FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehamilan kembar: Apa risikonya?

Go down

Kehamilan kembar: Apa risikonya? Empty Kehamilan kembar: Apa risikonya?

Post by Fieza Sat 29 Mar 2008, 8:49 am

Kehamilan kembar: Apa risikonya?


Oleh: DR. RASLIZA RAMLI (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Kajang Selangor)
SEKIRANYA anda diberitahu oleh doktor bahawa anda sedang hamil
dengan kandungan kembar, sudah pasti ia adalah satu berita yang amat
menggembirakan anda serta pasangan.
Tetapi pada masa yang sama doktor juga akan menerangkan kepada anda
bahawa kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko tinggi. Tentu ia
agak mencemaskan anda.
Namun, jangan biarkan ia menjadi penghalang untuk anda mempelajari
tentang risiko kemungkinan yang berkaitan kehamilan kembar, sama ada
kembar dua, tiga atau lebih.
Dengan memahami kemungkinan risiko, komplikasi kehamilan kembar dan
juga rawatan yang berkaitan, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya sesuatu masalah
berlaku pada kandungan anda.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kehamilan kembar:
* Faktor keturunan. Keluarga sebelah ibu.
* Bilangan kandungan terdahulu. Lebih ramai anak lebih tinggi kemungkinan mengalami kehamilan kembar.
* Umur yang agak lanjut ketika pertama kali hamil.
* Rawatan kesuburan. Ubat subur menyebabkan pengeluaran telur (ovum)
lebih daripada satu dan kaedah pemindahan lebih daripada satu embrio ke
dalam rahim semasa proses permanian berhadas (in vitro
fertilization/IVF).
Tanda-tanda kehamilan kembar
Ia berbeza antara seorang ibu yang hamil kembar dengan seorang yang
lain. Ada wanita yang hamil kembar, tetapi tidak mengalami langsung
gejala kehamilan yang teruk.
* Loya dan muntah-muntah yang teruk disebabkan oleh kepekatan hormone HCG yang tinggi di dalam darah.
* Peningkatan berat badan mendadak pada trimester pertama (tiga
bulan pertama). Ini berlaku akibat peningkatan isipadu darah dan
peningkatan berat rahim yang berganda berbanding kehamilan biasa.
* Ibu hamil kembar merasai pergerakan bayi yang sangat banyak.
* Mengalami rasa letih yang keterlaluan akibat penggunaan tenaga dan kalori yang berganda.
* Saiz rahim lebih besar dari umur kandungan.
Jenis-jenis kandungan kembar
1- Monozigotik/kembar seiras
Melibatkan 1/3 dari kes-kes kehamilan kembar yang terjadi apabila
berlakunya persenyawaan antara satu ovum dan satu sperma yang
kemudiannya terbahagi.
Pembahagian awal embrio:
* Tiga hari pertama selepas persenyawaan, menjadi dua atau lebih janin dengan dua uri berasingan.
* Antara empat hingga tujuh, menjadi dua atau lebih janin dengan
berkongsi satu uri tetapi berada di dalam kantung amnion berlainan.
* Antara lapan hingga 13 hari, menjadi dua atau lebih janin yang berkongsi satu uri dan di dalam satu kantung amnion.
* Lebih dari 13 hari, menjadi kembar siam.
2- Dizigotik/kembar tak seiras
Meliputi 2/3 daripada kes-kes kehamilan kembar. Ia terjadi apabila
dua atau lebih ovum tersenyawa. Setiap janin mempunyai uri, kantung
amnion dan kantung korion yang berasingan.
Risiko kandungan dan kelahiran kembar
Ibu dan bayi terdedah kepada beberapa risiko kemungkinan. Risiko pada bayi:
1- Kelahiran pramatang.
Risiko yang paling kerap berlaku menyebabkan meningkatnya kes-kes
kematian akibat komplikasi pramatang dan jika hidup, bayi-bayi
pramatang itu memerlukan rawatan rapi dalam jangka masa yang lama di
dalam unit rawatan rapi neonatal (bayi baru lahir).
Purata umur kandungan berlakunya kelahiran pramatang dan bilangan kandungan
Kembar dua: 37 minggu
Kembar tiga: 33 minggu
Kembar empat: 31 minggu
(Kelahiran cukup bulan adalah pada 38 minggu atau lebih)
2- Masalah kembar monokorionik.
Keadaan yang berlaku pada janin kembar yang berkongsi satu uri. Ini
menyebabkan berlakunya persilangan pada saluran darah di dalam uri
menyebabkan ketidakseimbangan aliran darah di antara janin-janin itu.
Satu janin terlebih bekalan darah dan janin kembarnya pula kurang
mendapat bekalan darah. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia akan
mendatangkan bahaya pada kedua-dua bayi dengan kadar kematian lebih 80
peratus.
Penemuan teknologi terkini bagaimanapun membolehkan para doktor
untuk merawat keadaan ini melalui pembedahan khusus menggunakan laser.
3- Masalah kembar monokorionik-monoamniotik.
Keadaan ini berisiko tinggi kerana berlakunya masalah kelahiran
pramatang, tumbesaran terencat, kecacatan kongenital/sejak lahir dan
tali pusat terbelit antara satu sama lain.
Ketika di dalam kandungan, keadaan ini dapat dikesan apabila selaput
yang memisahkan antara kembar tidak kelihatan semasa pemeriksaan
ultrasound dilakukan pada kandungan itu.
Ia boleh menyebabkan kadar kematian lebih dari 50 peratus. Tiada
rawatan khusus untuk keadaan ini. Pada amnya ibu yang hamil kembar
dengan komplikasi ini memerlukan pemerhatian khusus dan dimasukkan ke
hospital.
Bayi-bayi ini mungkin terpaksa dilahirkan lebih awal dari sepatutnya untuk mengelakkan komplikasi mati dalam kandungan.

Masalah kembar seperti ini termasuklah;
i- Kembar akardiak. Salah satu dari kembar itu tidak mempunyai
jantung, atau jantung kecil ataupun ada jantung tetapi tidak berfungsi.

Tetapi sebahagian besar pengaliran darah mengalir kepada sistem
aliran darah kembar yang tidak normal itu dan ini seterusnya
menyebabkan berlakunya masalah pada aliran darah kepada jantung kembar
yang normal dan boleh menyebabkan berlakunya kegagalan jantung pada
kembar normal.
ii- Kembar siam. Berlaku antara 1 hingga 3.5 bagi setiap 1,000
kelahiran kembar. Ia bukanlah akibat perlekatan kembar-kembar itu
tetapi sebenarnya akibat pembahagian yang tidak lengkap di awal
peringkat embrio.
Pada amnya, 40 peratus daripada kembar siam dilahirkan mati, 35
peratus mati selepas 24 jam dilahirkan dan jika hidup mereka terpaksa
menjalani pembedahan yang sangat berisiko tinggi.
iii- Kematian salah satu kembar di dalam kandungan. Jika kematian
salah satu kembar itu berlaku di awal kandungan, ia tidak menyebabkan
kemudaratan kepada kembar yang masih hidup.
Tetapi kematian salah satu kembar di peringkat akhir kandungan akan
mendedahkan kembar yang hidup kepada masalah kelahiran pramatang,
kecacatan sistem saraf dan palsi serebral.
Kembar yang masih hidup besar kemungkinan perlu dilahirkan agak awal sebaik sahaja paru-parunya dijangkakan sudah matang.
Risiko pada ibu
* Kencing manis semasa mengandung.
Ibu yang hamil dengan kandungan kembar didapati berisiko dua kali ganda untuk menghidapi kencing manis semasa mengandung.
Ini disebabkan oleh kepekatan hormon yang lebih tinggi yang
menyebabkan gangguan pada proses penghasilan insulin dalam darah ibu.
* Masalah berkaitan uri.
Ibu yang hamil dengan kandungan kembar berisiko tinggi mengalami
masalah uri di bawah (previa plasenta) dan uri terlekang dari dinding
rahim (placenta abruption).
Ini boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pendarahan yang teruk semasa mengandung atau selepas melahirkan.
* Darah tinggi semasa mengandung.
Lebih kurang 30 peratus daripada ibu hamil kembar akan mengalami
masalah ini. Ia berlaku akibat peningkatan isipadu darah yang sangat
tinggi.
Rawatan yang perlu termasuklah rehat yang mencukupi dan mungkin juga
ubat- ubatan. Keadaan ini juga mendedahkan ibu kepada masalah
praeklamsia dan komplikasi sawan semasa mengandung.
* Masalah jantung.
Ibu yang hamil kembar didapati 13 kali lebih berisiko untuk
mengalami masalah kegagalan jantung. Dan risiko untuk mendapat serangan
jantung juga meningkat sebanyak empat kali ganda.
Sekiranya seseorang itu hamil dengan kandungan kembar, ia haruslah
menyedari tentang risiko-risiko kemungkinan yang akan berlaku pada bayi
dalam kandungannya dan juga kesihatan diri.
Mereka haruslah mendapatkan rawatan pakar di peringkat awal lagi
supaya sebarang komplikasi dapat dikesan awal dan seterusnya mendapat
rawatan yang sewajarnya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kehamilan kembar: Apa risikonya? Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum