FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kehamilan baka, genetik perlu sesuai

Go down

Kehamilan baka, genetik perlu sesuai Empty Kehamilan baka, genetik perlu sesuai

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 10:05 pm

Kehamilan baka, genetik perlu sesuai

- copy from utusan online

Demikian nasihat dan saranan yang diberikan oleh Pakar Perbidanan
dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr. Daud Yahya, kepada
wanita atau ibu yang pernah mempunyai sejarah kesihatan yang boleh
mengancam nyawa mereka sendiri dan kandungan.

Menurutnya, adalah perlu bagi setiap pasangan menjalankan
pemeriksaan menentukan kesesuaian dari segi genetik dan baka terlebih
dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Salah satu punca utama yang dikaitkan dengan kejadian tersebut
ialah kelainan serta ketidakserasian dari segi baka atau genetik
pasangan.

Kejadian janin mati dalam perut atau dikenali sebagai stillbirth sehingga kini masih belum diketahui punca sebenarnya.

Namun begitu, pakar-pakar perubatan mendapati penyebab utama kepada
terjadinya keadaan tersebut ialah faktor yang berkaitan dengan baka
atau genetik, ketidakseimbangan hormon, penyakit yang dihidapi oleh ibu
serta kelainan yang terdapat pada kandungan itu sendiri.

Menurut beliau, hanya dalam jumlah 40 peratus sahaja punca kematian
janin dalam kandungan dikesan manakala selebihnya sehingga kini masih
tidak diketahui puncanya.

Katanya, terdapat tiga peringkat yang dikaitkan dengan kematian
janin iaitu peringkat awal antara empat hingga enam minggu kehamilan,
peringkat pertengahan ketika kandungan berusia enam minggu. Manakala
peringkat ketiga ialah kandungan berusia lebih enam minggu.

Secara umum peringkat awal dan kedua lebih diistilah sebagai
keguguran berbanding di peringkat ketiga di mana janin sudah matang dan
lebih diistilah sebagai kematian.

Beliau memberitahu, sebanyak lima hingga enam peratus kematian bayi
yang dikesan adalah diakibatkan oleh baka atau genetik pasangan suami
isteri dan keadaan ini semakin tinggi mengikut peringkat usia kandungan.

Dr. Daud menasihatkan wanita mengandung mengetahui jenis atau kumpulan darah mereka sama ada kumpulan A, B, O dan rhesus.

Beliau menjelaskan, kebiasaannya kumpulan darah A, B, O tidak
mempunyai kesan yang membahayakan ibu dan kandungan tetapi bagi ibu
yang terdiri daripada kumpulan darah negatif boleh menimbulkan pelbagai
komplikasi ketika hamil.

Komplikasi ini juga dikaitkan dengan pasangan suami isteri yang berkahwin dengan saudara terdekat mereka sendiri.

''Kebanyakan wanita di negara ini terdiri dari rhesus positif dan
jika wanita rhesus negatif berkahwin dengan lelaki berdarah rhesus
positif akan menimbulkan masalah terhadap kandungan.

Beliau menjelaskan, kandungan berusia lapan hingga 11 minggu
mempunyai risiko antara 50 hingga 60 peratus untuk terdedah kepada
kematian. Manakala janin berusia bawah 7 minggu sebanyak 90 peratus.

Bagi wanita hamil yang berusia 45 tahun ke atas pula katanya, mempunyai 60 peratus berisiko tinggi untuk menghadapinya.

Antara penyakit yang dihidapi oleh ibu seperti darah tinggi,
kencing manis atau kelainan yang terdapat pada rahim serta berlaku
komplikasi lain seperti pendarahan dan kurang darah turut mempengaruhi
faktor kepada kematian bayi dalam perut.

Penyakit berjangkit seperti sifilis, demam ruam yang disebabkan
oleh kuman rubela atau toxoplasmosis turut mengganggu gugat kandungan
sehingga menyebabkan kecacatan bayi.

Antara kecacatan janin yang turut mempengaruhi kadar kematian bayi
dalam perut ialah kecacatan anggota seperti jantung berlubang, kelainan
pada bahagian tulang belakang, sumbing, pekak dan bisu.

Katanya, pendarahan yang berlaku pada kehamilan ketujuh atau kelapan boleh menyebabkan bayi lahir awal.

''Keadaan di mana berlakunya pendarahan sebelum melahirkan sangat
bahaya kerana ia menandakan sesuatu yang genting terutama sekali
berkaitan dengan uri.

Antaranya ialah uri yang tidak berada di kedudukan yang betul, uri
terpisah daripada dinding rahim, uri rosak atau matang sebelum tempoh
kehamilan mencapai ke peringkat cukup bulan.

Terdapat juga kemalangan yang agak mencemaskan seperti tangan bayi
terkeluar sebelum kepalanya atau tali pusat yang terkeluar terlebih
dahulu. Keadaan ini dikaitkan dengan kedudukan janin yang luar biasa
atau songsang.

''Satu lagi keadaan ialah acute fetal distress di mana bayi dalam
rahim mengalami kesesakan nafas dan denyutan jantungnya menjadi lemah
dan bayi ini diancam dengan maut bila-bila masa sahaja,'' katanya.

Salah satu penyakit yang boleh mengancam kesejahteraan dan
kesihatan janin dan kerap dialami oleh ibu hamil ialah penyakit darah
tinggi yang biasanya disertai oleh kencing yang mengandungi albumin dan
bengkak kaki.

Penyakit ini katanya, digelar toxaemia jika tidak dikawal boleh menyebabkan kematian ibu.

Manakala bagi janin pula penyakit ini akan mengganggu bekalan darah
oksigen dan makanannya menyebabkan pertumbuhan dalam kandungan terencat
dan jika keadaan ini berlarutan boleh membawa kepada kematian.

Selain daripada toxaemia ini, gangguan pertumbuhan bayi dalam rahim
juga boleh berlaku akibat penyakit kencing manis atau diabetes,
kekurangan makanan dan faktor-faktor lain yang tidak mudah dikenal
pasti.

Pertumbuhan janin yang mungkin disebabkan oleh faktor seperti
penyakit darah tinggi boleh menjadi meruncing apabila kandungan
meningkat usia ke peringkat tujuh hingga lapan bulan.

Beliau turut menambah, kesukaran ketika proses kelahiran juga
merupakan salah satu sebab kadar kematian di kalangan bayi kembar lebih
tinggi.

''Biasanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak kembar, bayi kedua
mereka adalah lebih terancam daripada bayi pertama,'' katanya.

Proses kelahiran akan dipercepatkan jika wanita yang sedang hamil
mengalami masalah yang boleh mengancam nyawa bayi. Kelahiran secara
pembedahan biasanya dilakukan bagi mengatasi kemungkinan janin itu mati
dalam rahim.

''Bayi yang terlalu besar yang diakibatkan oleh diabetes juga boleh
menimbulkan kesulitan ketika melahirkan. Ada kemungkinan kepala atau
bahunya akan tersekat dan ini akan menyebabkan kesesakan pernafasan
berlaku,'' jelasnya lagi.

Pendarahan di peringkat kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan
luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur.

Selain itu katanya, pemeriksaan leher juga bertujuan bagi mengesan
ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon
tiroksina berlebihan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Justeru katanya, pemeriksaan setiap bulan di kalangan ibu-ibu hamil
diperlukan bagi memastikan zuriat yang bakal dilahirkan sihat dan
sempurna.

Oleh: ROSLAH OTHMAN
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kehamilan baka, genetik perlu sesuai Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum