FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehamilan ibu HIV

Go down

Kehamilan ibu HIV Empty Kehamilan ibu HIV

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 8:59 pm

Kehamilan ibu HIV

- copy from utusan online

SEKIRANYA anda mengandung dan tubuh anda mengandungi sejenis kuman
yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV), ia boleh
ditularkan kepada bayi anda.

Namun, ada langkah-langkah kesihatan tertentu yang dapat
mengurangkan risiko ini. HIV menyebabkan sindrom kurang daya tahan
penyakit (AIDS).

Infeksi berlaku apabila bendalir atau cecair daripada individu yang
dijangkiti seperti darah, air mani, rembesan dari faraj dan susu badan
memasuki badan wanita.

Sentuhan dengan cecair tersebut berlaku semasa hubungan kelamin
intim, penyusuan dada, darah dan juga perkongsian jarum suntikan dalam
kes penyalahgunaan dadah.

‘‘Transfusi darah juga berkemungkinan tetapi dalam kebanyakan kes
pemindahan, anda tidak perlu runsing kerana darah-darah di Malaysia
disaringkan serta diuji dengan kehadiran kuman-kuman merbahaya seperti
HIV, hepatitis serta malaria.

‘‘Sekiranya seseorang wanita dijangkiti HIV, sindrom AIDS tidak
berlaku dengan pantas. Sistem keimunan badan diterokai dan dilemahkan
secara beransur-ansur,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, rungutan seperti demam selesema mungkin berlaku dan
apabila sistem keimunan badan bertambah lemah, anda akan merasai
keletihan ketara, hilang berat badan serta lemah keseluruhan dan juga
demam.

Beliau berkata, AIDS dilabelkan apabila seseorang itu mempunyai
kriteria tertentu seperti kekurangan sel CD4 di bawah paras tertentu.

‘‘Sel ini merupakan salah satu sistem utama keimunan badan. Bilangan
sel CD4 ini akan menyatakan akan keutuhan sistem keimunan badan anda.

‘‘Apabila keimunan badan jatuh, anda akan terdedah kepada penyakit- penyakit serta kanser-kanser yang tertentu,’’ ujar beliau.

Mungkin berbulan-bulan dan kadangkala bertahun- tahun sebelum
seseorang disahkan sebagai pembawa kuman HIV, barulah AIDS
dimanifestasikan.

Disebabkan sifat kuman yang tidak meledak manifestasinya itu, anda
mungkin tidak tahu akan kehadiran HIV dan merasakan yang anda seorang
yang sihat. Penularan berlaku tanpa pengetahuan.

Masih tidak ada vaksin mahupun perawatan untuk kuman HIV, yang ada
hanyalah ubat-ubatan yang boleh melambatkan kehadiran AIDS serta
membantu sistem keimunan merosot dengan cepat.

Terdapat langkah-langkah tertentu untuk meminimumkan tularan kepada bayi yang sedang dikandung.

*HIV dan mengandung

Sekiranya anda dijangkiti oleh HIV, infeksi pada bayi boleh berlaku
semasa ia di dalam kandungan, semasa kelahiran juga semasa penyusuan
badan.

‘‘Sebab itulah status HIV perlu diketahui seawal mungkin semasa
mengandung, sebab ada langkah-langkah tertentu yang boleh membantu
mengurangkan risiko pada bayi.

‘‘Sekiranya tidak dirawat, kebarangkalian bayi untuk dijangkiti
adalah setinggi 25 peratus tetapi dengan ubat serta langkah-langkah
tertentu mampu meminimumkan penularan,’’ jelas Dr. Shah Reza lagi.

*Ujian

Sebagai penjagaan kesihatan semasa mengandung, di Malaysia, wanita hamil pada lawatan pertama akan diuji kehadiran kuman HIV.

Jika kuman didapati positif, ujian lanjutan pengesahan dilakukan. Mempunyai HIV, tidak bermakna yang anda menghidapi AIDS.

Sekiranya anda dan suami berisiko tinggi, mungkin disebabkan oleh
pengalaman lampau, sosial serta perubatan, ujian kehadiran HIV yang
negatif tidak bermakna yang anda tidak mempunyai jangkitan.

Cuma, antibodi memerlukan masa untuk penghasilan dengan jumlah
tertentu untuk dikesan. Sekiranya anda sangsi, ujian yang sama boleh
diulang pada penggal ketiga mengandung.

*Rawatan

Dr. Shah Reza berkata, sekiranya kehadiran HIV dikesan, penyakit-penyakit lain juga akan disaring.

Kemungkinan tularan kepada bayi semasa mengandung bergantung pada jumlah virus di dalam badan serta status CD4.

Jumlah CD4 yang rendah serta paras kehadiran kuman HIV yang tinggi meningkatkan peratusan jangkitan.

‘‘Banyak kombinasi ubat-ubat digunakan untuk merawat HIV, sekiranya
puan sudah pun mengambil ubat sebelum mengandung, teruskan
pengambilannya semasa mengandung.

‘‘Sekiranya puan belum lagi menerima apa-apa perawatan, tunggu
sehingga trimester/penggal pertama mengandung sebelum memulakan ubat,’’
terangnya sambil menambah, ubat ini bertujuan mengurangkan bebanan
kehadiran kuman HIV.

Sebagaimana ubat-ubatan lain, ubat ini juga mengganggu tumbesaran
bayi dalam kandungan, tetapi sekiranya tidak diambil, bayi pula akan
mendapat HIV dengan peratusan yang tinggi.

Berkemungkinan selepas kelahiran, bayi akan mendapat anemia
(penyakit kekurangan darah) serta kelembapan tumbesaran yang lain,
tetapi risiko alahan terhadap HIV lagi besar sekiranya rawatan tidak
diberikan.

*Kelahiran

Kebarangkalian infeksi pada bayi tinggi semasa kelahiran kerana ia
terdedah kepada cecair serta bendalir badan ibu yang mempunyai kuman
HIV.

Disebabkan isu inilah, wanita hamil dinasihat agar melahirkan bayi
mereka menerusi pembedahan caesarean terancang, terutamanya jika anda
mempunyai bebanan kuman HIV yang tinggi.

‘‘Ujian rapid HIV dilakukan sekiranya puan melalui proses kelahiran
tanpa mengetahui status HIV. Jika ujian rapid HIV itu positif,
langkah-langkah keselamatan serta ubat diberikan.

‘‘Perlu diingat, walaupun ujian tersebut positif, tidaklah bermakna
yang puan mempunyai HIV, ujian kedua serta lanjutan akan dikendalikan
untuk kepastian,’’ kata Dr. Shah Reza.

Bagi tujuan keselamatan, perawatan diberikan untuk meminimumkan
penularan kepada bayi semasa kelahiran. Lazimnya penyusuan dada ditunda
sehingga status kekal HIV diketahui dengan pasti.

*Selepas bayi dilahirkan

Ujian dan perawatan

Bayi akan diuji beberapa kali selepas kelahiran. Lazimnya ujian yang
positif berlaku sebaik sahaja kelahiran tetapi ini tidak bermakna yang
bayi mendapat HIV.

Kadangkala ujian ini menjadi negatif setelah 6 bulan. Sekiranya anda
menerima rawatan semasa mengandung, bayi juga akan menerima perawatan.

Dos pertama akan diberikan setelah 8 hingga 12 jam kelahiran dan
akan diteruskan setiap 6 jam sehingga usianya mencecah enam minggu.

*Pemakanan bayi

Wanita yang mempunyai HIV dinasihatkan supaya tidak mengamalkan
susuan dada kerana kuman HIV boleh hadir di dalamnya. Susu formula
diberikan sebagai gantian.

Disebabkan oleh payudara yang semakin membengkak kerana penyusuan
tidak dapat diberikan, langkah-langkah berikut perlu diikuti supaya
kesakitan payudara dapat dikurangkan.

* Sokonglah payudara dengan coli yang kemas, membalut dada di
bahagian payudara juga boleh mengurangkan renjatan pergerakan serta
ayunan

* Penggunaan ais di payudara

* Pengambilan ubat penahan sakit seperti paracetamol

* Jangan mengurut serta menungku haba di payudara kerana kaedah ini akan menambahkan lagi penghasilan susu.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kehamilan ibu HIV Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum