FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mata dan masalah penglihatan

Go down

Mata dan masalah penglihatan Empty Mata dan masalah penglihatan

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 6:49 pm

Mata dan masalah penglihatan


MATA adalah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan
menikmati keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu
proses yang agak kompleks yang terdiri daripada beberapa peringkat
dalam ‘Proses Penglihatan’. Proses ini juga terdiri daripada banyak
peringkat yang bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata
hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak.
Mata manusia mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas
melibatkan proses penglihatan yang kompleks dengan 60 peratus daripada
persepsi manusia tentang alam dan dirinya dibuat dengan kebolehan untuk
melihat. Urutan pelaksanaan proses penglihatan adalah seperti berikut:-
- Persepsi cahaya dari objek yang dilihat

- Proses diskriminasi - Keupayaan mengesan dan membezakan objek dari persekitaran

- Resolusi Imej - Kebolehan melihat secara terperinci sesuatu objek

- Lokalisasi - Keupayaan memastikan kedudukan objek dalam
persekitaran dan mengesan kesejajaran satah & objek yang bergerak
serta kedudukan kepala.
Antara tugas mata selain proses penglihatan adalah keupayaan
membezakan warna dan keupayaan merangsang tindak balas pantas atau
spontan lain iaitu tindak balas okulomotor iaitu keupayaan sistem
penglihatan merangsang pergerakan otot-otot lain untuk bertindak balas,
umpamanya untuk mengelak atau memegang sesuatu.
Ketajaman penglihatan
Dalam ujian ketajaman penglihatan, dua aspek utama proses
penglihatan iaitu rekognisi (pengecaman objek) dan resolusi (kebolehan
melihat secara terperinci objek yang diukur).
Dalam bahasa biasa, ketajaman penglihatan adalah istilah untuk
menerangkan jarak antara dua objek terpisah tapi masih dapat dilihat
sebagai dua objek berbeza.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ketajaman penglihatan adalah:
* Faktor optikal
* Penyakit mata
* Masa pendedahan imej (iluminasi, ke cerahan stimulus, masa dedahan)
* Faktor fizikal seperti saiz objek dan jarak
* Kerabunan
Ujian ketajaman penglihatan amat penting untuk dijadikan indeks
rujukan maklumat tentang kualiti sistem penglihatan seseorang individu.

Oleh itu, segala faktor yang boleh mempengaruhi ketajaman penglihatan perlu dikenal pasti, diawasi dan diatasi.
Kabur penglihatan
Kabur penglihatan merupakan salah satu simptom yang paling kerap
dilaporkan oleh kebanyakan pesakit yang mengalami masalah gangguan
fungsi penglihatan.
Kabur biasanya berlaku apabila imej dari objek yang dilihat tidak difokuskan dengan tepat pada retina.
Selalunya kerabunan berkait rapat dengan masalah kecacatan refraksi
(refractive error). Kecacatan refraksi berlaku apabila imej yang
terbentuk pada sistem optikal mata tidak dapat difokuskan pada retina
atau kualiti imej yang terbentuk tidak memuaskan.
Rabun dan masalahnya
Kerabunan adalah satu keadaan fisiologi di mana sistem pembiasan
mata tidak dapat fokus kepada sesuatu objek dengan tepat pada retina.
Ia adalah satu kecacatan fisiologi dan bukan disebabkan oleh penyakit. Dalam istilah perubatan ia dipanggil ralat refraksi.
Selalunya kecacatan ini hanya boleh dibetulkan dengan menggunakan
alat bantuan penglihatan seperti cermin mata atau kanta lekap. Sehingga
kini, tiada lagi kaedah klinikal yang betul-betul selamat dan berkesan
untuk pembetulan ralat penglihatan selain cermin mata atau kanta lekap.

Teknologi terbaru untuk pembetulan kerabunan adalah dengan rawatan
LASIK. Selalunya kaedah LASIK berkesan untuk masalah rabun jauh yang
agak tinggi (4.00 ke atas) untuk pesakit yang melebihi umur 20 tahun
tapi tidak pada kanak-kanak sekolah.
Terdapat beberapa jenis kecacatan refraksi yang biasa terjadi
Punca kerabunan
* Rabun jauh
* Rabun dekat
* Rabun astigmatism
* Rabun orang tua
Tanda-tanda dan simptom kerabunan
1) Kabur penglihatan sama ada jauh atau dekat
2) Suka mengecilkan mata waktu melihat objek jauh
3) Silau pada tahap cahaya yang biasa
4) Kesukaran penglihatan ketika memandu
5) Cepat mengantuk
6) Mata berair
7) Mata merah dan perit
Cool Pening
Tanda-tanda dan simptom di atas kadangkala boleh berlaku serentak dan akan menurunkan produktiviti dan prestasi kerja.
Selain itu ia boleh menyebabkan seseorang yang mengalami mana-mana
masalah di atas terasa cepat bosan semasa bekerja, hilang tumpuan dan
malas.
Kesan kerabunan ini ketara pada pelajar sekolah dan boleh
menjejaskan prestasi pembelajaran. Penurunan prestasi pembelajaran
boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti disiplin di sekolah.
Sebagai ibu bapa, adalah dinasihatkan agar mereka mengambil tahu
masalah kesihatan mata dan penglihatan anak- anak. Bawalah anak-anak
membuat pemeriksaan mata setahun sekali atau jika dikhuatiri
bermasalah.
Sebab-sebab kabur penglihatan
Terdapat dua sebab utama, iaitu gangguan refraktif dalam sistem optikal mata atau bukan disebabkan gangguan refraktif.
Gangguan refratif merupakan masalah yang paling utama pada mata
dengan 90 peratus daripadanya berkaitan dengan mata disebabkan masalah
refraktif sementara 10 peratus disebabkan penyakit mata.
Sebab-sebab gangguan refraktif dalam sistem optikal.
* Rabun jauh
* Rabun dekat
* Rabun astigmatrisma
* Presbyopia
* Amblyopia
* Aphakia
Sebab-sebab bukan refraktif
* Edema pada kornea
* Masalah pada retina
* Penyakit mata
* Perubahan pada kanta mata (katarak)
Apa saja yang mengganggu fungsi normal struktur mata akan menjadi
punca masalah kabur penglihatan. Sebarang kekaburan perlu dicari
puncanya dan dirawat secepat mungkin.
Setiap kali anda membuat pemeriksaan mata, pastikan ia dilakukan
oleh pakar mata yang bertauliah. Pastikan juga bahawa mata anda
diperiksa dengan menyeluruh agar punca sebenar masalah dapat dikenal
pasti dengan segera dan menerima rawatan sewajarnya.
Pemeriksaan mata bukan setakat menilai tahap kerabunan dan ketajaman
penglihatan sahaja. Ia perlu dibuat secara menyeluruh agar sebarang
kelainan fungsi penglihatan, penyakit dan perubahan anatomi dan
fisiologi mata dikenal pasti dan dirawat.
- Pembaca ruangan ini ditawarkan pakej istimewa daripada Clear
Optical dengan membawa keratan berlogo artikel ini ke mana-mana
cawangan Clear Optical Sdn. Bhd. sehingga 30 Jun 2008.
Pelajar akan diberikan bingkai cermin mata secara percuma (selagi
stok masih ada) sementara potongan diskaun diberikan untuk pakej
keluarga.
Untuk maklumat lanjut sila e-mel ke clearopticalsdnbhd@gmail.com
atau hubungi Clear Optical di talian 03-42705543 atau 03-42784525.
Artikel ini dibawa oleh Clear Optical dan akan diterbitkan setiap dua minggu sekali.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Mata dan masalah penglihatan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum