FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu

Go down

Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu Empty Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 10:07 pm

Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu

Tanggapan terhadap pasangan yang masih tidak dikurniakan anak
sebagai mandul masih menjadi agenda yang tetap hangat diperbincangkan
di kalangan masyarakat. Malah ada segelintir daripada mereka memandang
serong terhadap pasangan mandul.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Hamid Arshat, berkata
mengikut istilah perubatan, mandul lebih menjurus kepada keadaan kurang
subur di kalangan suami isteri.

Menurutnya, istilah kurang subur digunakan terutamanya bagi
pasangan yang berkahwin dalam tempoh dua tahun tetapi masih belum
mempunyai anak hasil daripada perkahwinan yang mereka bina.

Manakala bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh satu tahun
ketika usia mereka melebihi 30 tahun, mereka telah dianggap kurang
subur.

''Bagi pasangan normal hampir 70 peratus hingga 80 peratus akan mengandung dalam tahun pertama,'' katanya.

Hamid berkata, dianggarkan 60 peratus kemandulan berpunca daripada
wanita, 30 peratus berpunca daripada lelaki manakala selebihnya adalah
disebabkan oleh kedua-duanya.

Beliau menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca terjadinya keadaan kurang subur dikalangan suami dan isteri.

Antaranya ialah faktor semulajadi atau baka, penyakit, gangguan
saikologi, kecederaan terutamanya pada lelaki dan penyakit akibat
ketumbuhan terutamanya di kalangan wanita.

Menurut Dr. Hamid, penyakit semulajadi atau baka terjadi apabila wanita itu tidak mempunyai rahim sejak dilahirkan lagi.

''Tekanan di tempat kerja, keletihan dan fikiran bercelaru juga
boleh mengurangkan kesuburan dimana hubungan seks tidak dapat dilakukan
dengan baik,'' katanya.

Selain itu, katanya ialah penyakit yang diakibatkan oleh jangkitan kuman seperti beguk terutamanya di kalangan lelaki.

''Jangkitan kuman juga boleh terjadi kepada saluran peranakan
wanita terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami keguguran,''
ujarnya.

Beliau turut menambah, penyakit kencing manis dan kegemukan juga turut mempengaruhi faktor-faktor berlakunya kemandulan.

Katanya, kecederaan pada buah zakar seperti bengkak atau terjatuh
juga boleh mempengaruhi faktor terjadinya kemandulan di kalangan lelaki.

Manakala, di kalangan wanita penyakit akibat ketumbuhan terutamanya
pada kilang telor, rahim, fibroid juga turut menganggu pontensi mereka
untuk mendapatkan anak.

''Kegemukan di kalangan wanita juga boleh menjadi gangguan hormon
di mana dalam keadaan itu hormon perempun akan menjadi lebih rendah
berbanding hormon yang dimilikki oleh pasangan lelaki,'' kata Dr. Hamid.

Menurutnya lagi, pengurangan benih di kalangan lelaki juga boleh
terjadi akibat pencemaran bahan kimia, racun dan mereka yang bekerja
dalam keadaan panas terik.

Selain itu katanya, terdapat juga kes di mana wujudnya tidak
keserasian antara hormon suami dan pasangannya sehingga mengganggu
tahap kesuburan mereka untuk mendapatkan anak.

''Masyarakat hari ini sudah bersikap terbuka dimana kebiasaanya
jika dalam tempoh satu tahun berkahwin mereka masih belum mendapati
tanda-tanda untuk mempunyai anak, mereka akan terus berjumpa dengan
doktor untuk menjalani pemeriksaan,'' katanya.

Jelasnya, langkah pertama yang dilakukan oleh doktor terhadap
pasangan tersebut ialah membuat kajian bagi memastikan air mani si
suami mempunyai benih atau tidak.

Manakala bagi isteri, mereka akan menjalani pemeriksaan buah dada
dan rahim di mana ujian khas x-ray akan dijalankan bagi memastikan
saluran benih pada rahim berada dalam keadaan normal atau sebaliknya.

''Mereka juga perlu mengesan waktu subur dengan menggunakan alat
khas manakala ujian air kencing pula biasanya akan dijalankan pada hari
ke 10,'' kata Dr. Hamid.

Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan dan telah mengenalpasti
faktor-faktor penyebabnya, pasangan akan dinasihatkan menjalani rawatan
dengan memberikan ubat subur.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Mandul: Rawatan ubat subur boleh membantu Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum