Mengatasi masalah sembelit
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Mengatasi masalah sembelit
Mengatasi masalah sembelit
- copy from utusan online
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang
berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau
perkumuhan feses menjadi sukar.
Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit
terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan
sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan
(menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau
laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah,
ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid
Mat Sain.
*Tanda-tanda awal
Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.
Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).
Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa
ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa
boleh kedengaran.
‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.
‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air
besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan
sebarang tanda,’’ ujar beliau.
Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.
Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan
memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit
paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi
bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.
Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar
dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak
sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis;
inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses
berkaitan dengan gangguan psikiatrik)
*Diagnosis
Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.
‘‘Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami
sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang
mengandungi fiber atau cecair.
‘‘Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.
‘‘Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan
sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan
hipotiroidisme jarang ditemui,’’ terang beliau.
Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.
Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter
anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian
akhir usus besar mempunyai sebarang najis.
Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin
boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan)
mungkin perlu.
‘‘Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai
konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang
tumor (ketumbuhan).
‘‘Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas
pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan
seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai
tanda-tanda yang sama,’’ jelasnya.
*Punca-punca penyakit sembelit
Najis yang keras
* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber
* Penghidratan
* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium
Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan
peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak
bergerak
* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)
* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah
* Kecederaan sfinkter anal
* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan
* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain
* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan
yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil
penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing
* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar
* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah
sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di
mana najis tidak dapat keluar
* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)
* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari
* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus
Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar
* Sembelit fungsi
* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan
sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen
Rawatan
‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan,
campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air)
dan makanan yang berasaskan fiber.
‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan
menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi
serat dan biji rami dalam pemakanan.
‘‘Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan
kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan
pelawas,’’ kata Dr. Abd. Hamid.
Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.
Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana
ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika
sembelit.
Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin),
penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols),
bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.
Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.
‘‘Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.
‘‘Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes
sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,’’
tambahnya.
Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.
Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan
dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi
menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.
Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon,
enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.
Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.
Kata Dr. Abd. Hamid lagi: ‘‘Untuk melegakan sembelit dengan
penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau
garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan
kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan
pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.
‘‘Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya,
pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya
(jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.
‘‘Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang
menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka
rawatannya adalah pembedahan,’’ katanya.
Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang
tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk
sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian
lanjutan bagi mencari punca sembelit.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Similar topics
» Masalah Sembelit Yang Kritikal!!!
» TEKNIK2 MENGATASI PERASAAN TAKUT HANTU
» Mata dan masalah penglihatan
» MASALAH MULA UMUR 40
» masalah lutut
» TEKNIK2 MENGATASI PERASAAN TAKUT HANTU
» Mata dan masalah penglihatan
» MASALAH MULA UMUR 40
» masalah lutut
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak