mengambil serius mengenai perkara ini sekarang. Kegagalan dalam pelajaran biasanya adalah "symptom" atau tanda-tanda adanya masalah lain. Jika kita mendapati pelajarannya merosot, kita perlu berbincang dengan mereka dan dengan guru-guru mereka seberapa segera.
Baca sambungan artikel di:
http://perkahwinansempurna.blogspot.com
abdullah82- AHLI FORUM
- Jawatan : berniaga sendiri
Gender :
Jumlah Post : 5
Umur : 42
Tarikh Register : 26/10/2007
Reputation : 0
Points : 6236
Re: 16 Tips Membesar Anak Remaja Belasan Tahun
info yg bagus...untuk persediaan para ibubapa yg mempunyai anak yang sedang meningkat remaja..
eriy- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Gender :
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: 16 Tips Membesar Anak Remaja Belasan Tahun
Bagus ni. Petua yg berguna. Nasihat2 yg mcm ni la yg amat diperlukan terutama bg mereka yg ingin merancang untuk berkeluarga.
celieeen- AHLI FORUM
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 12
Umur : 43
Tarikh Register : 23/02/2008
Reputation : 0
Points : 6116
Re: 16 Tips Membesar Anak Remaja Belasan Tahun
celieeen wrote:Bagus ni. Petua yg berguna. Nasihat2 yg mcm ni la yg amat diperlukan terutama bg mereka yg ingin merancang untuk berkeluarga.
S E T U J U !!!
ruyd- AHLI JUNIOR
- Jawatan : Pernah Merasa Pengalaman Sbg paramedic Student.
Gender :
Jumlah Post : 44
Umur : 47
Tarikh Register : 24/12/2007
Reputation : 0
Points : 6175
Character sheet
Mutiara Kata saya: ADA Seringkali Diabaikan Sehinggalah Ia TIADA.
Similar topics
» Ingin mengetahui tips-tips temuduge..
» DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH
» TIPS-TIPS SEMASA BERCINTA
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH
» TIPS-TIPS SEMASA BERCINTA
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» anak-anak buah mama leong group 1/03
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak