Kesihatan Mata
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Kesihatan Mata
Pakar Mata: Mata perlu khasiat
Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad
harian metro online
AMALAN pemakanan seimbang bukan sekadar untuk kesihatan badan
menyeluruh, tetapi ia juga memberi pengaruh besar kepada kesihatan mata.
Makanan tambahan seperti vitamin dan mineral juga sangat penting untuk
memastikan mata sentiasa sihat, terutama bagi mengelak masalah
degenerasi atau kemerosotan makular berkaitan umur (AMD) dan katarak.
Bagaimana pemakanan BOLEH mempengaruhi kesihatan mata?
Pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan mata. Ia membantu
pembesaran badan, membaiki tisu rosak dan melindungi badan daripada
jangkitan serta dapat berfungsi dengan sempurna.
Pengambilan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran segar dapat membantu melindungi berlakunya degenerasi
makular apabila seseorang berumur melebihi 60 tahun. Mengikut kajian,
pengambilan makanan yang seimbang akan membantu mencegah AMD dan
katarak.
Benarkah vitamin A perlu untuk kesihatan mata?
Vitamin A diperlukan untuk kesihatan epitelium (lapisan sel luar)
kornea dan konjuntiva (membran mukus lembut yang menutupi bahagian
depan dan dalam kelopak mata) selain daripada sel epitelium seluruh
badan seperti kulit dan lapisan mukosa usus.
Kekurangan vitamin
A akan menyebabkan kerosakan pada konjuntiva dan kornea yang dipanggil
Xerophathalmia yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan boleh
membawa kepada kebutaan di kalangan penduduk negara sedang membangun.
Masalah ini boleh dicegah dengan pengambilan sayur-sayuran segar, lemak
(daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan) serta protein seperti
daging, telur, keju, susu, dadih serta produk tenusu.
Apa kaitan bahan antioksida dengan kesihatan mata?
Pelbagai kajian menunjukkan vitamin yang mengandungi antioksida
mempunyai hubung kait rapat dengan kesihatan mata. Vitamin mengandungi
antioksida ialah vitamin A, C dan E. Iaa membantu mengekalkan kesihatan
sel dan tisu di dalam mata.
Vitamin ini boleh didapati dalam
pelbagai sumber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti oren,
kiwi, aprikot kering, sayuran hijau, tomato, lada, lobak merah dan
bayam. Makanan seperti kekacang, produk tenusu serta telur juga
mengandungi banyak Vitamin A, C dan E.
Apakah ada antioksida khusus untuk kesihatan mata?
Ada dua jenis antioksida, iaitu sejenis karotenoid yang dikenali
sebagai lutein dan zeaxanthin yang membantu mempertahankan kesihatan
mata, terutama retina. Kedua-dua bahan ini boleh didapati secara semula
jadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang juga kaya dengan vitamin
A, C dan E.
Lutein boleh diperoleh daripada lada benggala
kuning, mangga, bilberi dan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.
Zeaxanthin pula boleh didapati daripada limau, brokoli, jagung, kubis,
bayam, limau kasturi, telur dan lada.
Apakah pendapat doktor terhadap vitamin untuk kesihatan mata?
Kini ada banyak jenis pil vitamin mengandungi lutein dan zeaxanthin.
Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat mengenai keberkesanan vitamin untuk
kesihatan mata. Ini kerana kesannya hanya dapat diketahui selepas masa
lama iaitu melebihi 30 tahun.
Anda disaran mengambilnya setiap
hari bagi membantu kesihatan mata anda. Pun begitu, ada juga
percanggahan pendapat dalam pemakanan tambahan ini. Oleh itu,
pengambilan pemakanan seimbang yang mengandungi buah-buahan dan
sayur-sayuran segar dapat membantu dalam kesihatan mata.
Oleh
kerana vitamin yang dimakan perlu diproses sebelum digunakan, vitamin
dalam bentuk semula jadi daripada buah dan sayur lebih baik.
Bagaimanapun, bagi mendapat jumlah antioksida mencukupi untuk kesihatan
mata, kuantiti sayur dan buah yang perlu dimakan sangat banyak.
Justeru, makanan tambahan daripada sayur dan buah mengandungi lutein
dan zeaxanthin sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan mata.
Biarpun kesan antioksida ke atas mata tidak dapat dibuktikan, banyak
kajian menunjukkan pemakanan sihat dan kaya bahan antioksida tetap
memberi manfaat kepada tubuh secara keseluruhan.
Ini kerana ia
dapat mencegah kanser yang disebabkan aktiviti radikal bebas dalam
badan yang tinggi. Kesan radikal bebas ini menyebabkan kanser, penyakit
kronik dan penuaan.
Apakah pengalaman doktor dengan pesakit yang menjaga pemakanan mereka dan kesihatan mata?
Saya dapati mereka yang banyak makan sayur, ulam dan ikan ketika muda
mempunyai retina sihat dan tiada tanda awal degenerasi retina
berbanding mereka yang kurang makan ikan dan sayur.
Pesakit
yang merokok mengalami tanda awal degenerasi retina dan katarak pada
umur lebih muda. Setakat ini memang terbukti bahawa pemakanan sihat dan
seimbang dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah
baik untuk kesihatan mata.
Ingatan penting untuk mata yang sihat

<li> Tentukan pemakanan yang baik dan seimbang (dengan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari) </li><li> Berbincang cara menjaga kesihatan mata dengan doktor mata anda <> Tentukan mata anda diperiksa sekurang-kurangnya dua tahun sekali jika berumur kurang 40 tahun dan sekurang-kurangnya setahun sekali jika umur melebihi 40 tahun. </li> |
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Makanan Penunjang Kesihatan Mata
» Apa Beza Kesihatan Awam Dgn Kesihatan Persekitaran
» WANITA DAN MATA
» AIR MATA MALAM PERTAMA...
» Mata dan masalah penglihatan
» Apa Beza Kesihatan Awam Dgn Kesihatan Persekitaran
» WANITA DAN MATA
» AIR MATA MALAM PERTAMA...
» Mata dan masalah penglihatan
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak